It's me time. A journey to health and happiness. This is my life. I am blessed to have supportive friends and family.
Tuesday, December 15, 2009
Islam adalah agama yang hidup
Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
Perkataan Islam berasal dari perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud tunduk, patuh dan ia juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai. Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah Tuhan sekelian alam. Agama Islam adalah agama yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud sebermula dengan Nabi Adam a.s. sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Cuma yang membezakan (antara nabi-nabi) ialah dari segi syariat sahaja.
Umat Islam percaya Nabi Muhammad saw diutuskan oleh Allah, untuk menyempurnakan syariat yang terdahulu dengan turunnya Al-Quran sebagai panduan dan muamalat baginda sebagai penerangnya. Dalam Islam terdapat 2 kumpulan fahaman utama iaitu ahli Sunnah wal jamaah (Sunni) dan Syiah. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbedaan pendapat. Bagaimanapun, kesemua kumpulan ini tetap percaya bahawa Tuhan itu Allah dan dalam Islam ada rukun Islam dan rukun Iman yang menjadi teras amalan mukmin.
Islam merupakan agama yang hidup kerana Islam berkembang selaras dengan peredaran zaman tanpa mengabaikan nilai-nilai murni yang harus ada pada seoramg muslimin dan muslimah. Selaras dengan peredaran zaman, Islam adalah agama yang paling kukuh berbanding dengan agama lain walaupun terdapat sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan agama Islam dan cuba memulau individu yang beragama Islam. Islam memberi pedoman kepada manusia terutama remaja berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Pemikiran sedemikian membolehkan remaja berfikir dengan sihat terhadap sesuatu dengan dipandu oleh ajaran Islam yang membimbing remaja dan masyarakat supaya terus berada dalam landasan yang betul.
Islam sememangnya agama yang benar dan agama yang hidup. Muslimin dan muslimah yang berpegang dengan ajaran Islam akan hidup dalam keadaan tenang dan tenteram disamping penciptanya, Allah s.w.t. Insyaallah.....
Friday, December 4, 2009
Lagi dua minggu aku nak kawin. kalo dulu rasa rilek je. skrg cam jantung aku ni pakai enjin mitsubishi plak. laju semacam. Betul ke aku nak kawin ni?
Dulu aku ingat dalam umor 30 baru nak kawin. tah tetiba awal taun 2009 aku niat nak kawin. Kuasa Tuhan, dia tunjuk jalan untuk aku kawin straight je. Ada je jalan yg Tuhan tunjuk, sebab tu kita jgn lupa Tuhan setiap masa, jangan waktu semayang je ingat. Aku terniat nak kawin ni pun lepas aku terbaca sepotong ayat Surah Ar-rad SUrah 13 Ayat 11 "Sesungguhnya aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia sendiri mengubahnya dahulu". Aku berfikir sejenak, lepas tu aku aku terus niat nak kawin. Alhamdulillah, langkah yang aku amik Tuhan terangi jalannya. Aku memohon padamu Ya Allah, Kau permudahkanlah perhitungan dan permurahkanlah rezqi ku. Amin.
Tuesday, December 1, 2009
November 2009
Sepanjamg bulan ni memang sibuk skit. byk benda aku kene pikir, yela nak kawin ni memang byk persediaan kene wat. Raya haji aritu aku tido umah sebelah perempuan, dah byk persediaan dah yang diaorang wat. kat batu gajah tengah famous lagu cari jodoh. lagu kumpulan wali band tu. boleh tahan lagu tu. gi kedai2 kat pekan semua main lagu tu. Malam aku lepak kat funfair tempat adik tunang aku keje. lepas main game kat situ aku gi tempat adik tunang aku punya section, busy gak dia. tauke funfair tu jaga bahagian Lucky nombor. Memang kejenya kene jerit kuat2 bagi orang dtg try lucky nombor tu. tp bila aku dgr tunang adik aku jerit tetiba aku tergelak sampai guling2. Tauke tu sebut "Lucky nombor, lucky nombor mari cuba pasti kena". tapi adik tunang aku tu sebut "Kaki lembo, kaki lembo mari cuba mesti terkena". Orang2 yang lalu situ semua gelak2. Aku pun try la main pancing udang. baru seminit letak trus dapat sekor, besar plak tu. Dalam 5 minit tu aku dah dapat 4 ekor, brother yg asyik gelak kuat tu pulak asyik usha aku. panas la tu, tambah aku dapat yang besar2. best la cuma cuti ni tak byk rehat.
Subscribe to:
Posts (Atom)