Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Thursday, October 21, 2010

RAHSIA MENDAPAT PERUT YANG KEMPIS 2

Saya ingin kongsikan lagi kisah dengan anda tentang cara hilangkan lemak di perut.
Tentang bagaimana saya berjaya memiliki perut yang ramping malah berotot.
Bagaimana saya lakukan? Cara-cara berkesan yang selalu saya amalkan tidak
mungkin anda dapat lihat atau baca dalam majalah. Dan cara ini sebenarnya amat berkesan.

Saya bukanlah seorang yang bertubuh sederhana pada asalnya. Sebenarnya saya memiliki perut
yang buncit bertahun lamanya. Saya menceritakan dahulu pengalaman saya yang mungkin hampir sama
dengan kisah anda. Tidak kira sama ada anda lelaki atau pun perempuan. Sesiapa
yang berusaha untuk mengurang lemak dan berat badan juga mungkin mengalami
pengalaman seperti saya.
Jika anda membaca cara-cara yang saya terangkan, saya yakin anda akan berpuas hati setelah
membaca. Kerana saya bukan sahaja menceritakan pengalaman saya malah beberapa tips berkesan untuk anda.
Tidak perlu mengeluarkan wang. Saya akan berikan penyelesaian. Jika anda sama
seperti saya, maka anda juga pernah bersusah payah  selama bertahun-tahun hanya kerana
masalah perut yang buncit.
Ya, perut buncit sebenarnya memang masalah. Terus terang saya katakan. Lelaki atau perempuan yang memiliki
perut yang ramping adalah seksi. Tidak semestinya berotot. Cukup setakat ramping.
Dulu saya pernah mencuba untuk melakukan senaman Sit-ups. Berdiet.
Namun saya hanya berjaya mengurangkan dalam beberapa sentimeter sahaja. Selebihnya saya
merasakan sakit dibahagian belakang badan saya akibat dari senaman tersebut. Masalah perut buncit ini
telah menyebabkan saya malu. Saya tidak pernah membuka baju untuk mandi di pantai atau kolam mandi.
Saya rasa seperti terperangkap dalam badan sendiri. Diri saya inginkan sesuatu yang badan saya sendiri
tidak mampu berikan. Mungkin juga anda berfikiran seperti saya.
Sekarang saya berlainan. Perut yang ramping. Malah berotot. Saya sendiri merasa terkejut.
Bagaimana saya lakukan? Pertama, saya akan terangkan kebenaran dimana ramai tidak mengetahui
atau akan memberitahu cara untuk mendapatkan perut yang ramping. Saya pasti anda akan terkejut.
Cara untuk mendapatkan perut yang ramping adalah dengan TIDAK MELAKUKAN SENAMAN.
Saya pasti anda berasa terkejut dengan kenyataan berikut.
Sebenarnya, ianya terdapat masa dan tempat untuk senaman perut dilakukan dengan betul.
Saya berjaya mengurangkan perut buncit tanpa melakukan senaman.

Pertama sekali anda memerlukan disiplin cara pemakanan yang betul. Bagaimana caranya?
Saya akan terangkan secara terperinci lagi tentang makanan dan bagaimana menjalankan diet yang betul
tanpa merasa lapar. Ramai yang berfikir dengan menahan lapar dapat membantu menghindar lemak
di perut. SALAH. Sebenarnya dengan menahan diri dari makan dan minum hanya membuatkan
badan anda kekurangan air. Malah ia tidak mengurangkan lemak langsung.

Apakah jenis makanan yang dapat membantu mengurangkan lemak malah anda tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak?
Sebelum ini anda boleh rujuk kembali pada POST saya yang telah menerangkan senaraikan makanan dan cara pemakanan
yang betul. Disini saya ingin menekankan aspek-aspek yang sangat penting sewaktu anda mengamalkan diet ini.
Jadi saya berharap anda fahami dahulu apa yang saya cuba perkatakan sebelum kita berkongsi 4 teknik pemakanan yang mudah untuk membuang lemak di perut.

1. Anda perlu tahu bahawa anda dikelilingi oleh produk yang kononnya makanan sihat dan kurang kalori. Sebenarnya, makanan jenis itu mengandungi lebih banyak lemak dan serat berbanding yang biasa. Cuba pikir sekali lagi.
2. Jangan mempercayai alat senaman yang kononnya dapat mengempiskan perut dalam masa singkat. Ianya tidak berkesan 100%. Jangan terpedaya dengan paras bentuk model iklan tersebut. Mereka mendapat badan begitu bukan melalui alat tersebut. Mereka telah melakukan latihan yang betul, nutrisi dan pemakanan yang betul. Serta pemikiran kental.
3. Jangan mudah mempercayai nasihat orang yang tidak terlatih sebelum mencuba. Petua yang diberikan kadangkala boleh membawa mudarat kepada si pengamal. jadi dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba.
4. Jangan sesekali mencuba atau menelan mana2 ubat atau supplements untuk kuruskan badan. Jelas sekali tertera kandungan tersebut mengandungi racun yang mampu membunuh anda jika tersalah caturan pemakan.

NEXT ENTRY

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...