Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Tuesday, December 15, 2009

Islam adalah agama yang hidup


Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.

Perkataan Islam berasal dari perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud tunduk, patuh dan ia juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai. Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah Tuhan sekelian alam. Agama Islam adalah agama yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud sebermula dengan Nabi Adam a.s. sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Cuma yang membezakan (antara nabi-nabi) ialah dari segi syariat sahaja.

Umat Islam percaya Nabi Muhammad saw diutuskan oleh Allah, untuk menyempurnakan syariat yang terdahulu dengan turunnya Al-Quran sebagai panduan dan muamalat baginda sebagai penerangnya. Dalam Islam terdapat 2 kumpulan fahaman utama iaitu ahli Sunnah wal jamaah (Sunni) dan Syiah. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbedaan pendapat. Bagaimanapun, kesemua kumpulan ini tetap percaya bahawa Tuhan itu Allah dan dalam Islam ada rukun Islam dan rukun Iman yang menjadi teras amalan mukmin.

Islam merupakan agama yang hidup kerana Islam berkembang selaras dengan peredaran zaman tanpa mengabaikan nilai-nilai murni yang harus ada pada seoramg muslimin dan muslimah. Selaras dengan peredaran zaman, Islam adalah agama yang paling kukuh berbanding dengan agama lain walaupun terdapat sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan agama Islam dan cuba memulau individu yang beragama Islam. Islam memberi pedoman kepada manusia terutama remaja berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Pemikiran sedemikian membolehkan remaja berfikir dengan sihat terhadap sesuatu dengan dipandu oleh ajaran Islam yang membimbing remaja dan masyarakat supaya terus berada dalam landasan yang betul.

Islam sememangnya agama yang benar dan agama yang hidup. Muslimin dan muslimah yang berpegang dengan ajaran Islam akan hidup dalam keadaan tenang dan tenteram disamping penciptanya, Allah s.w.t. Insyaallah.....

Friday, December 4, 2009


Lagi dua minggu aku nak kawin. kalo dulu rasa rilek je. skrg cam jantung aku ni pakai enjin mitsubishi plak. laju semacam. Betul ke aku nak kawin ni?
Dulu aku ingat dalam umor 30 baru nak kawin. tah tetiba awal taun 2009 aku niat nak kawin. Kuasa Tuhan, dia tunjuk jalan untuk aku kawin straight je. Ada je jalan yg Tuhan tunjuk, sebab tu kita jgn lupa Tuhan setiap masa, jangan waktu semayang je ingat. Aku terniat nak kawin ni pun lepas aku terbaca sepotong ayat Surah Ar-rad SUrah 13 Ayat 11 "Sesungguhnya aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia sendiri mengubahnya dahulu". Aku berfikir sejenak, lepas tu aku aku terus niat nak kawin. Alhamdulillah, langkah yang aku amik Tuhan terangi jalannya. Aku memohon padamu Ya Allah, Kau permudahkanlah perhitungan dan permurahkanlah rezqi ku. Amin.

Tuesday, December 1, 2009

November 2009

Sepanjamg bulan ni memang sibuk skit. byk benda aku kene pikir, yela nak kawin ni memang byk persediaan kene wat. Raya haji aritu aku tido umah sebelah perempuan, dah byk persediaan dah yang diaorang wat. kat batu gajah tengah famous lagu cari jodoh. lagu kumpulan wali band tu. boleh tahan lagu tu. gi kedai2 kat pekan semua main lagu tu. Malam aku lepak kat funfair tempat adik tunang aku keje. lepas main game kat situ aku gi tempat adik tunang aku punya section, busy gak dia. tauke funfair tu jaga bahagian Lucky nombor. Memang kejenya kene jerit kuat2 bagi orang dtg try lucky nombor tu. tp bila aku dgr tunang adik aku jerit tetiba aku tergelak sampai guling2. Tauke tu sebut "Lucky nombor, lucky nombor mari cuba pasti kena". tapi adik tunang aku tu sebut "Kaki lembo, kaki lembo mari cuba mesti terkena". Orang2 yang lalu situ semua gelak2. Aku pun try la main pancing udang. baru seminit letak trus dapat sekor, besar plak tu. Dalam 5 minit tu aku dah dapat 4 ekor, brother yg asyik gelak kuat tu pulak asyik usha aku. panas la tu, tambah aku dapat yang besar2. best la cuma cuti ni tak byk rehat.

