Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Monday, September 20, 2010

Paradigma baru ketika darjah 5

Sebagai darjah 5, nak tak nak saya terpaksa mengikut kehendak
mak bapak saya yang mahu saya menimba ilmu di sekolah.
Takkan kecik kecik lagi saya nak membanting tulang cari rezeki untuk keluarga.
Tuang air dalam cawan pun boleh tumpah tumpah, ada hati nak cari kerja.

Waktu darjah 5 ni, saya ditugaskan duduk di sebelah Faisal anak Dr Hayati,
seorang pelajar sekolah saya yang hobi dia baca kamus Bahasa Inggeris - Bahasa Inggeris.
Selera bukan-bukan. Entah macam mana dia boleh jadi pelajar, saya pun hairan.
Untuk pengetahuan semua, keputusan peperiksaan
Bahasa Inggeris saya selalu mendapat pujian oleh cikgu cikgu dengan memberi gred menggunakan
pen merah dalam buku laporan kemajuan murid. Sangat barai.
Entah kenapa, saya dengan bahasa penjajah ni tak pernah ngam.
Bertahun tahun belajar pun macam tak masuk je.
Mungkin jiwa nasionalis Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee mengalir dalam tubuh saya.

Lebihnya waktu tu minat saya cenderung untuk melukis komik.
Masa tu yang jadi group saya adalah Abdah dan Azam. Tiap-tiap hari kitaorang akan melukis.
Buku yang mak bapa belikan untuk belajar dijadikan komik ala-ala Dragon Ball kami.
Asal jumpa je mesti melukis. Tak jemu-jemu.

Berbalik ke cerita asal, mungkin tujuan cikgu saya suruh saya duduk sebelah Faisal lebih
kepada usaha penambahbaikan saya dalam subjek bahasa penjajah tersebut.
Ada juga kawan kawan yang pandang saya macam tak pandai kira sifir 4.
Nak je saya lempang. Matematik saya sangat ekselen.
Waktu darjah 6, abah saya dah berjaya paksa saya hafal sifir sampai sifir 25 tau?

Kelas Bahasa Inggeris adalah antara yang paling saya tarik muka kalau cikgu masuk kelas.
Yang ajar kelas saya nama dia Sir Trip Tiple Singh. Betul ke saya eja nama dia ni?
Kalau dia tak masuk kelas, rasa macam puas semacam.
Rasa macam baru menang lumba basikal dengan kawan saya.
Tetapi saya tetap berpandangan positif dengan berpaksikan 'kalau belajar rajin rajin, boleh masuk universiti'.
Dengan adanya Faisal di sebelah saya, saya harap saya dapat banyak ilmu dalam bahasa penjajah ni.
Saya juga buat buat ceria di kala cikgu Bahasa Inggeris masuk ke kelas.

Sewaktu hari pertama kelas Bahasa Inggeris, saya ada ternampak Faisal menulis nama dan nama kelas pada buku teks baru dia.
Jadi saya pun mengikut apa yang dia buat dengan niat mendapat berkat. Faisal pun mesra je melayan saya.
Selang 2-3 minit lepas tu, Faisal tunjuk pandai dengan tulis satu ayat Inggeris bawah nama kelas seolah olah menunjuk nunjuk dekat saya.

'This book belongs to Muhammad Faisal'

Bangga juga saya dapat kawan yang dapat tulis Inggeris dengan lancar macam Faisal ni.
Jadi sekali lagi saya cuba meniru dia. Tapi kali ni saya ingin membuat satu kelainan dengan memikirkan ayat sendiri.
Pecah kepala juga saya fikir kan ayat yang terbaik. kalau boleh saya nak yang simple dan padat.
Tiba tiba saya mendapat satu idea. Sambil mata buntang buntang, lidah terjelir keluar, saya menulis dengan penuh semangat.

'No Entry'

Faisal tiba tiba mintak dekat cikgu untuk pergi ke tandas sambil tersengih sengih.
Waktu darjah 6 baru saya tahu apa benda menatang No Entry tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...