Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Monday, December 5, 2011

Aktiviti gerila Ke Melaka

Petang tu saya boleh dikategorikan sebagai diculik. Pada permulaan nya,
memang saya dan kawan kawan saya bercadang untuk pergi ke Melaka, tambahan Wanaz As ada kursus,
tetapi penarikan diri saya di saat terakhir telah membatalkan terus rombongan kami.
Ini semua gara gara kerja di ofis yang tak pernah nak habis-habis.
Bukan saya tak nak kerja, tapi setiap kali kerja mesti datang bertimbun.
Diorang ingat muka saya asyik nak buat  kerja ke? Tunggu saya jadi Menteri nanti,
saya akan cari balik majikan majikan yang cuba bermain api dengan saya. Goblok.

Setelah pembatalan rombongan tersebut, saya hanya bercadang balik ke rumah setelah jam 5 petang.
Petang tu saya hanya lepak di rumah dan bercadang untuk menonton Hagemaru.
Tapi rancangan saya diganggu oleh panggilan dari Wanaz As.

"Cool, dah kemas barang ke belum" kata beliau yang ketika itu baru lepas menukar lampin Cool Danish.

"Kenapa?" tanya saya.

"Kitorang nak pergi gerak ke Melaka dah ni. Nak ikut tak?" pancing beliau dengan ayat manis.

Saya tak syak apa-apa dan terus bersetuju. Memang biasa saya dan Wanaz As merantau pada hari-hari cuti.
kadang-kadang mendaki ke Genting Highland untuk menikmati suasana sejuk di sana.
Terasa seperti lelaki Eropah bila pergi ke sana.
Jadi, saya bersiap siap ala kadar. Petang tu saya hanya memakai seluar jeans, dan t-shirt 2 helai.
Pernah juga saya buat buat kering pakai seluar pendek dan sehelai t-shirt, dah sampai puncak Genting sana,
mulut saya terus mencarut carut kesejukan. Untuk memastikan perkara sama tidak berlaku, saya dah buat persiapan awal.

Setelah memasukkan barang ke dalam kereta. Kami pun mula bertolak.

"Eh, Cool nak pergi mana ni?" tanya Wanaz was was.

"Nak pergi Melaka lah, tapi ikut Highway Seremban." kata saya sambil mengawal steering menggunakan dagu.

"Ada jalan ke nak pergi Melaka dari sini?" tanya Wanaz As sambil buat kira kira geografi.
Tak pernah pulak dia baca suratkhabar yang Samy Vellu ada buat jalan pergi Melaka ikut Highway Seremban.

"Ada." kata saya buat buat pandai. Jalan nak pergi Petaling Jaya pun kucar kacir,
ni pulak saya buat pandai jalan pergi Melaka. Syak Wanaz meningkat.

Cool Danish waktu tu dah tersengih sengih. Wanaz masih was was dengan rancangan saya.

Jadi bermula lah rombongan kami ke Melaka petang itu. Mengikut perancangan mereka,
Min akan turut serta. Tapi kami hanya dijadualkan berjumpa di sana.

Perjalanan kami sangat lancar waktu tu. Untuk melancarkan lagi perjalanan,
Wanaz As dan Cool Danish sibuk main dekat belakang. Habis huru hara suasana
dalam kereta tersebut akibat dari proses pakuk memakuk diantara mereka berdua.
Saya dibiarkan bersendirian memandu kereta. Ada sekali sekala saya menjeling sayu ke
cermin pandang belakang melihat mereka bermain. Tapi mereka tak endahkan. Dah kalau saya main sekali,
siapa pulak nak bawak kereta? Nak suruh kereta tu bawak sendiri? Ke longkang pula kami nanti.

Setelah sejam setengah berjalan, Saya berhenti di hentian rehat mana entah untuk mengisi minyak.
Danish dan Wanaz turut keluar dari kereta untuk regang regangkan badan. Saya sedang rancak isi minyak.
Wanaz dah masuk ke dalam kedai untuk beli bahan kunyah kunyah.
Waktu tu juga Cool Danish ada mengajak saya membuat aktiviti mencuri satu batang berlampu yang
biasa orang pakai kalau ada construction malam malam. Batang berlampu
tersebut diletak oleh pekerja stesen minyak tersebut betul betul atas peti minyak sebelah kereta kami.
Memang rezeki kami malam tu. Aktiviti tersebut berjalan dengan lancar. Dah siap isi minyak,
kelam kabut kami keluar dari stesen minyak tersebut.


Perjalanan diteruskan, tapi Cool danish dan Wanaz sudah tidak berminat bermain geletek.
Mereka hanya sedap bersantai di tempat duduk belakang.
Suasana kiri kanan gelap je. Kadang kadang je ada lampu jalan.

Sampai dekat mana entah, tiba tiba ada satu papan tanda yang tertulis, 'Kenderaan berat ikut kiri'.
Dekat area nilah tempat Nasyarizan bagi lampu signal sebelah kiri.
Agak agak dah selamat nak masuk, Nasya terus masuk lorong kiri. Bila ingat balik waktu tu,
runsing juga kepala otak saya berfikir, kereta ke Bos yang berat. Sarkastik gila babi.
Niat hati saya nak bertanya dekat Zuraidi, tapi saya batalkan untuk mengelak dari rusuhan berlaku dalam kereta.

Ok, balik ke cerita asal.Agak agak dalam pukul 5.45 macam tu, kami selamat tiba di Plaza Tol Ayer Keroh.

Bersambung..

PS : Ayat biasa pagi-pagi masuk keje " Maam dah sampai belum?"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...