Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Monday, June 22, 2009

Novel online : Cinta 1 2 3

Kisah 1
Tercungap-cungap aku berlari masuk ke kawasan sekolah. Hari yang penting macam inilah bateri jam aku habis. Ifa, pengawas yang gila pangkat memandang aku dari jauh dengan senyum sinis. Bengang betul aku tengok. Ifa ni muka memang lawa tapi sayang sebab dia gila pangkat, dia tukang report kat cikgu.
“Nama apa? Sebab apa lambat?”dia tanya dengan nada sombong.
“Lambat 5 minit pun kira ke? Bagilah aku lalu, aku bukannya sengaja. Baru kali ni je!” aku minta dilepaskan. Dia pandang muka aku dengan serius.
“Yelah, lain kali jangan lambat!”. Yes! Lepas juga. Aku ingat dia nak tulis nama aku tadi.
“Terima kasih ye Ifa.” Sambil tesenyum aku terus berlari ke kelas aku. Sempat aku tengok dia senyum balik. Memang lawa. Sampai je kat kelas aku tengok masing-masing tengah kerja sendiri. Nasib baik cikgu belum masuk.
Aku nak cepat sangat hari ni sebab aku dengar ada budak baru masuk sekolah aku. Memang masuk kelas aku pula tu. Kebetulan hobi aku ni membuli. Elok sangat la kan? Aku bukan jenis suka membuli tapi mengena tu memang dah biasa sangat. Kawan-kawan aku pun dah masak dengan perangai aku. Rasanya diaorang dah tak larat ikut perangai aku.
Pembelajaran kat kelas aku macam biasa. Waktu sekolah nak dekat habis tapi budak baru tu tak datang ke hari ni? Hati aku tertanya-tanya. Tengah aku sibuk fikir, tiba-tiba guru yang sedang mengajar kelas aku sedar akan kelakuan aku.
“Teddy, cuba jawab soalan nombor tiga ni!” Cikgu Nadia bersuara dengan nada tegas. Aku dengan terkejut terus aku jalan ke hadapan kelas sambil memikirkan soalan apa yang cikgu tanya tadi.
“Ha, kenapa diam je?” Cikgu Nadia pandang aku. Aku buat-buat gatal kepala sambil tersengih. Satu kelas gelakkan aku. Malu betul aku masa tu. Tiba-tiba Penolong Kanan Hal Ehwal murid masuk ke kelas aku bersama seorang budak perempuan.
“Perempuan ke?” bisik hatiku sebab aku sangkakan budak lelaki. “Assalamualaikum, hari ni kelas kamu ada kawan baru dari Johor. Namanya Addrianna. Saya harap kamu semua dapat membantu Addrianna jika dia ada apa-apa masalah.” Penolong HEM pun beredar selepas berbincang dengan Cikgu Nadia. Aku pula masih lagi berdiri di hadapan kelas bersebelahan budak baru tu.
“Baru masuk juga ke?” dia tanya aku sambil tersenyum. Lawa juga minah ni. Siap ada lesung pipit lagi.
“Takdelah, ada hal dengan Cikgu Nadia.”
“Teddy, tunjukkan Addrianna kat mana tempat duduk dia.” Cikgu Nadia cuit bahu aku.
“Kat mana cikgu?” aku baru terfikir kat mana tempat duduk kosong yang masih ada.
“Disebelah tempat duduk awak, cepat ambilkan meja dengan kerusi untuk Addrianna dekat bilik setor. SEKARANG!” Cikgu Nadia bersuara tegas bila aku mula buat muka tak puas hati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...