Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Friday, August 26, 2011

#MameeMonster has so much variety for halal snacks – crackers, noodles,etc! Serve some for Hari Raya!

#MameeMonster has so much variety for halal snacks – crackers, noodles,etc! Serve some for Hari Raya!

Ucapan Hari Raya ~ 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca. Silap dan Salah harap dimaafkan.


Sungguh cantik kain pelekat,
dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat,
silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung,
yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung,
cuma terlayang ucapan ini.

Sebelum cahaya syurga padam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup,
Kami mohon maaf zahir dan batin

Selamat Menyambut Lebaran
Semoga Ramadhan ini memberi
keberkatan dan rahmat InsyaAllah
Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah
Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah
Hati-hati bila pulang ke kampun, InsyaAllah
Ingatlah Allah selalu, Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah


Dari Wan Fadzlullah, Noorazmah & Danish Iskandar


Kebangkitan puak helang (intro)

Hari tu aku lupa nak buat intro cerita ni. Watak utama belum diperkenalkan.


Hawk Eye berjalan gagah di tengah jalan. Bagi Hawk Eye, dia mahukan sedikit kelainan pada hari itu.
Segala hon dan jeritan tidak dipedulikan.

“Woiiii! Tak reti jalan dekat tepi ke?” jerit Uncle Din, Tok Siak di surau kampung Hawk Eye.

Hawk Eye buat muka kering.


***


Hawk Eye, 25, seorang pemuda Kampung Pinang Sebatang yang naif dan bodoh alang.
Berkulit cerah, bermata sedikit sepet, rambut disikat ke depan,
ketinggian badan yang sedang-sedang, bertubuh agak sasa dan berjalan jengket-jengket.
Sejak dari kecil, arwah atuknya banyak mengajar Hawk Eye ilmu seni bela diri.
Arwah atuk Hawk Eye seorang guru silat lincah di kampungnya.
Pemergian atuknya ke rahmatullah sewaktu Hawk Eye darjah 2,
menguatkan lagi azam Hawk Eye untuk belajar ilmu seni bela diri. Semenjak itu,
Hawk Eye berhenti sekolah dan mendambakan dirinya ke jalan pendekar.
Disebabkan itu jugalah, Hawk Eye tidak tahu membaca dan menulis.
Tapi, Hawk Eye pandai mengira. Lebih lebih lagi kalau hal duit.

Kebanyakan ilmu seni bela diri selain silat lincah yang Hawk Eye kuasai,
dipelajari dengan sendiri. Tidak berguru mahupun bermurid.
Sudah berapa ratus duit yang dihabiskan untuk membeli tape dan vcd cetak rompak.
Rata-rata, cerita Bruce Lee, Chuck Norris dan Van Damme.
Ada juga sekali-sekala terselit vcd wrestling. Bagi Hawk Eye, jikalau tidak sempat membuka
buah pukul, jurus dan pencak, gaduh koboi boleh menjadi sangat berguna.

“If you smelllllllllll, what the rock, is cooking?” jerit Hawk Eye di depan televisyen.
Kening cuba diangkat sebelah. Persis The Rock.

“Haaa, ye la tu. Aku susah payah pergi pasar jual sayur,
kau suka hati je ambil beli vcd cerita” kata Mak Hawk, ibu kepada Hawk Eye.

Mak Hawk, janda lingkungan 50-an, ibu kepada Hawk Eye.
Suami Mak Hawk meniggal dunia ketika Hawk Eye masih di dalam kandungan.
Semenjak itu, Hawk Eye dibesarkan oleh Mak Hawk penuh dengan kasih sayang.
Buktinya, Hawk Eye tidak pernah sekalipun merasa dipiat telinga oleh ibunya.
Bagi Mak Hawk, Hawk Eye adalah segalanya. Anak tunggalnya itu ditatang bagai minyak yang penuh.
Kehidupan sehari-hari Mak Hawk ialah pagi ke kebun, petang ke pasar menjual hasil kebun.
Berbeza sekali dengan kehidupan Hawk Eye yang pagi bangun tidur, berlatih pencak, makan tengahari,
petang sambung berlatih pencak, usha anak jiran sebelah, makan malam dan melayan cerita lawan-lawan
sebelum tidur. Mandi seminggu sekali, itupun ikut mood. Satu sen tidak berguna.

Walaupun begitu, Mak Hawk tidak pernah memarahi gaya hidup anak kesayangannya itu.
Pernah sekali ditegur, Hawk Eye merajuk tidak makan selama 2 hari. Susah hati Mak Hawk ketika itu.
Malam tidur tak lena. Gundah gulana. Enggang sama Enggang yang berjaya memujuk.
Itu pun demand makan kedai. Macam setan!

Kelebihan Hawk Eye ialah bertempur. Hawk Eye sentiasa dipanggil menjadi tukang gegar
dan kaki pukul untuk penduduk kampung. Sehingga tahap, sewaktu kalah lawan bola dengan kampung sebelah,
Hawk Eye datang mengamuk di tengah padang. Terkincit-kincit lari budak kampung sebelah.
Uncle Din juga hampir menjadi mangsa amukan Hawk Eye. Gara-gara memberi surat cinta bau bedak kepada Mak Hawk.
Uncle Din lintang pukang, Mak Hawk tersipu-sipu. Motor C70 Uncle Din, bersepai dikarate Hawk Eye.

Orang kampung menggelar Hawk Eye, Juara Tempur!

Thursday, August 25, 2011

Nasi buat hal

Assalamualaikum & Salam 5Malaysia,

Dalam ura-ura kerajaan mencanangkan projek mega sana sini dalam bajet 2011, saya masih di sini mencari-cari hala tuju untuk makan nasi secara berjadual. Berjadual maksud saya disini ialah bila lapar je dapat makan nasi. Tak ada ke hulu ke hilir buat muka bengis. Banyak faktor yang menjadi penghalang kepada usaha saya tersebut. Almaklumlah, golongan kebanyakan seperti saya tidak dapat tidak untuk merasai kesempitan wang di penghujung setiap bulan. Lagi-lagi bila saya lapar sangat sangat dan berlari ke pantri pejabat, hanya tin biskut yang mewarnai keadaan ketika itu. Biskut-biskut hilang entah ke mana. Sikit kesian pun tak ada pada saya.

Ada satu ketika, bila lapar dah tahap cipan, saya cuba-cuba juga gagahkan diri berjalan ke restoran berhampiran dengan pejabat walaupun secara realitinya dalam dompet saya hanya ada seringgit. Pemikiran sewaktu lapar tersangatlah kritis. Berbagai idea untuk makan nasi esok baru bayar muncul dengan tiba-tiba. Antara taktik yang biasa saya guna ialah dengan mengorder dulu dan makan sampai habis, bila nak bayar buat-buat panik duit tak cucuk lagi. Hahaha. Kadar kejayaan idea saya ni setakat ini ialah 100% berjaya memandangkan kabel saya dengan restoran mamak tu agak kuat. Faktor bermuka baik dan senyum yang boleh buat orang percaya juga menyumbang kepada kejayaan tersebut. Tak sia-sia saya potong rambut kemas awal bulan hari tu.