Tuesday, July 14, 2009

cinta 1 2 3


Kisah 4

Danny yang duduk seorang diri sambil makan bihun sup. Tiba-tiba Ifa datang dan duduk sebelah dia.
“Danny, siapa duduk dengan Teddy tu?” Ifa meneliti Anna dan Teddy dari jauh.
“Lah, salam apa pun tidak, tiba-tiba duduk terus ni apahal?”
“Kau kenal ke budak yang duduk sebelah Teddy tu? ” Ifa mengerut keningnya menanti jawapan dari Danny.
“Entahlah, awek dia kot!” Danny menjawab pendek seakan-akan malas menjawab soalan Ifa.
“Awek? Hei, abis aku ni apa? Teddy tak tahu ke yang aku suka kat dia?” Ifa mula mencekak pinggangnya.
“Dah kau tak bagitahu, macam mana dia nak tahu?” Danny mula sesi menyindirnya.
“Mana aku nak letak muka aku ni! Ramai ingat aku couple dengan Teddy tau!” Ifa makin meninggi suaranya.
“Letaklah kat lantai! Senang nak pijak!” Danny mengetap gigi sambil menghirup air teh panasnya.
“Hei! Kau kalau tak cari pasal dengan aku tak boleh ke?” Ifa mencubit tangan Danny.
“Aduh! Kau ni apasal? Sakit tau tak? Kalau kau bengang dengan Teddy, pergilah cakap dekat dia. Apa bising kat aku pulak!” Danny menghalang cubitan Ifa.
“Kalau aku jadi Teddy pun aku tak pilih kau, ‘pondan jadian’! Baik pilih yang cun sikit.” Danny menambahkan lagi sakit hati Ifa.
“Kau tu cuma layak dengan monyet yang cun SIKIT je. Aku yang cun BANYAK ni ramai yang nak tahu tak!” Ifa menjelir lidah sambil memerhati Teddy dan Anna.
“Hei burung belatuk! Kenapa kau ni tiba-tiba angin ni? Jangan buat bising dekat sini boleh tak?” Danny meninggi suaranya.
“Helo! Sejak bila meja ni jadi tempat kau? Takde signboard tulis nama kau pun!” Ifa menekan-nekan jari dekat meja tempat mereka duduk.
“Memang takde nama aku tapi aku tak mahu kau bising-bising kat sini, macam mulut ikan sepat. Sakit telinga aku dengar tau tak!” Danny mula terbakar hatinya.
“Ala, janganlah marah! Nanti aku bagi kau pisang okey. Suka tak?” Ifa tersengih memandang Danny.
Darah Danny mula mendidih. Dia mendekatkan mukanya pada muka Ifa, “Burung belatuk! Kau ingat aku ni monyet ke? Kau tu macam apa tau tak? Macam , macam ..ha…macam muka unta tau tak!” Muka Danny seakan-akan puas dapat mengejek kembali Ifa.
“E-eh, ‘nyet’ marah ke? Janganlah marah. Takpe, nanti saya beli buah banyak-banyak untuk ‘nyet’ okey.” Ifa bangun lalu ke tempat membeli makanan ringan. Sempat dia menjeling pada Teddy dan Anna.


Perbualan aku dengan Anna terhenti takat tu je! Anna tak henti-henti senyum menampakkan lesung pipitnya. Nampak bertambah comel. Bertuahnya aku! Chewah!
Di dalam kelas kami berbual perkara yang biasa. Tak pernah sentuh bab-bab nak dating atau tengok wayang. Balik tu aku ditahan oleh Ifa.
”Nape ni? Kau bertugas jaga jalan raya pula ke?” aku terkejut bila Ifa menahan aku. Kebetulan Anna ada rumah sukan petang ni. Aku nak temankan dia tapi dia suruh aku balik. Ingatkan nak tunjuk gentlemen kat dia.
”Saya ada benda nak cakap kat awak” Ifa bernada serius. Nak tergelak pun ada aku tengok.
“Apa hal? Cakaplah!“ Aku tertanya-tanya dalam hati aku.
“Awak ada apa-apa ke dengan budak baru tu?“
’’Siapa? Anna?“
“Yelah siapa lagi? Saya nampak bukan main rapat lagi. Sampai lupa saya.“ Ifa mengerutkan keningnya. Nampak lawa juga.
”Aku kawan dengan dia. Lagipun tempat duduk kami dekat. Kenapa?”
”Saya tak suka awak kawan dengan dia!”
”Kenapa? Dia baiklah.”
”Untuk pengetahuan awak, dia baik depan awak je! Kat belakang awak tau ke?”
Aku mula keliru. Apa tujuan Ifa cakap camtu. Ingat aku senang percaya ke? Kalau budak tadika bolehlah dia tipu. Ingat cakap camtu je aku terus percaya.
”Terpulang pada kau nak cakap apa pun! Aku tak kisah pun. Aku nak cepat ni. Boleh tepi sikit tak?”
Ifa dengan muka bengang berundur ke tepi. Aku sempat pandang muka dia. Merah padam. Hmmm..dia jeles ke aku kawan dengan Anna. Dia suka aku ke? Yeke? Mustahil la!
Aku menyelukkan tangan aku ke dalam saku. Ada nota kecil Anna bagi aku sebelum aku balik tadi.

Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu.
Jika kau hilangkan agama dalam dirimu,
hilangkan cintaku padamu..

Dalam maksud dia ni. Nak kene balas ke? Aku mana reti.
”Op..stop-stop! Ni kenapa laju sangat jalan ni?” Danny memberhentikan basikal sebelah aku.
“Aik? Bukan kau ada rumah sukan ke petang ni?“ Aku bertanya sambil tengok Jam di tangan. Pukul 3 lima minit.
”Hari ni tak laratlah! Bukan best pun! Balik main Ps lagi puas hati.”
”Kau tiap-tiap kali ada rumah sukan mesti tak larat. Bila yang kau larat?” aku dah paham sangat perangai Danny ni.

Thursday, July 2, 2009

Pengumuman!!


Kisah cinta 1 2 3 part ke 4 akan di post kan lambat skit atas masalah pc saya! Tarikh post adalah 15 Julai 2009. Sekian.

Kisah 3

Balik sekolah Anna dah tunggu dekat depan pintu pagar sekolah. Aku pergi toilet tadi, sempat aku berjanji dengan Danny nak main bola pukul 5 nanti.
“Teddy, saya tanya satu benda boleh tak?” Anna memulakan bicara
“Apa?” aku tak suka benda-benda suspend ni.
“Orang nak tanya betul-betul ni. Awak dah ada girlfriend ke?” Anna cakap sambil menunduk. Kenapa dengan dia ni?
“Tidak ada dan tak pernah! Kenapa?” aku terpaksa berterus-terang. Kalau tidak mesti dia akan tanya lagi soalan macam ni!
“Awak takde minat mana-mana perempuan ke?” Anna berjalan sambil pandang ke arah budak perempuan sedang beratur menaki bas.
“Awal lagi kot nak bergirlfriend ni!” aku cuba mengatur alasan. Baik punya!
“Saya tanya awak takde minat mana-mana perempuan ke?” Anna bernada serius. Dia pandang tepat ke arah mata aku. Kenapa dengan dia ni? Mak aku suruh dia spy aku ke?
“Minat? Ada kot, tapi rahsia.” Aku cuba buat dia berhenti tanya lagi. Aku rasa mak aku syak aku ada awek kot? Itu yang dia suruh Anna spy aku.
“Takkan dengan saya pun nak rahsia ke?” Anna mencubit aku. Aku dalam keadaan terdesak. Nak tak nak aku kena tunjuk mana-mana perempuan yang tengah tunggu bas tu.
“OK aku beritahu kat kau seorang je tau! Tapi engkau kena janji jangan beritahu orang lain ” aku buat real macam aku betul-betul ada awek dan aku nak beritahu dekat dia je! Hahaha!
“Janji! Mana orangnya?” Anna tak sabar nak tengok.
“Itu dia!” aku tunjuk ke arah budak perempuan tengah berkumpul tunggu bas. Pandai-pandai Anna la nak cari mana satu.
“Yang sweet tu ke?” Anna tunjuk arah Ifa. Alamak, macam mana minah ni boleh ada kat situ.
“Bukan, tu member aku. Yang tu la!” aku cuba tukar arah.
“Mana?” Anna bersungguh meneliti arah yang aku tunjuk.
“Yang ni la!” aku tertunjuk kearah satu cermin besar yang menampak wajah Anna. Anna tersenyum memandang wajah aku dalam cermin. Lalu dia meneruskan perjalanan kami.
Dia suka aku ke? Hati aku mula berdebar bila berjalan sebelah dia. Anna tak bercakap sepatah pun sepanjang perjalanan kami pulang ke rumah. Aku pula jadi serba salah, dia marah aku sebab tipu dia atau dia pun suka dekat aku.
Dah dua hari Anna tak jumpa aku. Cuti Sabtu Ahad ni aku habiskan masa practice bola dekat sekolah. Esoknya hari Isnin, sampai di sekolah Anna senyum pada aku sebaik sahaja muncul di pintu kelas. Aku buat-buat tak nampak. Bila dia duduk sebelah aku, dada aku berdegup laju sangat-sangat. Aku pun tak tahu kenapa. Rasa macam serba tak kena.
“Apa khabar?” Anna memulakan sesi perbualan.
“Err..baik.” aku teragak-agak nak jawab soalan dia.
Kelas pagi tu Anna tak banyak cakap asyik senyum je. Aku pun tak paham. Rehat tu dia ajak aku makan sama-sama.
“Saya nak tanya awak sesuatu boleh?” Anna pandang muka aku. Aku buat-buat leka makan bihun sup.
“Tanyalah.” Aku menjawab. Danny makan di meja lain. Mungkin dia tak mahu ganggu perbualan kitaorang.
“Hari tu awak betul-betul ke main-main?” Anna inginkan kepastian.
“Ada nampak macam main-main ke?” aku cuba serius. Aku nekad. Aku nak berterus terang dengan dia hal yang sebenar. Memang jauh disudut hati aku suka pada Anna. Tapi aku ni jenis menafikan kata hati sendiri. Takut pun ada.
“Tak boleh nak agak tapi saya harap sangat-sangat awak serius waktu tu.” Anna senyum pada aku. Dalam hati aku mula terdetik rasa macam menang Jackpot. Dia pun suka aku rupanya.
“Memang saya betul-betul suka awak” aku cuba bertentang mata dengan Anna.
“Saya pun sama. Sejak bila awak mula suka saya?”
“Waktu mula-mula kita jumpa.”

