Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Wednesday, May 25, 2011

Hahahahahah!

Sepakan Gunting!!! Aummm!


Semenjak aku pakai jentera beroda dua ni, ramai yang bertanya aku dengan hal-hal berkaitan jentera tersebut. Kalau nak diikutkan, bukan lama aku pakai jentera beroda dua ni. Ada dalam 3 bulan rasanya. Tapi, ada sedikit serba-serbi yang aku dah pakar. Itupun hasil aku tanya pada orang ramai dan carian internet. Kiranya kalau ada orang tanya aku benda berkaitan dengan jentera beroda dua aku ni, nak jawab sambil pejam pejam mata tu kira selamba. Prinsipnya mudah, ada benda yang aku tahu, aku kongsi. Dan kalau ada benda yang aku tak tahu, aku goreng.

Kalau nak diikutkan, yang bertanya ni bukannya jenis pilih masa dan tempat. Ada yang tanya waktu aku tengah parking, ada yang tanya waktu mulut aku penuh dengan roti canai.

Bila mengutarakan persoalan pasal kenderaan ni, soalan pasal maintenance mesti tak lari punya. Kos, senang jaga ke tak, pakai 2T ke 4Ta, berapa CC motor ni, berapa laju boleh pergi dan berbagai lagi. Bagi mat-mat kenderaan, jawapan kepada soalan-soalan lazim dekat atas mesti dah tersemat dalam kepala. Kiranya kalau ada 2 atau 3 orang datang bagi soalan bertubi-tubi tu, selamba je boleh jawab dalam satu nafas.

Dan, pagi tadi perkara ni terjadi lagi. Ianya terjadi sewaktu aku berhenti di lampu isyarat berdekatan dengan flat kaler warna warni waktu aku nak pergi beli kek coklat lembab. Ngam-ngam lepas aku berhenti, ada sebiji motor EX5 yang ditunggang dua orang pemuda berhenti dekat sebelah aku. Atas bawah depan belakang diorang pandang aku. Aku yang memang dah agak bersedia waktu tu, hanya tersenyum memandang mereka. Melihatkan aku tersenyum, mereka mula beranikan diri untuk bertanya.

"Bang, ni Kawasaki ke Demak?" tanya budak yang duduk belah depan.

"Yamaha la. Kan stiker Yamaha tu" jawabku ramah.

Soalan bertubi-tubi pun muncul...

"Ni pakai 2T ke bro? Enjin tahan tak? Berapa CC ni? Minyak kuat tak? Jauh mana pernah pergi?" tanya yang belakang.

"Top speed berapa bro? Tak goyang ke layan corner? Geng ramai tak kalau pakai motor ni? Spare part senang cari tak?" sambung yang depan.

Aku sengih dan mula meghela nafas panjang. Segala-gala jawapan memang aku dah susun kemas kemas dalam kepala untuk bagi diorang mudah faham dan mendapat jawapan yang tepat, padat dan ringkas.

Belum sempat aku nak bagi jawapan, lampu isyarat pun bertukar ke hijau. Budak dua orang tadi tu terus pecut motor macam orang gila. Celaka.
Dua ke tiga bulan kebelakangan ni, hidup aku banyak berada di atas motor. Vrooom sana, vrooom sini. Pantang ada corner yang aku agak boleh makan, memang aku henjut sampai hampir cecah lutut. Hidup je enjin, aku terus perah minyak sampai dah tak boleh perah. Kadang-kadang tu jiran-jiran aku sampai tergeleng-geleng kepala tengok perangai aku bawak motor macam tak cukup tanah. Dalam pada ramai yang bising harga minyak tiap-tiap bulan naik suka hati, aku macam tak ambil pusing benda tu. Lebih lebih lagi, dalam dua bulan lepas Gabenor Bank Negara ada umumkan yang ekonomi kita menguncup hingga ke 7.8 peratus. Antara yang tertinggi dalam sejarah ekonomi negara. Entah macam mana diorang kira benda-benda kuncup ni pun aku tak tahu sebenarnya. Sedangkan kuncup tu bukanlah sejenis ilmu matematik.

Bila hidup aku banyak dihabiskan di atas motor, makanya boleh dilihat stamina aku yang merudum secara tiba-tiba. Kalau dulu boleh pergi beli suratkhabar dekat kedai dengan hanya berjalan kaki, kini tidak lagi. Vrooom sikit, dah sampai kedai. Vrooom sikit, dah sampai rumah. Benda-benda buat pacak tayar depan kira dah jadi hal celah gigi bagi aku. Vrooom.

Bila stamina kurang, prestasi aku dalam permainan sukan mula merudum. Lari sikit terus termengah-mengah. Tendang bola memang dah tak padu macam dulu. Tahan bola pun dah macam setan. Segala-galanya ke laut. Itupun ada hati lagi nak mengaku Ozil. Kah kah kah.

Ok, sebenarnya aku nak cerita pasal liga futsal yang aku dengan kawan-kawan masa LI dulu aku sertai. Dulu kami LI dekat seksyen U8 Shah Alam. Syarikat I-Home Sdn Bhd boleh dikatakan antara pasukan futsal paling digeruni ketika itu. Pasukan kami ni kiranya mewakili generasi ke-8 syarikat itu. Entah di mana silapnya, kami tiba-tiba boleh kalah dalam 5 perlawanan berturut-turut. Itu belum termasuk perlawanan persahabatan dengan pasukan dari syarikat luar lagi tu. Tiba-tiba kami hilang arah dalam permainan kami. Pasukan Panasonic yang dulu dibentuk khas untuk dikitai oleh kami, kini mula mengitai kami kembali.

Dari satu post-mortem ke satu post-mortem kami buat selepas perlawan dalam mencari punca sebenar kemerosotan prestasi kami. Ada yang cakap main tak sefahaman, ada yang cakap semua main berterabur, ada yang cakap masing-masing tak ada stamina dan ada juga yang cakap rambut Zaihan macam gampang. Hal Saw Kim Beng pindah ke unit lain pun boleh masuk cerita. Dan yang paling dahsyat sekali bila Munir dah mula kaitkan benda-benda khurafat dengan kekalahan kami. Dari hal jersi baru, hinggalah ke perut Marwan yang membusung macam nak meletup. Astaghfirullah.

Dalam semua alasan di atas, aku lebih suka fokus kepada meningkatkan kembali stamina. Dengan itu, aku mula berbincang dengan Amir Otai untuk melakukan latihan intensif di gimnasium yang terletak di kawasan perumahan mewah Ah Tak. Marwan memang kami paksa sertai sekali latihan intensif ni memandangkan badan dia dah tak ada shape seorang manusia. Latihan intensif ni meliputi berlari, berbasikal, angkat benda berat berat hinggalah ke berenang bersama awek-awek arab yang berbikini. Auuum!

Aku agak, dalam dua ke tiga kali lagi buat latihan intensif ni, stamina aku akan kembali tip-top. Tak sabar rasanya nak buat sepakan gunting macam dulu-dulu. Bersambung…
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...