Ok, kita lupakan sekejap isu lapar dan nasi. Sekarang kita tumpukan perhatian kepada isu kehidupan saya sehari-hari kebelakangan ni. Saya akui yang saya memang jarang mengemaskini blog dalam sebulan ke dua bulan yang lepas. Banyak aktiviti lain yang perlu saya buat. Ini termasuk projek gergasi dan garuda saya yang dijangkakan habis pertengahan bulan depan. Bukan saya langsung tidak menulis, cuma beberapa penulisan saya kebelakangan ni banyak mencarut dan memaki hamun orang. Tak sampai hati saya nak memuatnaik dalam blog ni. Banyak penulisan saya menjurus ke arah pemakian kepada bangsa sendiri. Dahsyat sungguh. Tak kena langsung dengan perangai saya. Daripada saya terus-terusan memukimakkan orang lain, baik saya buat-buat rilek je. Saya nak naik angin lebih-lebih pun tak guna sebenarnya sebab bukan boleh bagi saya kenyang pun bila lapar. Balik-balik saya cari nasi juga.

Projek gergasi dan garuda ni memang banyak bagi saya tendang kerusi. Mood saya sentiasa berubah dari lima minit ke lima minit yang akan datang. Kejap gembira, kejap lagi tu garang. Kejap borak macam biasa, kejap lagi tu diam ketap bibir tanda geram. Kejap rasa nak makan nasi, kejap lagi tu rasa macam nak lempang orang. Tapi, disebalik segala perkara yang menyakitkan otak tersebut, banyak benda baru yang saya dapat belajar. Pernah sekali saya hampir berputus asa terhadap projek tersebut akibat dari tak tahan sangat keluar pagi balik pun pagi dicampur dengan kekusutan otak yang astaghfirullahhal'azim dan perasaan simpati kepada rakyat yang hanya makan roti canai dua hari dua malam, sikit nasi pun tak masuk mulut, namun saya tetap berfikiran positif untuk cuba berusaha untuk menamatkan projek ni. Bagi saya, ini semua pengalaman mencabar yang harus saya harungi sebagai seorang lelaki dewasa yang tak lama lagi mungkin akan menjadi menteri. Cheeyyy!

Dalam kesibukan tersebut, terdapat juga ruang masa untuk saya dari tidak terlepas pandang berkenaan dengan isu harga rokok naik ke sekotak sepuluh ringgit. Setan. Ini lagi satu isu yang tak boleh dibawa bergurau. Belum reda lagi isu pembunuhan sampai tahap saya pergi beraya sikit-sikit orang borak pasal Sosilawati, tiba-tiba kesabaran rakyat Malaysia tercabar sekali lagi dengan kenaikan harga rokok. Kerajaan mula menunjukkan kezaliman dengan menindas rakyat tak tentu hala. Takkan kerajaan tak tahu yang majoriti perokok dalam negara ni pemalas nak bersenam dan lepas makan nasi mesti nak kena hisap rokok? Nasi tu pun kalau makan banyak-banyak bukan baik untuk kesihatan. Andai betul kerajaan menaikkan harga untuk mengelak rakyat dari membeli rokok dan mengejar status negara sihat, naikkanlah sekali harga nasi. Dimanakah keadilan? Apasal Anwar tak mainkan isu ni di Parlimen?

Beberapa hari yang lepas, saya ada mengukur berat badan saya di Tesco, Taman Midah. Berita tak berapa baik. BMI lari jauh dari sebelum ni. Macam biasa, saya salahkan alat timbang. Yang panik bukan saya, tapi Wanaz As yang duduk di kerusi sebelah sewaktu saya memandu. Hal ni pun saya rasa banyak berkait rapat dengan nasi.

Makan salah, tak makan pun salah.

Tuesday, August 23, 2011

Newbie

~Sewaktu mula-mula masuk darjah 1~

 Bila saya tengok anak saya, tak boleh nak bayangkan macam mana kalau dia dah start sekolah nanti.
Sebab tiap-tiap hari saya nak ke tempat kerja, mesti kene lalu depan sekolah. Tak kiralah ikut pintu depan atau belakang. Mesti nampak budak-budak nak ke sekolah. Pagi tadi pun sama. Teringat saya waktu mula-mula nak masuk darjah 1 dulu.

Seminggu sebelum daftar masuk darjah 1, jiwa saya seperti di mandrem Albert Einstein.
Hampir setiap hari saya bangun pagi, dengan tak mandi dan gosok gigi,
terus sarung baju sekolah rendah yang baru di beli. Seluar panjang biru gelap,
kasut putih Sparkle jenis tampal, hujung dia kalau dalam iklan boleh bersinar waktu gelap,
macam pundek, stokin putih jalur halus paras betis, baju biru tua baru tampal lencana,
beg penuh buku dan alat tulis. Gila babi steady.
Korang pun waktu ni hingus meleleh hisap botol lagi.
Tersenyum bangga mak dan abah saya melihat keghairahan anak yang ke tiga mereka
mahu menimba ilmu di menara gading. Inilah semangat yang di cari cari masyarakat dunia.

Setiap malam sebelum tidur, ingatkan mak suruh gosok baju dan seluar sebelum digantung
di belakang pintu. Stokin dah siap lipat kemas dalam kasut letak depan pintu.
Beg letak sebelah tilam. Dalam beg dah siap letak buku tulis 14 bijik siap balut kertas minyak,
dengan semua buku teks yang baru dibalut atas hasil usahasama mak saya.
Sebelum masuk dalam beg, periksa setiap buku dah tulis nama ke belum.
Kotak pensel penuh dengan alat tulis seperti pensel 3 batang, pengasah kecik warna hijau,
pemadam gambar kartun, pembaris, dan pisau rambo. Kotak pensel besi ada gambar Thundercat jenis timbul.
Gila stylo. Semua disimpan kemas dalam beg sekolah. Cuba angkat, macam gampang berat.
Rasa macam nak pergi latihan perang dengan askar.


***

Pagi hari pendaftaran, belum azan subuh dah siap duduk luar rumah lengkap
atas bawah dengan seragam sekolah. Botol air tersisip kemas dekat sebelah beg.
Waktu tengah tunggu abah bersiap, sekejap sekejap mesti masuk dalam rumah usha cermin.
Pagi tu dah plan dengan abah saya pergi naik trak polis sebab sekolah saya dekat Sekolah Sri Kulim, dekat Pasaraya Yawata sana.
Gila bangang kalau buat kering pergi jalan kaki. Jauh nak mampus. Kem Polis dengan pekan Kulim bukan dekat.