Friday, June 26, 2009

Cinta 1 2 3


Kisah 2

Malam seperti yang di janjikan. Mak dan abah aku sedang bersembang dengan ibu bapa Anna, aku pula cuma diam, Anna pula setiap kali pandang muka aku mesti senyum. Bosan betul aku!
“Awak dari form 1 ke belajar kat sekolah tu?” Anna tiba-tiba bersuara.
“Ha’a, aku tahu segalanya pasal sekolah tu. Tanya je apa-apa” aku seperti biasa membangga diri.
“Mesti awak banyak awek keliling pinggangkan?” Soalan bonus dari Anna yang membuatkan aku susah nak jawab.
“Aku mana main awek-aweks ni! Jatuh la standard aku! ” aku menjawab dengan selamba. Sebenarnya aku malu bab cinta-cinta ni, memang tiada pengalaman langsung. Aku pun tak tahu, ada ke perempuan yang nak kat aku? Anna senyum lagi. Nak gelakkan aku la tu.
Makan malam tu aku banyak mendiamkan diri sebab aku tak tahu nak sembang apa dengan Anna. Esoknya dalam kelas, Anna duduk sebelah aku.
“Awak takde kawan lelaki ke?” Anna tanya aku sewaktu kami kena buat latihan yang Cikgu Farid bagi tadi.
“Ada banyak tapi saya ngam dengan seorang je!”
“Siapa?”
“Dia duduk kelas lain. Nama dia Danny. Kita orang kawan dari kecil lagi. Dia tahu semua rahsia saya. Apa-apa hal kita orang berdua je!”
“Special ke?” Anna mengerut dahi dia.
“Sorry okey! Aku bukan gay tau!” aku dah tahu mesti Anna ingat aku macam tu!
Dia tersenyum sambil meneruskan kerjanya. Seronok pula aku tengok dia senyum. “Balik nanti kita jalan sama-sama nak?” Anna bersuara dengan serius. Buang tabiat kot, aku membisik dalam hati!
“Kenapa?” aku saja tanya sebab takut dia buat lawak nanti malu je aku.
“Kita balik ikut jalan yang samakan? Salah ke?”
“Takde la, saja tanya.” aku tak kisah sebenarnya, sekurang-kurangnya ada la kawan untuk bersembang masa berjalan nanti.
Masa tengah rehat aku duduk sorang je. Yelah, bila tengah layan bihun sup aku terus lupa orang sekeliling aku.
“Saya duduk sini boleh ke?” tiba-tiba Ifa menegur aku.
“Duduklah, takde siapa pun marah!” aku sebenarnya terkejut bila Ifa tiba-tiba tegur aku tadi.
“Sorang saja ke?”
