It's me time. A journey to health and happiness. This is my life. I am blessed to have supportive friends and family.
Tuesday, December 15, 2009
Islam adalah agama yang hidup
Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
Perkataan Islam berasal dari perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud tunduk, patuh dan ia juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai. Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah Tuhan sekelian alam. Agama Islam adalah agama yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud sebermula dengan Nabi Adam a.s. sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Cuma yang membezakan (antara nabi-nabi) ialah dari segi syariat sahaja.
Umat Islam percaya Nabi Muhammad saw diutuskan oleh Allah, untuk menyempurnakan syariat yang terdahulu dengan turunnya Al-Quran sebagai panduan dan muamalat baginda sebagai penerangnya. Dalam Islam terdapat 2 kumpulan fahaman utama iaitu ahli Sunnah wal jamaah (Sunni) dan Syiah. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbedaan pendapat. Bagaimanapun, kesemua kumpulan ini tetap percaya bahawa Tuhan itu Allah dan dalam Islam ada rukun Islam dan rukun Iman yang menjadi teras amalan mukmin.
Islam merupakan agama yang hidup kerana Islam berkembang selaras dengan peredaran zaman tanpa mengabaikan nilai-nilai murni yang harus ada pada seoramg muslimin dan muslimah. Selaras dengan peredaran zaman, Islam adalah agama yang paling kukuh berbanding dengan agama lain walaupun terdapat sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan agama Islam dan cuba memulau individu yang beragama Islam. Islam memberi pedoman kepada manusia terutama remaja berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Pemikiran sedemikian membolehkan remaja berfikir dengan sihat terhadap sesuatu dengan dipandu oleh ajaran Islam yang membimbing remaja dan masyarakat supaya terus berada dalam landasan yang betul.
Islam sememangnya agama yang benar dan agama yang hidup. Muslimin dan muslimah yang berpegang dengan ajaran Islam akan hidup dalam keadaan tenang dan tenteram disamping penciptanya, Allah s.w.t. Insyaallah.....
Subscribe to:
Posts (Atom)