Dah sampai sekolah, punya ramai budak budak yang pakai sama macam saya.
Mak bapak masing masing semua ada sekali. Lagi ramai dari budak sekolah.
Waktu sampai tu, perhimpunan dah bermula. Ada budak pengawas darjah 3 tahan saya sebab lambat,
saya terus cekak baju dia, dan membisikkan kata kata peras ugut. Terus terkencing dalam seluar.
7-8 orang budak saya tengok menangis nangis cakap nak balik rumah.
Mata saya menjeling kasar mereka. Ada juga makhluk yang berperangai mental
bawak botol air jenis sangkut dekat leher, besar macam thumbler. Macam setan.

Kelas untuk darjah satu dah dibahagi awal awal. Jadi senang saya nak masuk beratur.
Sempat juga pagi tu kali pertama saya dengar lagu sekolah saya.
Sampai sekarang saya masih ingat lirik lagu sekolah saya.
Tapi waktu hari pertama sekolah, saya lebih kepada 'miming' sahaja.

Dah habis perhimpunan, kami di bawa ke kelas. Masing masing duduk diam dekat kerusi kayu warna coklat.
Mak bapak terjengket jengket tengok anak dalam kelas. Abah saya entah ke mana.
Kelas dimulakan dengan seorang cikgu perempuan memperkenalkan diri dengan menulis
namanya di papan hitam pakai kapur putih. Saya tak ingat nama dia.
Yang saya ingat, kapur tu saya rembat bawak balik rumah lepas habis sekolah hari tu.
Nak tunjuk dekat kawan kawan rumah yang saya dah bersekolah.
Lepas tu cikgu memberi kertas A4 kosong kepada setiap murid dan menyuruh kami
menulis nama dan profil hidup masing masing. Sebelah saya ada budak nama Daud.
Muka macam sup bunjut. Waktu darjah dua, dia botakkan kepala dan cakap sebab
ada kutu lagi besar dari kepala dia. Satu kelas percaya. Celaka. Waktu sesi suai kenal,
masing masing kena berdiri bagitahu nama, tempat tinggal dan cita cita.
Hampir separuh kelas cakap cita cita nak jadi polis. Gila. Kecik kecik dah target nak amalkan rasuah.
Yang nak jadi bomba pun ada. Askar pun ada. Doktor pun ada. Jurutebang pun ada.
Angkasawan pun ada. Pegawai JPJ je tak ada. Cita-cita saya? Pegawai Bank. Keh keh keh.

Dah habis suai kenal, kami di bawa ke seluruh sekolah. Cikgu tunjuk dekat mana pejabat, tandas,
tempat sembahyang, kantin, perpustakaan dan tempat ambik air sembahyang.
Saya sibuk usha port hisap rokok dan ponteng kelas. Dah habis pusing kawasan sekolah,
waktu rehat yang dinanti nantikan tiba. Masing masing kucar kacir carik mak bapak.
Macam tak pandai makan sendiri. Waktu tu, saya terserempak dengan Najmi,
kawan satu tadika saya yang pandai lukis kartun. Najmi berada di kelas sebelah.

"La, kau sambung belajar sini jugak ke?" tanya Najmi.

"Aku nak mintak UTM, mak aku tak bagi" jawab saya.

Abah saya datang berjumpa saya di kantin. Waktu tu abah nak balik dah.
Penyampaian amanat di dengar dengan teliti.
Abah saya lebih suka jika saya berdikari dan tidak menangis seperti budak budak lain.
Abah ada bagitau suruh naik trak Pak Cik Kamal berkepala botak.
Saya tak kaget sangat pasal nak balik sebab Pak Cik Kamal tu memang saya
kenal kerana masa datang tadi kami dah naik trak itu.
Belajar rajin rajin juga menjadi peringatan daripada abah.
Tapi, semua amanat tu hanya bertahan 5 minit di kepala.
Mata saya melilau carik kawan yang boleh diperhambakan waktu sekolah.

"Abah nak balik dah ni. jangan nakal nakal tau" kata abah saya.

"Orait, bah" kata saya sambil salam cium tangan abah saya.

Lepas waktu rehat, aktiviti darjah satu hanya berjalan di dalam kelas.
Waktu tu cikgu ada bagi jadual kelas kami setiap hari.
Bergilir gilir cikgu masuk dalam kelas memperkenalkan diri dan menyuruh tulis
nama subjek dekat buku tulis. Daud waktu tu saya tengok terkebil kebil nak mengeja.
Saya sambil menulis sambil duduk dekat kerusi jongket ke belakang.
Satu pensel saya sangkut dekat atas telinga sebelah kanan. Rasa macam profesor.

Dah habis di dalam kelas, sampai masa untuk makan tengahari dam sembahyang zohor.
Kami diajar untuk makan di dalam dulang secara berkumpulan.
Ikut perangai tamak, saya ingat nak ambik dalam 2 dulang dan makan seorang diri.
Dah habis makan, kami pergi sembahyang secara berjemaah di surau.
Dah habis sembahyang zohor, kami bersiap siap untuk pulang ke rumah.
Ramai budak budak yang berlari carik bas masing masing.
Nak balik rumah pun kelam kabut, bukan rumah tu lari pun kalau lambat.
Saya hanya buat biasa dan berlengah lengah memakai stokin dan kasut.
Dah siap pakai, saya pergi ke kelas untuk mengemas beg.
Semua buku dan kotak pensel saya simpan dalam beg dengan kemas.
Pensel tekan milik Daud cepat cepat saya sorok dalam poket.
Keluar ke kelas, saya singgah di kantin untuk membeli jajan buat makan dalam bas.
Sampai dekat tempat tunggu bas, saya mula panik. Semua bas dah mula bergerak pergi.
Kelam kabut saya tanya seorang cikgu lelaki, mana satu trak Pak Cik Kamal.
Cikgu lelaki tersebut cakap yang trak Pak Cik Kamal dah jalan.

Hampir berderai air mata saya waktu berlari kejar trak Pak Cik Kamal. Pundek.

Friday, August 19, 2011

Hadiah di hari raya.

Beberapa tahun lepas, pada hari raya ketiga atau ke empat saya telah bersiar siar sekitar Ipoh untuk menenangkan diri.
Duit dah banyak keluar, mestilah kene menenangkan diri.
Niat saya bukan apa, hanya mahu melihat gelagat manusia di waktu malam.
Ipoh ni siang dengan malam dia banyak berbeza.
Kalau siang orang sibuk cari duit, malam pula orang sibuk buang duit.
Ada yang baru balik kerja, ada yang baru nak pergi kerja, ada yang melepak di kedai minum,
ada yang duduk tepi tembok dekat Dataran sana, ada yang tengok budak motor merempit,
ada juga seorang brader rambut panjang yang jalan dengan awek dia, badan kepak kepak.
Rasa macam nak lutut je muka dia.