“Berdua, Danny pergi tandas. Kejap lagi datang la tu! Ha, panjang umur.” Danny muncul sambil bawa bihun sup. Selera sama je dengan aku.
“Hai, Ifa pun ada?” Danny terus duduk sebelah aku.
“Ingatkan sorang je tadi” Ifa tiba-tiba bermuka masam.
“Kenapa ni? Korang tengah gaduh ke?” Danny membuat kesimpulan bila tengok muka Ifa macam orang tak dapat sedut oksigen, merah padam je. Kenapa dengan minah ni?
“Kenapa Ifa?” aku bertanya ingin tahu hal sebenar.
“Orang ada benda nak cakap dengan awak, tapi si Monyet ni kacau pula!” Ifa menunding jari kearah Danny.
“Ewah-ewah! Sedap mulut je cakap orang monyet! Dia tu hidung macam burung belatuk tak sedar lagi!” Danny mula angin bila orang panggil dia monyet. Memang rambut Danny ni macam bulu monyet sikit. Aku rasa sebab tu Ifa panggil macam tu.
“Wei, tolong jangan gaduh kat sini boleh tak? Kau ni kenapa Ifa? Cuba cakap sikit.” Aku cuba redakan situasi, kalau tidak, tak sempat aku habiskan bihun sup aku.
Habis je aku cakap Ifa terus berlari tak tahu kemana. Ke tandas agaknya. Aku cuba meneka.
“Kenapa dengan minah tu?” nampak tanda bengang dekat muka Danny.
“Entah, tiba-tiba je.”
“Hai, boleh join?” Anna tiba-tiba muncul.
“Siapa ni Teddy? Comel betul!” Danny bisik dekat aku sambil mata tak lepas pandang Anna.
“Ni ke kawan baik awak tu? Hai saya Addrianna,panggil Anna je!”
“Saya Danial panggil Danny.” Nampak sangat Danny ni tak tahu cover bila tengok perempuan cantik. Hmmm… cantik ke?
“Makan kuih saja ke?” aku takde idea nak sembang sebab tu tanya macam tu.
“Ha’a, takde selera.”
“Masuk angin kot, tu yang takde selera tu!” aku membuat diagnosis macam doktor.
“Tadi tu siapa?” Anna bertanya tentang Ifa.
“Dia tu la pengawas yang paling ‘GP’ sekali kat sekolah ni! Entah apa dia nak dekat si Teddy ni tadi entah.” Danny menyampuk.
“Kawan awak ke?” Anna memandang aku dengan serius.
“Kawan biasa-biasa je.” Kenapa aku gelabah bila dia pandang macam tu?
“Muka dia nampak sweet kan?” Anna ketawa.
“Siapa? Ifa?” Danny mengerut dahi.
“Yelah, muka dia sweet.” Anna memberi hujah sambil mengunyah kuih seri muka yang dia beli. Hairan aku tengok Anna ni, memang optimistik betul.

