Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Wednesday, September 14, 2011

Bicycle

Dalam acara bermain basikal , konvoi ialah perkara biasa bagi saya yang masih bersekolah rendah ketika itu.
Dah bermacam macam tempat saya pergi berkonvoi dengan kawan kawan saya.
Ini termasuk pergi mandi sungai belakang taman, ke Alor Setar untuk bermain game,
ke Bukit Hijau untuk mandi air terjun dan juga mengelilingi Eropah. Merujuk kemampuan keluarga saya ketika itu,
saya tidak pernah dibelikan basikal oleh ibu bapa saya walaupun saya mendapat tempat ke 23 di
dalam kelas sewaktu darjah 4. Bapa saya terpaksa menanggung pengajian kelima-lima anak lelakinya.
Basikal pertama yang dibeli oleh abah adalah basikal GT pada umur 14 tahun. Saya beli bersama Habib, adik saya.
Oleh itu basikal jipang yang saya dapat pada umur 10 tahun lebih kepada ambik tanpa izin dari pemilik.
Mengikut statistik, projek merembat basikal saya boleh membuahkan hasil dalam 3 bijik dalam sehari.
Rasa macam nak bukak kedai basikal pun ada. Kebolehan saya lebih kurang sama dengan watak
Nicholas Cage dalam filem 60 Minutes.

Pagi tu saya paksa diri untuk bangun awal. Dah capai cekodok dan teh o, saya terus menuju ke stor
untuk mencari spanar hidup, screw driver dan bermacam lagi alat komplikated untuk membarai basikal jipang saya.
Hobi menggosok gigi dan mandi bersabunkan di perut sahaja diabaikan tanpa belas kasihan.
Ini lebih kepada pengaruh rambo yang suka tak mandi dan gosok gigi waktu perang.
Fokus saya lebih kepada membaiki basikal jipang saya. Mengikut perancangan,
malam tu saya dan kawan kawan akan berkonvoi ke Stesen Bas Pendang untuk menyambut tahun baru.
Dalam seminggu juga pelan konvoi dibincangkan bersama kawan kawan.
Dalam seminggu tu jugak lah, projek merembat basikal dijalankan dengan bersepadu.
Yang nak tukar tayar, tukar tayar. Nak tukar brek, tukar brek. Nak pasang karburator dekat basikal,
rasa macam masuk air. Kira meriah juga kedai basikal Beng radio waktu tu memandangkan budak budak basikal
sibuk ulang alik beli macam macam benda. Yang mencurik pun ramai juga termasuk saya.
Kira tak untung manalah Beng radio waktu tu.

Dah cukup barang yang ada, saya terus membarai basikal saya sehingga hanya tinggal rangka.
Niat saya nak menembak cat baru untuk disamakan dengan warna basikal kawan kawan lain.
Baru nampak stylo berkonvoi basikal dengan warna yang sama.
Rangka basikal di bawa ke arah rumah Sharani berdekatan dengan rumah saya.
Untuk pengetahuan semua, rumah Sharani yang hampir seratus peratus diperbuat dari kayu,
memang menjadi sarang kepada kami untuk pelbagai projek. Ia termasuk minum air kelapa,
bermain galah panjang, bermain futsal, mandi sungai, bermain takraw, main sorok sorok dan bermain gitar
sambil melalak sampai malam. Macam pelik kalau saya sebagai darjah
4 datang rumah dia untuk menghadiri mesyuarat ahli jawatan kuasa kampung.

Setelah mengumpul kayu dan membeli minyak tanah, kami mencampak dalam 4 rangka
basikal untuk di bakar. Kalau nak cat warna baru, lebih senang kalau di bakar daripada
menggosok pakai kertas pasir. Dalam sejam juga proses membakar dijalankan.
Dah habis membakar, kami menunggu rangka tersebut untuk sejuk. Kalau nak diikutkan,
saya boleh je pegang besi panas tu. Tapi memandangkan takut mendatangkan kedengkian
dari kawan kawan, saya simpan sahaja kehebatan saya. Sementara nak tunggu sejuk,
saya pergi membeli kertas pasir paling halus untuk melicinkan permukaaan rangka basikal
supaya lebih rata dan senang untuk ditembak cat. Ada niat juga nak beli kertas pasir yang kasar
untuk menggosok muka Anuar Capang yang penuh dengan jerawat, tapi saya batalkan kerana kekurangan bajet.

Dah habis menggosok rangka bagi halus, saya membawa rangka basikal saya ke rumah untuk ditembak cat.
Cat pertama bewarna putih sebagai asas. Dah kering sikit, saya terus tembak warna hitam
di seluruh rangka kecuali di bahagian arm yang ditembak warna kuning. Cat clear juga ditembak
untuk lebih nampak shining, baru berkilat macam Aprillia orang kata. Memang kami semua dah
pakat nak tembak warna macam tu. Nampak boria sikit. Nak cat warna pelangi, dah macam gila pulak.
Dah setel bahagian mengecat, sesi memasang part seperti handle, brek depan belakang,
tayar dan seat depan dan belakang mengambil alih. Saya memasang tayar ber rim kan aloi, perewel mati,
seat berlampu kelip kelip saya rembat dekat rumah Along Jiman dan kepala GT katak.
Kepala GT katak ni sangat rare ketika itu. Sampai Valentoni Rossi pun nak beli dekat saya dengan harga 2 juta,
tapi saya reject. Bahagian seat belakang dijongket kan sedikit untuk nampak lebih aerodinamik.
Dekat tepi seat belakang tu saya tampal besi nipis kiri kanan untuk melekatkan nombor.
Dah siap pasang part, saya mencari batang kayu dan bendera Malaysia untuk dicacakkan di bahagian
seat belakang. Rasa macam patriotik sikit. Hampir hampir juga saya pakai baju askar.

Setelah segala persiapan semua siap, petang tu kami berkumpul untuk test power basikal kami.
Abdah Izwan, Nuar Capang dan Mat Kudin pasang cover depan RX-Z dekat bahagian handle. Macam gampang.
Habis satu kampung kami ronda untuk mencari kaki untuk menyertai konvoi kami malam tu.
Dari Taman Setia ke Taman Aman dan Taman Sri Seberang, ke Tanah Merah,
Taman Sri Mas dan Taman Mewah
kami ronda nak carik korum konvoi. Ramai juga yang setuju nak sertai konvoi.
Ada dalam 50 bijik basikal yang bersetuju nak join kami. Saya agak malam tu mesti meriah dan
happening sebab ramai yang nak sertai. Berkobar kobar semangat saya. Dalam pukul 8 malam,
saya dah siap siap mandi dan makan. Semangat punya pasal.

Tepat pukul 12 tengah malam, saya hanya menonton bunga api dekat dalam televisyen sahaja.
Mak saya tak bagi keluar. Merusuh juga saya dalam seminggu lepas tu dengan tak makan dan
tak bercakap dengan mak saya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...