Kalau nak tengok ragam manusia, waktu malam paling sesuai.
Banyak juga tempat tempat tumpuan sekitar Ipoh ni. Karok jamban, disko, maplay, mall, wayang dan macam macam lagi.
Kalau pergi lalu dekat jalan Ali Pitchay sana,
boleh lah tengok awek-awek yang kalau keluar rumah tak payah pakai apa-apa pun takpe.
Silap haribulan, kalau awek tu bukak seluar, tak ada beza dengan saya.
Geli geleman saya. Hati hati. Saya pernah kena bang bang boom dengan member dalam isu macam ni.
Itulah Ipoh di waktu malam. Macam macam orang kita boleh jumpa. Memang seronok kalau pusing sekitar Ipoh.

Untuk memendekkan cerita, tiba tiba saya terberkenalan dengan seorang brader Cina yang lebih selesa saya panggil Brader K.
Entah macam mana saya boleh kenal dia. Memang dari tadi saya perhatikan dia.
Dia tengah separuh sedar. Entah apa dia layan. Mata dah lah sepet, lepas tu sebelah bukak sebelah lagi tutup.
Jalan terhuyung hayang, lepas tu borak dengan saya macam dari darjah 2 dah kenal.
Waktu itu kami di kedai minum. Saya melayan dia berborak. Dia je yang banyak bercerita, saya banyak hmmm je.
Ada ke pulak borak isu cinta lepas tu dalam bahasa mandarin pulak tu dengan saya.
Saya nak cakap apa? Ulang cakap “cong ceng cong ceng” 18 kali? Lembu betul.

Agak agak dalam setengah jam kami borak, dia minta tolong saya hantar dia balik rumah.
Dekat area Jalan Gopeng sana. Saya yang tak tau nak buat apa, setuju je.
Baru je kenal beberapa minit lepas, dah boleh hantar balik rumah. Baik kan saya?
Dalam kereta, kami sambung berbual. Dia bagitau saya yang dia pengurus sebuah kelab malam sekitar Ipoh.
Saya hanya 'owh' dengan nada nak tak nak percaya.
Lantak lah dia pengurus ke apa, bukan separuh dari gaji dia nak bagi dekat saya pun kan.
Kalau dia bagi pun, saya tak nak. Haram. Tapi dari gaya dia borak dan pemakaian, dia nampak macam orang ada ada.
Dalam borak tu sempat juga dia kutuk kereta saya kecik, lembap dan lagi elok kalau saya jual kereta tu.
Panas membara hati saya. Saya cari rezeki guna kereta ni.
Tapi saya buat rileks je memandangkan saya tau dia separuh sedar.
Orang separuh sedar ni kalau kita melantun, dia punya lantun lagi lain macam.

Sampai di rumah dia, saya tengok rumah dia memang besar. Pagar pun pagar karen.
Bila pagar karen tu terbukak, saya nampak sebuah kereta yang kalau pandang dari sudut dan teori apa pun,
memang sebijik dengan kereta saya. Babi betul. Emergency car kata dia. Kereta Honda dia masuk bengkel.
Dia mengajak saya masuk ke rumah. Saya pun masuk memandangkan ramai orang cakap raya tu sebulan dan kalau nak raya, datang je.
Lantaklah dengan masa, bangsa dan suasana.

Saya melangkah masuk dengan kaki kiri. Ada seekor anjing turun dari tangga dan bergesel gesel dengan kaki Brader K.
Anjing tu jenis anjing yang bulu lebat sampai tutup mata. Comel betul. Tapi kalau dia bergesel dekat kaki saya,
peratusan untuk dia jadi bola tu akan meningkat. Waktu tu tak ada nya nak fikir pasal comel lagi.
Saya malas nak basuh kaki dengan air tanah. Leceh. Saya memerhatikan perhiasan dalaman rumah Brader K.
Memang rumah idaman saya. Orang kaya katakan. Kalau ikut taraf hotel, saya bagi 5 bintang.
Brader K jemput saya duduk dekat sofa bentuk L dia. Baru saya nak duduk, Brader K keluarkan pistol.

Serius saya panik. Dia nak rompak saya ke? Takkan saya dah bagi susu, dia nak balas dengan tuba? Tak.
Brader K hanya menunjuk nunjuk di depan saya. Pistol tu memang pistol betul. Siap ada peluru lagi.
Saya tak tau apa nama pistol tu. Tapi kalau main Counter Strike, kena tekan B-1-1 nak beli pistol ni.
Teruja juga saya. Brader K tanya saya nak minum apa, saya cuma minta air sejuk. Dia gelak.
Dia cakap rumah dia banyak air mabuk, kalau nak mintak je. Saya tolak memandangkan saya seorang yang beriman. Hahahahaha.
Kami sambung berborak, dan baru saya tau yang Brader K ni sebenarnya ahli kongsi gelap.
Saya difahamkan, hanya orang atasan je yang dibenarkan pegang pistol ni.
Yang bawah-bawah ni boleh ambik gambar je, lepas tu buat wallpaper dekat telefon bimbit.
Lepas tu jalan jengket jengket. Macam setan.

Brader K mula bercerita pasal salasilah kongsi gelap dia. Saya buat tak port je sebab saya tau kongsi gelap semua sama.
Macam bisnes multi level jugak. Ada sistem piramid, ada 'takyah cari orang tapi kena ada 2 orang bawah',
ada ramai adik lagi banyak duit. Sambil berborak, Brader K keluarkan beberapa barang yang saya rasa,
kalau rumah dia kena serbu dengan polis waktu tu, memang saya kena dakwa bawah Seksyen 36 B (1)
akta dadah berbahaya dan akta kongsi gelap dan pelacuran. Celaka betul. Raya raya ni keluarkan lah lemang ke,
almond london ke, batang buruk ke. Tak ada lah saya cemas sangat. Waktu tu jugalah dia nak layan benda benda tu.
Saya hanya menonton TV. Hati saya cenderung untuk balik ke rumah.

Agak agak dah lama dekat rumah dia, saya menyatakan hasrat untuk beransur. Brader K buat muka cemik.
Tapi saya tetap bertegas saya nak balik memandangkan lagi beberapa minit bini saya akan bangun tidur.
Bebel Wanaz As kalau saya keluar merayau tengah malam. Brader K mengalah. Sebelum nak blah tu, dia suruh saya tunggu sekejap.
Dia cakap dia ada cenderahati nak bagi dekat saya. Berbunga bunga hati saya. PS 3? Xbox? Jam Rolex?
Macam macam benda bermain di fikiran saya. Tapi jangkaan saya meleset. Kalau dah kongsi gelap tu, kongsi gelap jugak.
Dia menghulurkan tisu dekat saya. Terdapat sebutir peluru dalam tisu tersebut.