Monday, June 22, 2009

Novel online : Cinta 1 2 3

....Sambungan kisah 1....
Kenapa aku yang kena? Menyusahkan aku je! Aku membebel sorang-sorang sambil diperhatikan Ifa.
“Nak kemana?” Ifa menegur aku.
“Nak ke bilik setor. Aku kena ambil kerusi dengan meja untuk pelajar baru kelas aku.”
“Seorang saja?” Ifa tanya lagi. Minah ni rabun ke apa? Tak nampak ke aku jalan sorang-sorang.
“Ha’a, tak puas hati betul dengan Cikgu Nadia tu!” Ifa mengerut dahi mendengar keluhan aku.
“Tak elok awak cakap macam tu, dia tu mak kandung awak tau! Dia suruh awak buat semua ni sebab dia tahu dia boleh harapkan awak” Ifa memujuk aku.
“Kat rumah je baik, kat sekolah asyik nak kenakan aku je. Pergi sekolah pun sendiri-sendiri je! ” Aku mempertahankan diri aku.
“Nak saya tolong awak ke?” Ifa tersenyum. “Boleh sangat, ingat aku larat ke nak angkat meja dengan kerusi sekali?” aku ketawa bersama Ifa. Ifa ni rapat dengan aku sebab aku selalu masuk keluar bilik guru disiplin. Dia tegur aku sebab nak nasihatkan aku. Dia je yang faham masalah aku. Sebab tu aku no hal dengan dia. Sekarang ni aku tengah cuba korek cerita sebab aku dapat tahu yang dia ada secret admired kat seseorang. Kakak dia yang bagitahu kat aku. Itu yang membuatkan aku bersemangat sangat-sangat ni! Dapat je tahu siapa yang dia admired sangat-sangat tu, leh la aku drop dia balik. Asyik-asyik dia je yang drop aku.
“Siapa budak baru yang masuk ke kelas awak tu?”
“Budak dari Johor, seingat aku nama dia Addrianna.”
“Perempuan ke? Bolehlah saya kenal dengan dia”
“Tak payahlah nak kenal-kenal dengan dia, aku rasa dia tu anak orang kaya. Mesti berlagak gila tu!”
“Tak baik cakap macam tu. Tak kenal maka tak cinta”
Aku terus bawa meja ke kelas, Ifa pula bawa kerusi. “Itu ke budak yang baru masuk? Comellah!” Ifa bisik kat aku. Aku cuma diam sambil pandang pada budak baru tu. Dia tumpang duduk kat tempat duduk aku.
“Terima kasih, nama saya Adrianna panggil Anna je. Nama awak?” Anna menegur aku. “Zaidi panggil Teddy.” Aku jawab ringkas. Malas aku nak layan anak orang kaya ni. Anna menutup mulut dia seakan hendak ketawa setelah mendengar nama aku. Lagi menyampah aku tengok dia.
Petang tu kat rumah, aku tengah best layan cerita korea tiba-tiba pintu rumah aku diketuk. Siapa pula yang suka buang masa datang rumah aku ni? Mak aku balik malam sebab dia pergi program Belia 4B dekat pekan. Abah macam biasa kena teman mak. Aku pun buka pintu sambil jawab salam.
“Ha? Bukan ke awak ni…” terkejut aku. Budak yang baru pindah sekolah tadi yang ketuk pintu rumah aku. Macamana dia tahu rumah aku? Nak discuss kerja rumah yang cikgu bagi tadi ke? Tanyalah dekat orang lain. Aku buat pun bila mak aku bising.
“Awak tinggal dekat sini ke?” Anna sambung ayat dia yang tergantung tadi.
“Yelah, kenapa?” aku jawab kasar dengan harapan dia terus blah.
“Saya ganggu ke? Sebenarnya Parents saya nak ajak family awak datang makan di rumah kami. Kami baru pindah semalam. Dekat situ” Anna tunding jarinya kearah barisan rumah dihujung jalan.
“Mak dengan abah takde, diaorang balik malam ni.”
“Kalau macam tu datang esok malamlah. Boleh?” nampak lesung pipit Anna timbul bila dia senyum.
“Tengoklah macamana nanti.” Aku tak berani bagi kepastian sebab mak dengan abah sibuk memanjang.
“Saya minta diri dulu ye…..Teddy” dia jawab sambil senyum. Aku hanya perhatikan hingga dia keluar dari perkarangan rumah aku.

