Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Tuesday, September 27, 2011

Apa itu bisnesman?

Petang semalam, dalam keadaan tak sempat makan tengahari,
saya kene pergi ke Galeri FINAS untuk memerah keringat bagi mendapatkan sesuap nasi.
Dalam keadaan panas terik, saya memandu kereta hitam saya menuju ke Galeri
FINAS di Jalan Pahang. Sepatutnya saya dan Wanaz As merancang untuk kerumah
terbuka di rumah kawan-kawan pada hari itu. Tiba-tiba saya terima panggilan
mengejutkan pada pagi pukul 12 tengahari.
Keadaan panas tersebut berjaya dimeriahkan lagi dengan
perasaan lapar dan mengantuk tak ingat dunia. Ikutkan hati,
mahu sahaja saya pecut balik rumah dan pekena baring sambil kipas berputar tahap nombor 5,
tetapi disebabkan saya seorang yang amanah, saya gagahkan juga pergi ke sana.
Ala, bukan saya kena berlakon atau menyanyi pun dekat sana. Kalau diorang suruh menyanyi pun,
apa salahnya, ye tak? Suara saya ni pun dah serak serak basah macam Once.

Sampai sahaja di Galeri FINAS, saya terus buat muka garang sambil menuju ke tempat
di mana customer yang saya kena hadap tu berada. Dah sampai, saya terus buat kerja saya.
Pap palap pap piaappp, pommm. 5 minit je kerja saya dah setel. Pro.
Tersengih sengih saya sambil jeling brader pengawal keselamatan yang muka agak terkesima
bila nampak saya dah nak blah dari situ. Saya yakin, dalam hati mesti dia tengah puji saya buat deal barang-barang laju,
efisien, inovatif, kacak dan sasa. Tiba tiba saya dapat satu panggilan yang menyebabkan saya pergi ke
Studio FINAS di Hulu Klang. Terus hati saya berat ke mencarut.
Tapi ada satu ayat dia buat saya perlu pergi juga.

"Kalau boleh saya nak beli banyak bang! Sebab saya buka kedai"



Sebagai info, Studio FINAS dekat Hulu Klang ni dah siap satu bangunan baru dan fasiliti
di dalamnya bertaraf dunia sehingga diakui oleh Dolby Digital. Dan kadang kala,
ia menjadi tempat penggambaran untuk beberapa filem dan drama.
Studio FINAS ni pula berada bersebelahan dengan Zoo Negara.
Dulu, waktu saya pergi ke sini, hampir hampir saya tak dapat bezakan Orang Utan dengan Jehan Miskin.
Celaka. Tang senyum tu sama.

Dalam perjalanan ke Studio FINAS, saya mendengar radio.
DJ radio tu tengah borak pasal hal pakwe makwe.
Lepas tu adalah seorang pakwe ni hubungi radio tersebut dan meluahkan kerinduan dia
pada makwe nya. Macam haram. Rasa nak muntah pun ada.
Dalam keadaan panas terik dan mengantuk tersebut, dia berjaya buat saya nak pecahkan radio pulak.
Tapi memandangkan leceh bagi saya untuk menyanyi setiap kali pulang ke kampung dengan Wanaz As,
saya terus tahan nafsu amarah tersebut. Sampai je dekat situ, saya sibuk cari tempat nak letak kereta.
Entah apahal, tetiba kereta banyak tak tentu hala.
Ada juga sesi penggambaran dekat bahagian depan bangunan baru dan makwe makwe yang
berlakon pun boleh dikategorikan sebagai solid maut. 2-3 kali juga saya pusing kawasan
FINAS tu sebab nak usha makwe makwe solid maut. Dan akhirnya, saya dapat juga parking
dekat bahagian hadapan bangunan lama FINAS. Nak parking dekat tempat VIP, rasa macam kurang ajar.

Saya terus masuk ke dalam bangunan tersebut untuk buat kerja. Pap palap pap piaappp, pommm.
Kerja saya lambat pula setel kali ni. Dalam keadaan mengantuk dan lapar, saya bertegang leher tentang
cara penghantaran barang tu dengan penuh rasa keilmuan.
Segala pengalaman dan ilmu di dada, saya keluarkan sepenuh hati.
Akibat terlampau sangat menggunakan akal, perasaan lapar dan mengantuk tu terus membuak-buak.
Setel je deal, saya terus keluar sepantas kilat ke kereta untuk pulang ke rumah walaupun jam
baru menunjukkan 5 setengah petang. Apa gila saya nak lepak sampai malam?

Dengan mata yang mampu terbuka separuh, saya berjalan terhuyung hayang menuju ke kereta.
Walau bagaimanapun, badan saya tiba tiba menjadi sasa bila berjalan di tempat penggambaran tersebut.
Entah kenapa. Mata pula melilau usha makwe makwe. Manalah tahu, ada Nora Danish dekat situ,
boleh juga saya offer diri jadi babysitter anak dia. Sampai sahaja di kereta,
saya terus keluarkan kunci kereta saya dan menekan alarm. Mata saya masih tepat memanah ke makwe makwe.

Sunyi sepi. Alarm kereta saya tak berbunyi. Saya tekan lagi sekali, masih tidak ada bunyi.
Panik juga saya waktu tu memandangkan alarm kereta saya ni memang suka buat hal sejak kebelakangan ni.
Tapi, untuk menjaga imej, saya buat buat steady dekat tepi kereta sambil mata tepat ke arah makwe makwe.
Tiba tiba, ada satu suara tegur saya dari belakang.

"Kenapa ni, dik?" kata seorang pak cik yang berpakaian kemas dan berambut putih.

"Kereta saya ni....Eh?" tiba tiba saya terseringai sambil tengok dekat arah kereta.

Celaka. Bila saya beli BMW?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...