“We are brothers!” kata dia sambil terhuyung hayang.

Saya senyum. Ya, peluru dan brothers. Entah apa saya nak buat dengan peluru tu. Cenderahati kepala bapak dia.
Esoknya aku bagi kat Amir Otai terus dia buat rantai. Aku cerita pasal kejadian semalam. Dia cakap aku tipu. Celaka.
Jin Kazama (bukan nama sebenar) remaja yang dikatakan merayau rayau di bandar ipoh

Thursday, August 18, 2011

FUTSAL (bahagian 2)

UPNM: Pasukan futsal terhebat dunia, BPA Rangers, telah kembali beraksi setelah hampir setahun menyembunyikan diri.
Pasukan yang memegang rekod sebagai pasukan paling muda memenangi Piala Juara Juara Futsal Eropah,
telah hadir di Kuala Lumpur pada sabtu lepas untuk memenuhi pelawaan kawan kepada ahli pasukan,
Shah Maldini, yang akan memjadi bapa tidak lama lagi. Perlawanan tersebut juga turut mengundang 2 pasukan belasahan dari unit-unit lain,
yang boleh dikatakan 'Hidup segan, mati tak mahu'. Kesemua ahli pasukan hebat tersebut berjaya menghadirkan diri tidak terkecuali
Daudsu yang berwajah Inggeris. Amirul Der Saar juga tiba pada gelanggang pada pagi itu.
Epie Nani, yang terkenal dengan perangai tak boleh bawa bergurau,
berjaya membisikkan sesuatu ke arah telinga saya Cool Puyol sehingga saya terpaksa hadir dengan bermuka monyok.
Mengikut laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, antara topik yang dibisikkan ialah mengenai kekurangan awek-awek digelanggang,
dan juga kisah dia dilempang bapanya ala ping pong akibat dari perangainya ketika di Manjung, Perak.
Kejadian yang berlaku 4 tahun lepas tersebut, masih menghantui Epie Nani dan berjaya memberi
pengajaran supaya lebih menepati masa. Pemain simpanan pasukan BPA Rangers tersebut, sangat takut rahsia kejadian tersebut disebarkan.

Ketua pasukan, Nestrule Zidane, yang dilaporkan sedang sibuk membuat file mesyuarat,
dengan sepantas kilat memecut laju kereta batmannya ke Ofis sehingga hampir berjaya mengatasi kelajuan bunyi.
Dianggarkan kelajuan kereta tersebut berjaya mencecah 2671 km/j.
Meter kereta tersebut juga dikatakan berpusing lebih 32 kali. Dalam 4 saat sahaja,
beliau sudah terpacak di depan Kios. Shah Maldini dan Pali Bergkamp yang dari awal sudah berada di sana,
menyambut ketua pasukan mereka dengan penuh meriah. Paluan kompang dan pompom girl juga dijemput khas untuk memeriahkan suasana.
Keadaan jalan juga dilaporkan agak sesak di kawasan Sungai Besi ketika itu berikutan tersebarnya berita mengenai kesudian pasukan hebat ini untuk kembali beraksi.

Pasukan yang digilai ramai wanita muda ini, memulakan aksi dengan mengadakan regangan badan dan juga menghisap rokok membabi buta.
Formasi yang digunakan masih lagi berbisa seperti di zaman sekolah.
Amirul Der Saar sebagai penjaga gawang merangkap sponsor jersi, Shah Maldini sebagai pertahanan tengah,
Pali Bergkamp sebagai penyerang, Daudsu menjadi pembantu penyerang,
Nestrule Zidane sebagai perancang tengah merangkap model sambilan majalah Maskulin.
Strategi yang berat ke melaukkan pasukan lawan tersebut memang menjadi bahan cakap belakang pasukan futsal lain.
Ini ditambah lagi dengan gaya permainan ala Real Madrid, di mana cara penghantaran bola penuh dengan seni.

Begitupun, akibat dari faktor umur kapten pasukan tersebut, boleh dilihat tahap kepancitan beliau
setelah 5 minit permainan bermula. Jenis yang lupa diri bernafas ikut hidung. Mulut menganga besar tayar.
Jika nak dibandingkan dengan rakan sepasukan lain, seperti Shah Maldini yang rajin bermain bola futsal setiap minggu
dan juga Nestrule Zidane dan Pali Bergkamp yang menjadikan rutin angkat besi di gym hampir setiap hari,
stamina ketua pasukan mereka sedikit memalukan. Walau bagaimanapun, wajah kacak beliau berjaya menutup
kelemahan tersebut hingga tak disedari pasukan lawan dan para penonton.
Permainan mereka juga boleh dikatakan penuh seni dengan Shah Maldini yang berjaya mengawal bahagian bawah dan
Pali Bergkamp yang pantang mendapat bola lambung dan terus merembat.
Amirul Der Saar , berjaya menjaga gawang dengan baik sehingga berjaya
memboloskan hanya 2 gol sepanjang perlawanan tersebut. Nestrule Zidane, yang bijak mengawal tengah bermain cukup
bergaya dan penuh semangat demokrasi. Boleh dilihat apabila Pali Bergkamp menghantar bola ke bahagian tengah,
Nestrule Zidane terus mengambil alih urusan dentum mendentum.


Pooommmmm!


Satu gol berjaya menggegar jaring lawan hasil daripada sepakan padu maut kapten pasukan tersebut.
Ketika itu, boleh dilihat beberapa penonton dah mula fuiyo fuiyo dan bertepuk tangan setelah melihat aksi mantap
Nestrule Zidane. Beberapa penonton perempuan pula ada yang diberitakan histeria dan terpaksa dikejarkan ke
Resat. Yang kucar kacir pergi koperasi beli buku tulis sebab nak minta tandatangan beliau juga turut kelihatan.
Semakin lama perlawanan berlangsung, semakin ramai penonton yang hadir. Turut kelihatan, upacara bakar kerusi beramai ramai.

"Kau apahal pancit? Kata tiap tiap hari main gym? " tanya Nestrule Zidane pada Daudsu.

"Ala, aku pergi gym bukan ada jogging pun, kaki aku sakit, tak boleh nak lari sangat" jawab Daudsu selamba.

"Laaa..dekat gym kan ada basikal tu, apsal kau tak guna?" tanya Nestrule Zidane lagi.

"Errr... Seat dia tinggi sangat, kaki aku tak sampai pedal" jawab Daudsu.

Wednesday, August 17, 2011

Melepak dengan Amir Otai sebelum Pilihanraya (entry panjang baru gempak)

Malam itu hujan renyai-renyai. Tiada kedengaran bunyi unggas atau burung berkicauan.
Saya bersiap-siap menuju ke rumah Amir Otai di Taman Nuri.
Niat kami mahu pergi menonton bola di Nasmir.
Mata saya yang baru lepas pejam selama 3 jam menyorot ganas disebabkan kekurangan tidur.
Jam tepat pukul 11. Saya menuju ke motosikal milik bapa saya. 
Amir Otai dah berbelas kali bagi miskol dekat saya. Janji pukul 9.

