It's me time. A journey to health and happiness. This is my life. I am blessed to have supportive friends and family.
Friday, March 23, 2012
Aku dah kembali untuk bercerita
Perasaan janggal ketika mahu mula menaip membuatkan aku terfikir apa yang aku dah capai dalam masa beberapa bulan aku tak bercerita dalam blog ni.
Selain dari bakal menyambut anak kedua, tak banyak perkara besar yang dapat aku capai.
Hari-hari aku banyak berlalu dengan perkara rutin seperti pergi kerja, balik kerja dan lepak kedai minum sampai
tak ingat yang esok tu nak kena pergi kerja balik.
Memang tak dinafikan yang aku kebelakangan ni banyak kerja di pejabat.
Bebanan mencapai Wawasan 2020 tu seolah-olah aku seorang yang tanggung.
Dengan desakan pihak majikan untuk aku buktikan sesuatu semakin meningkat,
aku mula buat endah tak endah dengan kehidupan sosial.
Aku mula menyepi dari arena blog sedikit demi sedikit.
Aku seolah-olah alpa dengan dunia korporat yang belum pasti menjanjikan aku pemakaian tai dan kot mahupun seribu kebahagiaan.
Dalam pada aku menyepi ni, timbul pula cerita aku mula berlagak matang dan tak reti nak bergurau.
Tidak, tidak semudah itu wahai sahabat. Tidak mudah bagiku untuk menarik diri dari berperangai gila.
Cuma medium yang aku guna sekarang lebih kepada realiti dari maya.
Aku masih seperti dulu, aku masih lagi aktif berpolitik dan rajin ke dapur seperti biasa.
Andai kau nampak aku bergampangan di FB, itu cuma beberapa peratus sahaja.
Tapi bukan itu yang aku nak cerita sekarang ni sebenarnya.
Selari dengan tajuk di atas, ingin aku maklumkan bahawasanya aku sekarang sedang giat mengkaji
watak manusia. Ianya berpunca dari entah bila entah aku tengok ada seorang
kawan yang lagi muda dari aku ni mempunyai watak yang pelbagai dalam kehidupan dia sehari-hari.
Secara tiba-tiba, aku mula terpanggil untuk menjadikan dia sebagai subjek kajian aku.
Molek rasanya jika aku membahasakan subjek kajian aku ni sebagai Subjek A.
Subjek A ni jika dilihat dari luaran sama seperti orang lain. Berkulit agak cerah dan mempunyai ketinggian
dan kelebatan rambut yang agak sederhana. Berbadan kurus dan pandai menari.
Giginya pula jika diperhatikan betul-betul agak berterabur dan dikenali oleh ramai kenalan rapatnya sebagai seorang yang malas mandi.
Subjek A juga terkenal dengan borak yang tak pernah nak serius.
Mungkin dari perangainya yang agak tidak semenggah, orang sekeliling termasuk aku mula memanggilnya
dengan gelaran yang agak sinikal. Dan bila aku perhatikan, dari gelaran sinikal tersebutlah terpancar kelebihan
yang jarang-jarang ada dekat orang lain iaitu kesabaran. Bagi aku, bukan semua orang termasuk aku, boleh hendel gelaran sinikal ni.
Majoriti manusia yang aku lihat akan mula bermuka moncong bila diberi gelaran yang tak digemari.
Contoh mudah, aku lebih selesa memanggil Pali dengan panggillan nama Adi Putra. Bagi aku, Adi Putra bukanlah hensem sangat.
Aku dan Subjek A tidaklah rapat. Bak kata orang, macam tu macam tu je. Kami jarang lepak semeja.
Cuma ada sekali tu, entah macam mana aku boleh melepak dua kaki dengan Subjek A dari pukul 1 petang
sampai ke pukul 2 petang semata-mata kerana rehat petang. Di waktu itulah aku mula nampak kepelbagaian watak yang Subjek A ada.
Dan dari situlah aku mula memerhatikan dia, pergaulan dia dan mimik muka dia ketika bergaul.
Realitinya ialah, aku tak jumpa hipokrasi yang biasa manusia lain ada. Sumpah!
OK lah, aku nak balik ni. Nanti aku sambung balik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment