Duit dah banyak keluar, mestilah kene menenangkan diri.
Niat saya bukan apa, hanya mahu melihat gelagat manusia di waktu malam.
Ipoh ni siang dengan malam dia banyak berbeza.
Kalau siang orang sibuk cari duit, malam pula orang sibuk buang duit.
Ada yang baru balik kerja, ada yang baru nak pergi kerja, ada yang melepak di kedai minum,
ada yang duduk tepi tembok dekat Dataran sana, ada yang tengok budak motor merempit,
ada juga seorang brader rambut panjang yang jalan dengan awek dia, badan kepak kepak.
Rasa macam nak lutut je muka dia.
Kalau nak tengok ragam manusia, waktu malam paling sesuai.
Banyak juga tempat tempat tumpuan sekitar Ipoh ni. Karok jamban, disko, maplay, mall, wayang dan macam macam lagi.
Kalau pergi lalu dekat jalan Ali Pitchay sana,
boleh lah tengok awek-awek yang kalau keluar rumah tak payah pakai apa-apa pun takpe.
Silap haribulan, kalau awek tu bukak seluar, tak ada beza dengan saya.
Geli geleman saya. Hati hati. Saya pernah kena bang bang boom dengan member dalam isu macam ni.
Itulah Ipoh di waktu malam. Macam macam orang kita boleh jumpa. Memang seronok kalau pusing sekitar Ipoh.
Untuk memendekkan cerita, tiba tiba saya terberkenalan dengan seorang brader Cina yang lebih selesa saya panggil Brader K.
Entah macam mana saya boleh kenal dia. Memang dari tadi saya perhatikan dia.
Dia tengah separuh sedar. Entah apa dia layan. Mata dah lah sepet, lepas tu sebelah bukak sebelah lagi tutup.
Jalan terhuyung hayang, lepas tu borak dengan saya macam dari darjah 2 dah kenal.
Waktu itu kami di kedai minum. Saya melayan dia berborak. Dia je yang banyak bercerita, saya banyak hmmm je.
Ada ke pulak borak isu cinta lepas tu dalam bahasa mandarin pulak tu dengan saya.
Saya nak cakap apa? Ulang cakap “cong ceng cong ceng” 18 kali? Lembu betul.
Agak agak dalam setengah jam kami borak, dia minta tolong saya hantar dia balik rumah.
Dekat area Jalan Gopeng sana. Saya yang tak tau nak buat apa, setuju je.
Baru je kenal beberapa minit lepas, dah boleh hantar balik rumah. Baik kan saya?
Dalam kereta, kami sambung berbual. Dia bagitau saya yang dia pengurus sebuah kelab malam sekitar Ipoh.
Saya hanya 'owh' dengan nada nak tak nak percaya.
Lantak lah dia pengurus ke apa, bukan separuh dari gaji dia nak bagi dekat saya pun kan.
Kalau dia bagi pun, saya tak nak. Haram. Tapi dari gaya dia borak dan pemakaian, dia nampak macam orang ada ada.
Dalam borak tu sempat juga dia kutuk kereta saya kecik, lembap dan lagi elok kalau saya jual kereta tu.
Panas membara hati saya. Saya cari rezeki guna kereta ni.
Tapi saya buat rileks je memandangkan saya tau dia separuh sedar.
Orang separuh sedar ni kalau kita melantun, dia punya lantun lagi lain macam.
Sampai di rumah dia, saya tengok rumah dia memang besar. Pagar pun pagar karen.
Bila pagar karen tu terbukak, saya nampak sebuah kereta yang kalau pandang dari sudut dan teori apa pun,
memang sebijik dengan kereta saya. Babi betul. Emergency car kata dia. Kereta Honda dia masuk bengkel.
Dia mengajak saya masuk ke rumah. Saya pun masuk memandangkan ramai orang cakap raya tu sebulan dan kalau nak raya, datang je.
Lantaklah dengan masa, bangsa dan suasana.