"Takyah panaskan enjin lah" kata hati saya memandangkan hati Amir Otai dah cukup panas.

"Lagipun, kalau enjin sejuk pun, boleh jalan jugak kan? Maknanya, pandai-pandailah dia nak panas sendiri kejap lagi" sambung saya menyedapkan hati.

Saya keluar dari kawasan perumahan saya. Hujan masih turun membasahi bumi.
Banyak bendera parti-parti politik tergantung di kiri kanan jalan. Pilihanraya ada lagi seminggu.
Lambang dacing, keris, bulan, roket, kerbau, kunci, ketuhar gelombang mikro menjadi penanda.
Saya menyanyi sendiri memandangkan masa tu orang belum terfikir nak letak radio dekat motor. Sekarang pun belum lagi.
Terdapat 2-3 biji kereta yang meluncur laju menghala ke Jalan Langgar.
Skyline, Evo 7 dan Wira convert dari 1.3 ke 1.5 auto saling cucuk mencucuk.
Entah apa ada dekat Alor Setar sampai diorang nak laju-laju. Giant dengan Tesco kan dah tutup.

Saya sampai depan rumah Amir Otai. Amir Otai berlari-lari anak sambil tangan tutup kepala.
Mulut dia saya nampak sedang menyumpah-nyumpah.
Tepat jangkaan saya, dia memang menyumpah dekat saya.
Urat dekat leher dia tegang semacam, kalau potong tu kompem mati.
Kalau tak tegang pun mati jugak kalau kena potong.
Saya buat tak port dan terus masuk ke kereta Amir Otai. Saya yang bawa. Malam tu ada game Arsenal.
Saya sangat pasti Arsenal akan kalah.

Kami sampai di Nasmir dan perlawanan pun dah nak tamat.
Memang betul jangkaan saya, Arsenal tengah kena tinggal 2-1.
Kami pilih meja tengah-tengah. Brader meja sebelah yang saya syak penyokong Arsenal,
memaki hamun pemain-pemain Arsenal. Tapi saya tengok, player Arsenal dekat skrin tu, buat tak tau je.
Tak ada disiplin langsung. Patut lah kalah malam tu.
Kami memesan air minuman dan makanan. Amir Otai siap mintak nasi goreng tak nak sayur.
Untuk pengetahuan semua, Amir Otai ni ahli kongsi gelap.
Tapi gangster macam mana pun dia, dia tetap makan nasi bila lapar.
Siap tak ada sayur. Tak ada pun dia nak order telinga kiri ke, serpihan kaca ke,
cat merah ke, peluru 3 rasa ke takpun buat tatoo waktu tengah makan. Pelik kan?

Dah puas makan dan minum, kami bersiar-siar sekitar pekan dan Simpang Empat.
Jalan masih basah. Tiba di selekoh di depan Pekan Rabu,
saya membelok secara kasar untuk menuju ke Mergong. Untuk nampak lagi hebat,
saya tarik sekali hand break macam budak-budak drift selalu buat.
Memang kena tune tayar botak dengan jalan basah. Kereta hilang kawalan, sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.
Hampir-hampir berpusing. Amir Otai diam seribu bahasa, saya pulak ketap bibir sambil tangan kelam kabut stabilkan kereta.
Nasib kami baik malam tu memandangkan saya mempunyai pengalaman dalam bidang drift selama 2 minggu. (baru belajar bawa kereta sebenarnya)
Nasib baik? Muka pun dah biru, nasib baik lagi? Saya pandang Amir Otai, Amir Otai pandang saya.
Saya kenyit mata, Amir Otai flying kiss dekat saya. Macam setan!

Kami berdua ketawa terbahak-bahak untuk menyedapkan hati.
Agak nya Amir Otai dah separuh Surah Yasin baca dalam hati tadi, saya pula berserabut nak ingat Hadis-hadis Soheh waktu sekolah dulu.
Kami meneruskan perjalanan, dan kali ini misi kami lebih kepada mencuri bendera parti politik yang tergantung di sekitar Jalan Langgar.
Ada satu port menarik nak jalankan aktiviti tu, berdekatan dengan Petronas. Tengah kelam kabut Amir Otai tarik bendera tu, tiba-tiba sergah satu suara.

"Woiii..." sergah suara tu.

Amir Otai berterabur lari ke arah kereta. Otak jahat saya lebih kepada meninggalkan Amir Otai.
Tapi atas semangat setiakawan, saya tetap menunggu Amir Otai.
Saya try usha ikut cermin sisi kereta, ada 2-3 orang brader yang sedang pandang kitorang.
Jarak tak begitu jauh, ada dalam selang 1 tiang lampu jalan.
Yang Amir Otai pun satu, brader=brader tu baru je pasang bendera tu, dia dah nak rembat.
Rembat secara gerila lak tu. Saya memecut laju menuju ke rumah Amir Otai.

Keesokan harinya, tepi rumah saya penuh dengan bendera parti-parti bertanding.
Dari kerajaan ada, dari pembangkang pun ada. Dah macam Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Ni tempat buang undi ke?" kata jiran saya sinis. Umur muda dari aku tapi bermuka pak cik.

korean romantic Comedy

Seducing Mr. Perfect~

Kebelakangan ni, saya selalu menjadi pendengar setia pada masalah cinta orang lain.
Hampir setiap hari. Memang dari dulu lagi saya biasa jadi tempat orang luah masalah
cinta walaupun saya bukan pandai sangat dalam bercinta ni. Kebiasannya, saya dengar je.
Nak bagi nasihat pasal apa benda dan macam mana cinta tu berputar memang saya tak reti.
Ahh, saya bukan cupid nak panah panah hati orang ni. Nak saya bagi nasihat pasal komputer tu,
boleh lah sikit sikit.

Tajuk entri dekat atas ni sebenarnya tajuk satu filem romantik komedi Korea yang saya layan semalam.
The best romantic comedy film that I ever seen. Entah bila entah saya download cerita ni pun saya tak tahu,
tapi rasanya Wanaz As yang cadangkan dekat saya suruh download cerita ni.
Saya syak cerita ni sebenarnya tipikal dengan cerita romantik komedi yang lain.
Saya bukan biasa tengok pun cerita cerita macam ni. Keh Keh Keh.

Jadi, kepada sesiapa yang mempunyai masalah cinta, yang nak belajar pasal cinta,
nak mendalami maksud cinta dan segala benda yang seangkatan dengan jiwang ni,
saya cadangkan tengok lah cerita ni. Takkan menyesal nya. Korang boleh mengenal hati budi orang
yang korang suka hanya dengan menonton cerita ni. Saya tak pasti ada jual ke tak CD cerita ni dekat kedai.
Tapi korang boleh download je dekat internet. Kalau nak suruh saya burn kan dekat CD pun boleh.
Saya letak harga RM 250 termasuk caj penghantaran dan makan tengahari.
Ini bisnes tolong melayu punya. Kah Kah Kah.

Apasal saya tengok cerita macam ni? Chet! Saya lelaki yang mempunyai selera cinta yang normal.
Malas saya buat hal kahwin dengan gitar. Rambo dan grunge belakang kira.
Awie yang gangster tu pun nyanyi lagu Taman Rashidah Utama tahu tak???

FUTSAL

Aku saja je lambat bagi komen pasal futsal  hari tu.
Kalau menang, sebelum ambil pingat aku dah update dekat aku nya blog ni.
Tapi disebabkan pasukan aku memang nasib kalah, aku lambat-lambat kan.
Walaupun terdapat sedikit gementar sebelum pendaftaran,
gementar tersebut berjaya diatasi dengan semangat setia kawan.

Aku bangun pagi tu agak lambat. Walaupun alarm henpon aku dah berbunyi,
“hensem, hensem, tolong bangun”, aku masih cekal memegang erat selimut aku.
Bangun je, aku terus capai beg aku dan terus hidupkan enjin turbo 1.3 aku.
Apa pun aku tak sempat nak buat, cuma sempat hirup Milo ais dekat Kios dalam 2-3 das.

Sampai dekat tempat pertandingan, aku rasa pelik sebab ramai sangat orang.

Dibawah aku sertakan perihal pasukan aku ni:

Nama Pasukan: BPA Rangers (Nasha bagi nama ni, bagi nampak macam jawa skit katanya,
memang betul-betul tak kongsi gelap)

Nasrul Hadi (Kapten) – Menyusun starategi
Nasha (Pen. Kapten) – bertindak sebagai perancang perlawanan
En Amirul Zzaki (Keeper) - merangkap sponsor Jersi
Pali (Tengah) – banyak diam, gementar gamaknya.
Daus (Defender) – merah-merah muka dia. malu agak nya
Aku – simpanan je
Latepi – hari rabu lagi dah bagi alasan
En sabri – simpanan juga

Keputusan:

0 – 0 : ni waktu lawan Library
0 – 0: ni waktu lawan second
0 – 0: ni waktu lawan third
2 – 1: ni waktu lawan ke empat
1 – 2: ni waktu lawan ALK

Kalau kau orang tengok dekat graf, prestasi kita orang semakin meningkat.
Tapi pasukan aku ni tetap kalah. 
Walaupun aku penat dan sakit-sakit sebab terus main takde training,
tapi aku suka sebab aku dah lama tak main futsal dengan budak-budak ni.
Dapat juga jumpa budak-budak dari bahagian lain.
Banyak lagi yang aku nak tulis, tapi ada kerja nak kena buat. Kita jumpa je lah tahun depan ye?
Aku akan pastikan aku bawak pasukan terbaik tahun depan.

P/S: Aku pergi Low Yat hari tu, dekat 5 jam beratur nak 'cucuk' duit. Ada game Snake ke dekat mesin ATM tu?

Monday, August 15, 2011

Kebangkitan puak helang.

hawk eye sampai di tepi gunung. Tiada orang di situ.
Agak lama hawk eye menunggu. Sepuluh minit di situ, deruman angin berkumandang.
hawk eye berdiri tegak sambil tangan kiri gaya menahan. Angin mula bertiup kencang.
Cahaya matahari memancar dari arah belakang. Muka hawk eye samar-samar. Puasa tidak menjadi halangan kepada hawk eye.
Seekor Garuda mendarat tepat di sebelah hawk eye. hawk eye menaiki Garuda itu.

Tengahari itu, berbekalkan beberapa keping cekodok, hawk eye memulakan perjalanan menuju ke Kampung Puak Gajah.
Beg pakaian disisip kemas di bahu. Bagi hawk eye,
nak ke manapun, gaya cool kena ada. hawk eye bersepatu capal.

Inilah peluang hawk eye untuk ke Kampung Puak Gajah. Belum pernah lagi hawk eye menjejakkan kaki ke situ.
Selama ini, hawk eye hanya mendengar cerita dari orang kampung dan televisyen sahaja.
Gajah juga belum pernah hawk eye naik. Segala yang diberitahu oleh Enggang sama Enggang, rakan baik hawk eye
yang berpengalaman dalam merantau tempat orang, hawk eye simpan erat dalam kepala.
Segala rupa bentuk rumah di dalam televisyen, hawk eye hafal namanya.

hawk eye melompat terjun ke sebuah kapal penumpang. Berkepak-kepak badan hawk eye waktu tu.
Menurut cerita Enggang sama Enggang, kalau naik kapal, kena duduk belakang. Baru nampak steady.
hawk eye sampai di tempat kerusi panjang belakang. Sebelah kanan, ada seorang Pengembara duduk.
hawk eye pandang tak pandang brader tersebut.

hawk eye duduk di sebelah kiri tingkap. hawk eye duduk tegak macam pengantin.
Kapal masih berlayar. hawk eye diam membisu. Sesekali hawk eye jeling pengembara sebelah duduk sambil terkangkang dan sedang menconteng sesuatu.
hawk eye meniru gaya duduk brader tu. Kemudian hawk eye keluarkan pen dan menulis.
“Jim, nun, wau, ha, alif, ro!” tulis hawk eye sambil sebut satu satu huruf tersebut.
“Hawk Rules!” jawab hawk eye. Ditekan suara bagi garau. Baru nampak macam orang Brazil.

Hujan mula turun. hawk eye tak tahan sejuk. Mata meliar menghayati pemandangan waktu senja.
Pengembara tersebut mula membaca nota yang tebal. Diselak dari satu mukasurat ke satu mukasurat.
“Hek 'eleh.. Kampung Puak Gajah diserang. Macam haram!” bentak pengembara tersebut. Dikaratenya nota itu.
hawk eye menjeling sebelah. Gengaman penumbuk padu bersedia di dalam poket. Andaikata situasi tak terkawal, ia akan menjadi senjata pertahankan diri.
“TV3 pukul 4 ada cerita MR. bean? Best ni hahahahaha!” tiba tiba brader tersebut gelak besar.
hawk eye menjeling brader sebelah sekali lagi. Dilonggarkan genggaman penumbuk. Situasi terkawal.

Empat setengah jam perlayaran, kapal sampai ke kawasan perlabuhan.
Tak sabar sabar hawk eye nak turun.
hawk eye langkah brader sebelah. Seluar dikibas kibas sehingga kena muka pembawa kapal. Huru hara pembawa kapal ketika itu.