Novel online : Cinta 1 2 3

Kisah 1
Tercungap-cungap aku berlari masuk ke kawasan sekolah. Hari yang penting macam inilah bateri jam aku habis. Ifa, pengawas yang gila pangkat memandang aku dari jauh dengan senyum sinis. Bengang betul aku tengok. Ifa ni muka memang lawa tapi sayang sebab dia gila pangkat, dia tukang report kat cikgu.
“Nama apa? Sebab apa lambat?”dia tanya dengan nada sombong.
“Lambat 5 minit pun kira ke? Bagilah aku lalu, aku bukannya sengaja. Baru kali ni je!” aku minta dilepaskan. Dia pandang muka aku dengan serius.
“Yelah, lain kali jangan lambat!”. Yes! Lepas juga. Aku ingat dia nak tulis nama aku tadi.
“Terima kasih ye Ifa.” Sambil tesenyum aku terus berlari ke kelas aku. Sempat aku tengok dia senyum balik. Memang lawa. Sampai je kat kelas aku tengok masing-masing tengah kerja sendiri. Nasib baik cikgu belum masuk.
Aku nak cepat sangat hari ni sebab aku dengar ada budak baru masuk sekolah aku. Memang masuk kelas aku pula tu. Kebetulan hobi aku ni membuli. Elok sangat la kan? Aku bukan jenis suka membuli tapi mengena tu memang dah biasa sangat. Kawan-kawan aku pun dah masak dengan perangai aku. Rasanya diaorang dah tak larat ikut perangai aku.
Pembelajaran kat kelas aku macam biasa. Waktu sekolah nak dekat habis tapi budak baru tu tak datang ke hari ni? Hati aku tertanya-tanya. Tengah aku sibuk fikir, tiba-tiba guru yang sedang mengajar kelas aku sedar akan kelakuan aku.
“Teddy, cuba jawab soalan nombor tiga ni!” Cikgu Nadia bersuara dengan nada tegas. Aku dengan terkejut terus aku jalan ke hadapan kelas sambil memikirkan soalan apa yang cikgu tanya tadi.
“Ha, kenapa diam je?” Cikgu Nadia pandang aku. Aku buat-buat gatal kepala sambil tersengih. Satu kelas gelakkan aku. Malu betul aku masa tu. Tiba-tiba Penolong Kanan Hal Ehwal murid masuk ke kelas aku bersama seorang budak perempuan.
“Perempuan ke?” bisik hatiku sebab aku sangkakan budak lelaki. “Assalamualaikum, hari ni kelas kamu ada kawan baru dari Johor. Namanya Addrianna. Saya harap kamu semua dapat membantu Addrianna jika dia ada apa-apa masalah.” Penolong HEM pun beredar selepas berbincang dengan Cikgu Nadia. Aku pula masih lagi berdiri di hadapan kelas bersebelahan budak baru tu.
“Baru masuk juga ke?” dia tanya aku sambil tersenyum. Lawa juga minah ni. Siap ada lesung pipit lagi.
“Takdelah, ada hal dengan Cikgu Nadia.”
“Teddy, tunjukkan Addrianna kat mana tempat duduk dia.” Cikgu Nadia cuit bahu aku.
“Kat mana cikgu?” aku baru terfikir kat mana tempat duduk kosong yang masih ada.
“Disebelah tempat duduk awak, cepat ambilkan meja dengan kerusi untuk Addrianna dekat bilik setor. SEKARANG!” Cikgu Nadia bersuara tegas bila aku mula buat muka tak puas hati.

Monday, June 15, 2009

Koleksi cerita lawak

Jelingan Ayah
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

KIsah 3 anak dara
Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.......

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan....

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

RESUME
Name: Ah Mei
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who
dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don't like National, I prefer Sanyo
IC Number: 6735
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: 3310
Address: Penang Jelutong
City: Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: I love to travel to Canada
Marriage status: Secret
Email Address: Hotmail
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD
Father's name: Daddy
Father's IC: You ask him
Mother's name: Mummy
Mother's IC: You ask her
Current Salary: Depends on my daddy mood
Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood
Highest qualification:Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature: Can I use chop?

Tuesday, June 9, 2009

The most beautiful

The most beautiful plant in the world
It is shaped like a water bubble
The most beautiful horse in the world
Arabian
The most beautiful bridge in the world
JAPAN
The most beautiful waterfall in the world
Niagra Falls in U.S. & Canada

The most beautiful eyes in the world
A girl from Afghanistan

The most beautiful baby in the world

The most beautiful girl in the world
Her name is Fatima from Morrocco

The most beautiful city in the world.

The most beautiful city in the world
Some of the most beautiful cities I've seen have been in the world
The most beautiful city in the world
Vancouver, Canada

Saturday, June 6, 2009

Koleksi gambar2 pelik tp benar!


Nyamuk yang diawet menjadi keras. Kalau kene gigit ni memang kering darah.

Seekor belelang kunyit yang ditangkap oleh seorang petani di Taiwan. "Patut la byk pokok aku tanam mati!"
Salah satu gambar yang pelik dan menakutkan adalah seekor burung kakak tua yang mempunyai paruh yang cacat.



The Most Beautiful house in the world.


The most beautiful house in the world
Situated in Barcelona, Spain: Owned by the famous footballer, Ronaldhino

Makan@Eat


Makanan apa yang boleh dimakan tiap2 hari tanpa rasa jemu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...