Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Friday, March 8, 2013

Kisah Seram


Hari ni aku macam nak cerita pasal hantu Van Kilang lahh

Pada suatu malam jumaat yang sejuk dan seram dan berhantu.

Saiful meneruskan juga niatnya untuk pulang ke rumah orangnya di mersing.

Saiful merupakan pemandu van kilang di sekitar Kluang.

Dia amat cekap memandu dan ramai minah kilang menyimpan hati kepada Saiful,

Entah kenapa tiba2 hati Saiful terasa tidak sedap. Teringat org tuanya di mersing.

Sepanjang hari Saiful memandu van dgn dahi berkerut.

Sejurus selesai trip menghantar minah kilang ke flat penginapan, Saiful nekad pulang ke kg - dia terus memandu deras bagaikan ambulans.

Saiful dengan hati kering memilih jalan pintas kahang dan felda nitar untuk ke mersing.

Walaupun dia tahu jalan tersebut sarat dengan hantu.

Semakin jauh dia meninggalkn kluang semakin berdebar hatinya untuk menempuh jln kahang dan nitar di tengah malam yang sunyi dan berhantu itu

"Bang, pesan dengan Lin saya MC malam ni, saya nak singgah pekan beli charger henpon" tiba tiba ada suara dari belakang van Saiful

"Bang, bang jangan lupa singgah beli air tebu sama apam balik depan kedai perabot tu ya.. macam biasa" sekali lagi suara kedengaran jelas

"Bang, cakap dgn supervisor semalam OT saya belum tulis kat...." "DIAMMMM!!!!!" Azman menengking di dalam van.

cilake azman pulak, Saiful lahh!

Selepas Saiful menengking kuat.

Barulah van nya kembali kosong dan sunyi. Saiful benar benar tabah dengan dugaan seram itu.

Tak berapa lama kendian, dengan tak semena mena dua kaki yang mengerikan berjuntai dihadapan cermin depan van Saiful.

Sejurus menekan brek, kaki tersebut hilang.

Saiful terdengar pula bunyi bising dentum bagaikan puluhan orang menari diatas bumbung van nya
Saiful yang hanya bersinglet, meneruskan perjalanannya ke Mersing.

Walaupun bunyi bising atas bumbung tadi berterusan.

Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu, dahinya mula berpeluh dan tangannya yang berbulu mula membasahi stereng.

Dua kali berselisih dengan lori balak, mereka hanya memberikan isyarat lampu yang cemas.
seolah2 ingin memberi tahu ada sesuatu diatas van.

Semakin lama, Saiful merasakan vannya semakin berat dan sarat.

Enjinnya juga seolah mengerang dipaksa bergerak membawa sesuatu yang berat.

Walaupun dadanya berdebar bagai nak pecah, Saiful nekad melakukan brek emergency di tengah2.

Sreeettttttttttttttttttttt................

Saiful mengambil sebatang spanar saiz 12 di desbod vannya, lantas keluar dengan semangat yang kuat menggenggam spanar saiz 12 tadi.

" woiiiiiiiiiiiiiii!!!!! " Hampan bertempik.

Waktu itu, Saiful berdiri betul betul dihadapan badan van kilang nya.

" Dari simpang kluang tadi lagi aku dah sabarrr dengan perangai enkorang semua..tau tak!! " Saiful bertempik lagi pada vannya yang kosong.

" Sekarang ni, kalu korang gentel, kita fight one by one!! " "Turunnnn skggg laaa cibai !!!" Saiful menjerit marah.. dadanya makin berombak


Mata Saiful makin merah menahan takut dan marah. 2-3 minit juga tangannya terketar-ketar memegang spanar saiz 12 tadi.


Tiba tiba dari jauh terpancar dua cahaya cahaya yang maha besar dan silau!! Mata Saiful terbeliak besarrr!!


"Allahhhhh!!!!" Saiful menjerit GEDEGANG!!!!!! Tubuh Saiful berkecai dan bersepah merata di jalan raya.. darah pekat melimpah kedinding van

Saiful dilanggar lori balak.

Sejak kejadian itu, ramai penduduk dan drebar2 lori sering ternampak kelibat Saiful dan vannya kehulu hilir melalui jalan kahang nitar.

Roh Saiful tidak tenang dan sering mengacau pemandu2 lori balak dengan hanya bersinglet dan tangan memegang spanar saiz 12.

The End.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...