Turun dari kapal, hawk eye memakai sweater jeans. Tiba tiba, baru hawk eye sedar bahawa saiz penduduk Kampung Puak Gajah adalah
sangat besar. Terus hawk eye teringat pesan Enggang sama Enggang.
hawk eye pandang sekeliling. Datang seorang bertubuh besar dan memiliki belalai yang sangat panjang menegur Hawk eye.
hawk eye terus cuba mempertahankan diri. “Jangan pukul hawk eye, bang. Jangan pukul hawk eye.” rayu hawk eye sambil menghulurkan dompet.
lelaki Gajah itu tak sampai hati untuk memukul bila melihat baju hawk eye compang camping. 
“Apasal kau kesini???” bentak Lelaki Gajah. Muka garang habis.
“Saya diminta datang kesini oleh Raja Rimba.” kata Hawk eye itu. Gagap dan tersedu.
“Apa nama kau?” tanya Lelaki Gajah sambil letupkan jari jemari.
“Mata helang, bang” jawab Hawk eye.

"Jadi kau adalah Pahlawan yang dihantar Raja Rimba untuk membantu kami?" lelaki gajah berkata.
"Saya hanya menurut perintah Raja" -Hawk
"Mari bertemu dengan Ketua Kampung kami" Lelaki gajah berkata sambil memerhatikan mata hawk eye yang tajam macam mata helang.
"Lepas tu kita akan bincang cara menentang Puak Serigala!" hawk eye berdiri sambil memerhatikan matahari. Sudah pukul 4 rasanya.

Bersambung....

Wednesday, August 10, 2011

Sedutan dari komik Crow Zero. Lawak!



Soalan yang membingungkan peminat matematik @ ilmu hisab.

Klik untuk besar
Soalannya mana pegi RM 1 saya? Mudahkan?
Soalan ni sebenarnya nak saiko je. RM48 + RM48 = RM98. RM98 adalah hutang.
Campur dengan duit si peminjam RM98 + Rm1 = RM99. RM1 bukan hutang.
Ni yang part paling kelakar. Kenapa nak cari RM1?
Nak genapkan hutang jadi RM100 ke? Bukan dah bayar RM1 pada adik dan
RM1 pada kakak?
Ok, ni cara memudahkan pemahaman orang yang sedang pening.
Katakanlah budak tu dapat duit dari cashier RM3, tapi dia simpan duit tu.
Dia tak bagi pada kakak dan adik dia. Hutang dia RM50 + RM50 = RM100.
RM100 + RM3 = RM103. Mana datang RM3? Kehkehkehkehkeh! Paham tak maksudnya?
Bagi yang ada belajar prinsip akaun mesti dah paham. Kalau si peminjam tu bagi kat kakak
RM1.50 dan pada adik RM1.50. Hutang tinggal RM48.50 + RM48.50 = RM97. Mana pegi RM3?
Mestilah dah takde, sebab dah tolak hutang. Dalam akaun peminjam. Hutang si peminjam jadi debit.
Manakala akaun kakak dan adik jadi kredit. Paham tak? Hahahaahahahah! Bagi yang rajin mencari jawapan kat internet.
Korang malas nak pikir tapi nak jawapan je. Tapi kira ok dari yang tak pikir langsung. Kehkehkehkeh!

Monday, August 8, 2011

Pengalaman kali pertama ~ HANTU

aku tidak pernah melihat hantu secara khususnya tapi pernah merasai pengalaman berada berhampiran hantu.

Tak tahu pula nama hantu ni tapi mungkin hantu yang sudah tidak bertuan yang sering
membuat kacau di rumah seorang kenalan. Antaranya ialah membakar pakaian, sofa,
memecahkan pinggan mangkuk, calit darah pada dinding serta anak tuan rumah tersebut,
menutup handycam dengan kain ketika rakaman. Mungkin pada sesetengah orang perkara ini tidak menyeramkan tapi inilah hakikat
berbagai cara hantu mengacau manusia.

Antara pengalaman pertama aku adalah ketika hari malam jumaat. Waktu tu umur aku baru 14 tahun. Ianya berlaku di Kedah.
Member aku waktu tu hendak pergi tempat mengaji tapi tiada kenderaan. Namanya Kudin.
Aku pergi ke rumahnya menaiki basikal. Untuk pergi kerumahnya aku terpaksa melalui jalan kampung yang sangat gelap.
Lampu jalan pun takde lagi masa tu.

sebelum aku menyambung cerita selanjutnya aku menasihatkan agar
para pembaca penakut disaran agar jangan menbacanya
tolong la jangan baca kalau korang duduk seorang diri je kat rumah....
kerana dikhuatiri akan mengalami sesuatu yang mengakibatkan korang sendiri menyesal....

ceritanya begini....dalam perjalanan aku nak ambil Kudin dekat rumah dia, aku menaiki basikal seorang diri.
Basikal aku dilengkapi lampu jenis Dynamo. Kalau tak kayuh lampu akan padam. Basikal aku juga dilengkapi
brek yang diperbuat dari besi aloi berwarna biru. Body basikal pula adalah dari jenis BMX yang dilengkapi pemijak belakang,
bertujuan memudahkan untuk member-member menumpang.

Sedang aku asyik mengayuh, tiba-tiba aku terasa seperti terlanggar sesuatu. Nyaris-nyaris aku terjatuh. Bila aku
pandang ke belakang, tiada apa-apa yang ada. Pelik. Tapi aku tak fikir hantu lagi masa tu.
jadi aku sambung mengayuh balik. Sampai je dekat rumah Kudin, aku nampak Kudin
berdiri dekat depan rumah beliau.
"Sori la lambat sikit. Jalan Jammed tadi" aku eksplain kepada Kudin.
"Jom, kita dah lambat ni" Kudin terus panjat belakang basikal aku.

Sampai di surau tempat kami mengaji, aku mula rasa tak sedap badan.
Seram-seram sejuk. Bukan aku sorang sahaja yang rasa. Malah Kudin juga
dapat merasakan seperti yang saya rasakan.
Masuk sahaja kedalam surau. Tiba-tiba
ada seorang kanak-kanak yang ingin kencing. Lebih kurang umur 7 tahun agaknya.
maka dia pun pergi la ke tandas seorang diri. Aku hanya memerhatikan budak itu dari jauh.
selepas tu, budak yang sampai ditandas itu pun kencing la dia.
selepas kencing, di mengapai tangan untuk mengambil tisu.
tetapi tisu tersebut sudah habis, maka dia pun terus berlari kerumahnya
dan terus tertidur dirumahnya tanpa mengelap tangannya dahulu

pagi keesokannya

budak itu pun pergi ke sekolah!

TAMAT

eeeeeeeee.......
seram gila cerita ni kan?kan?

Tips

Cara nak bagi orang klik pada blog anda?
Klik disini COOL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...