Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Thursday, July 2, 2009


Kisah 3

Balik sekolah Anna dah tunggu dekat depan pintu pagar sekolah. Aku pergi toilet tadi, sempat aku berjanji dengan Danny nak main bola pukul 5 nanti.
“Teddy, saya tanya satu benda boleh tak?” Anna memulakan bicara
“Apa?” aku tak suka benda-benda suspend ni.
“Orang nak tanya betul-betul ni. Awak dah ada girlfriend ke?” Anna cakap sambil menunduk. Kenapa dengan dia ni?
“Tidak ada dan tak pernah! Kenapa?” aku terpaksa berterus-terang. Kalau tidak mesti dia akan tanya lagi soalan macam ni!
“Awak takde minat mana-mana perempuan ke?” Anna berjalan sambil pandang ke arah budak perempuan sedang beratur menaki bas.
“Awal lagi kot nak bergirlfriend ni!” aku cuba mengatur alasan. Baik punya!
“Saya tanya awak takde minat mana-mana perempuan ke?” Anna bernada serius. Dia pandang tepat ke arah mata aku. Kenapa dengan dia ni? Mak aku suruh dia spy aku ke?
“Minat? Ada kot, tapi rahsia.” Aku cuba buat dia berhenti tanya lagi. Aku rasa mak aku syak aku ada awek kot? Itu yang dia suruh Anna spy aku.
“Takkan dengan saya pun nak rahsia ke?” Anna mencubit aku. Aku dalam keadaan terdesak. Nak tak nak aku kena tunjuk mana-mana perempuan yang tengah tunggu bas tu.
“OK aku beritahu kat kau seorang je tau! Tapi engkau kena janji jangan beritahu orang lain ” aku buat real macam aku betul-betul ada awek dan aku nak beritahu dekat dia je! Hahaha!
“Janji! Mana orangnya?” Anna tak sabar nak tengok.
“Itu dia!” aku tunjuk ke arah budak perempuan tengah berkumpul tunggu bas. Pandai-pandai Anna la nak cari mana satu.
“Yang sweet tu ke?” Anna tunjuk arah Ifa. Alamak, macam mana minah ni boleh ada kat situ.
“Bukan, tu member aku. Yang tu la!” aku cuba tukar arah.
“Mana?” Anna bersungguh meneliti arah yang aku tunjuk.
“Yang ni la!” aku tertunjuk kearah satu cermin besar yang menampak wajah Anna. Anna tersenyum memandang wajah aku dalam cermin. Lalu dia meneruskan perjalanan kami.
Dia suka aku ke? Hati aku mula berdebar bila berjalan sebelah dia. Anna tak bercakap sepatah pun sepanjang perjalanan kami pulang ke rumah. Aku pula jadi serba salah, dia marah aku sebab tipu dia atau dia pun suka dekat aku.
Dah dua hari Anna tak jumpa aku. Cuti Sabtu Ahad ni aku habiskan masa practice bola dekat sekolah. Esoknya hari Isnin, sampai di sekolah Anna senyum pada aku sebaik sahaja muncul di pintu kelas. Aku buat-buat tak nampak. Bila dia duduk sebelah aku, dada aku berdegup laju sangat-sangat. Aku pun tak tahu kenapa. Rasa macam serba tak kena.
“Apa khabar?” Anna memulakan sesi perbualan.
“Err..baik.” aku teragak-agak nak jawab soalan dia.
Kelas pagi tu Anna tak banyak cakap asyik senyum je. Aku pun tak paham. Rehat tu dia ajak aku makan sama-sama.
“Saya nak tanya awak sesuatu boleh?” Anna pandang muka aku. Aku buat-buat leka makan bihun sup.
“Tanyalah.” Aku menjawab. Danny makan di meja lain. Mungkin dia tak mahu ganggu perbualan kitaorang.
“Hari tu awak betul-betul ke main-main?” Anna inginkan kepastian.
“Ada nampak macam main-main ke?” aku cuba serius. Aku nekad. Aku nak berterus terang dengan dia hal yang sebenar. Memang jauh disudut hati aku suka pada Anna. Tapi aku ni jenis menafikan kata hati sendiri. Takut pun ada.
“Tak boleh nak agak tapi saya harap sangat-sangat awak serius waktu tu.” Anna senyum pada aku. Dalam hati aku mula terdetik rasa macam menang Jackpot. Dia pun suka aku rupanya.
“Memang saya betul-betul suka awak” aku cuba bertentang mata dengan Anna.
“Saya pun sama. Sejak bila awak mula suka saya?”
“Waktu mula-mula kita jumpa.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...