Saya melangkah masuk dengan kaki kiri. Ada seekor anjing turun dari tangga dan bergesel gesel dengan kaki Brader K.
Anjing tu jenis anjing yang bulu lebat sampai tutup mata. Comel betul. Tapi kalau dia bergesel dekat kaki saya,
peratusan untuk dia jadi bola tu akan meningkat. Waktu tu tak ada nya nak fikir pasal comel lagi.
Saya malas nak basuh kaki dengan air tanah. Leceh. Saya memerhatikan perhiasan dalaman rumah Brader K.
Memang rumah idaman saya. Orang kaya katakan. Kalau ikut taraf hotel, saya bagi 5 bintang.
Brader K jemput saya duduk dekat sofa bentuk L dia. Baru saya nak duduk, Brader K keluarkan pistol.
Serius saya panik. Dia nak rompak saya ke? Takkan saya dah bagi susu, dia nak balas dengan tuba? Tak.
Brader K hanya menunjuk nunjuk di depan saya. Pistol tu memang pistol betul. Siap ada peluru lagi.
Saya tak tau apa nama pistol tu. Tapi kalau main Counter Strike, kena tekan B-1-1 nak beli pistol ni.
Teruja juga saya. Brader K tanya saya nak minum apa, saya cuma minta air sejuk. Dia gelak.
Dia cakap rumah dia banyak air mabuk, kalau nak mintak je. Saya tolak memandangkan saya seorang yang beriman. Hahahahaha.
Kami sambung berborak, dan baru saya tau yang Brader K ni sebenarnya ahli kongsi gelap.
Saya difahamkan, hanya orang atasan je yang dibenarkan pegang pistol ni.
Yang bawah-bawah ni boleh ambik gambar je, lepas tu buat wallpaper dekat telefon bimbit.
Lepas tu jalan jengket jengket. Macam setan.
Brader K mula bercerita pasal salasilah kongsi gelap dia. Saya buat tak port je sebab saya tau kongsi gelap semua sama.
Macam bisnes multi level jugak. Ada sistem piramid, ada 'takyah cari orang tapi kena ada 2 orang bawah',
ada ramai adik lagi banyak duit. Sambil berborak, Brader K keluarkan beberapa barang yang saya rasa,
kalau rumah dia kena serbu dengan polis waktu tu, memang saya kena dakwa bawah Seksyen 36 B (1)
akta dadah berbahaya dan akta kongsi gelap dan pelacuran. Celaka betul. Raya raya ni keluarkan lah lemang ke,
almond london ke, batang buruk ke. Tak ada lah saya cemas sangat. Waktu tu jugalah dia nak layan benda benda tu.
Saya hanya menonton TV. Hati saya cenderung untuk balik ke rumah.
Agak agak dah lama dekat rumah dia, saya menyatakan hasrat untuk beransur. Brader K buat muka cemik.
Tapi saya tetap bertegas saya nak balik memandangkan lagi beberapa minit bini saya akan bangun tidur.
Bebel Wanaz As kalau saya keluar merayau tengah malam. Brader K mengalah. Sebelum nak blah tu, dia suruh saya tunggu sekejap.
Dia cakap dia ada cenderahati nak bagi dekat saya. Berbunga bunga hati saya. PS 3? Xbox? Jam Rolex?
Macam macam benda bermain di fikiran saya. Tapi jangkaan saya meleset. Kalau dah kongsi gelap tu, kongsi gelap jugak.
Dia menghulurkan tisu dekat saya. Terdapat sebutir peluru dalam tisu tersebut.
“We are brothers!” kata dia sambil terhuyung hayang.
Saya senyum. Ya, peluru dan brothers. Entah apa saya nak buat dengan peluru tu. Cenderahati kepala bapak dia.
Esoknya aku bagi kat Amir Otai terus dia buat rantai. Aku cerita pasal kejadian semalam. Dia cakap aku tipu. Celaka.
Jin Kazama (bukan nama sebenar) remaja yang dikatakan merayau rayau di bandar ipoh |