It's me time. A journey to health and happiness. This is my life. I am blessed to have supportive friends and family.
Monday, May 3, 2010
RAHSIA MENDAPAT PERUT YANG KEMPIS
Memang ramai yang inginkan perut yang ramping tak kira lelaki atau perempuan. Ramai yang dah mencuba pelbagai produk dan juga alat senaman. Malah ada yang mencuba tidak makan dan berhabis duit yang banyak untuk kempiskan perut. Tahukah anda terdapat teknik yang mudah dan berkesan, juga selamat untuk kempiskan perut, dan yang penting ianya tidak memerlukan modal. Tidak percaya? Sebenarnya lemak yang berkumpul diperut adalah punca dari pemakanan kita seharian. Tapi itu bukanlah salah anda. Kita memang tidak dapat lari makan makanan yang mengandungi kalori dan sebagainya. Makan terlalu banyak bukanlah faktor utama badan kita membesar. saya akan menerangkan kepada anda bagaimana cara untuk mendapatkan perut yang diingini setiap orang.
saya akan memastikan anda pasti tersenyum setelah melihat hasilnya dalam 2 minggu. jadi pastikan anda baca dengan teliti sebelum anda mempraktikkan arahan yang saya berikan. Dulu saya juga teringin memiliki perut yang sexy. Kali pertama saya melihat otot perut adalah ketika saya berada di asrama penuh. Kawan satu dorm saya ada 'Six pack'namanya Adam.Adam ada perut yang digilai oleh semua perempuan,dan ingin dimiliki oleh semua lelaki. Lihat saja perut Adam membuatkan saya terus membuat latihan Sit-Ups 30 kali. Setiap hari. Tapi, apa yang menghairankan saya adalah, Adam tak pernah buat Sit-up! Dia tak pernah masuk Gym. Dia suka bersukan tapi bukan yang melibatkan perut. Jadi saya agak mungkin keturunan Adam memang macam tu. Senang tumbuh otot. Memang saya cakap macam tu tapi semua orang tahu, mana ada genetik untuk memastikan setiap keturunan anda ber otot.
Saya masih mencuba diet dan Sit-up selama beberapa tahun. Hasil yang saya dapat hanyalah turun beberapa inci. Tetapi bukanlah perut yang betul2 kempis(Berotot). Saya inginkan sesuatu tetapi badan saya tak mampu lakukan.
Tetapi sekarang, Saya talah jadi orang yang lain. Biarpun orang lain definisikan saya sebagai kurus. Dalam hati saya sangat gembira. Saya boleh pakai baju yang saya inginkan, saya boleh lakukan aktiviti tanpa merasa cepat penat. Pergerakan saya lebih pantas. Dan yang pastinya...Perut saya lebih baik dari perut Adam. Pada mulanya memang saya sendiri terkejut dengan kesannya. Sangat mudah! Macam mana saya lakukan?
Disini saya akan terangkan bagaimana caranya. Sesuatu yang kita tak jangkakan. Teknik untuk mengempiskan perut adalah dengan tidak melakukan senaman perut.
Terkejut? Tidak Percaya? Sebenarnya, Jika kita selalu membuat latihan perut bertubi-tubi ianya hanya membina otot dibawah lapisan lemak perut sahaja.Ianya bagus jika anda ingin membesarkan perut anda. Hasil yang sama juga berlaku jika melakukan 'Over-training'.
Ada yang hanya melakukan senaman pada waktu anda bersemangat, ianya berlarutan untuk seminggu dua sahaja. Kini rahsia untuk membuat perut kempis cepat dan mudah. Terus terang! Manusia memang menganggap perut yang kempis sebagai sexy. Mahu lelaki atau perempuan. Diikuti perut berotot. Jadi saya berharap anda fahami dahulu apa yang saya cuba perkatakan sebelum kita berkongsi 4 teknik pemakanan yang mudah untuk membuang lemak di perut.
1. Anda perlu tahu bahawa anda dikelilingi oleh produk yang kononnya makanan sihat dan kurang kalori. Sebenarnya, makanan jenis itu mengandungi lebih banyak lemak dan serat berbanding yang biasa. Cuba pikir sekali lagi.
2. Jangan mempercayai alat senaman yang kononnya dapat mengempiskan perut dalam masa singkat. Ianya tidak berkesan 100%. Jangan terpedaya dengan paras bentuk model iklan tersebut. Mereka mendapat badan begitu bukan melalui alat tersebut. Mereka telah melakukan latihan yang betul, nutrisi dan pemakanan yang betul. Serta pemikiran kental.
3. Jangan mudah mempercayai nasihat orang yang tidak terlatih sebelum mencuba. Petua yang diberikan kadangkala boleh membawa mudarat kepada si pengamal. jadi dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba.
4. Jangan sesekali mencuba atau menelan mana2 ubat atau supplements untuk kuruskan badan. Jelas sekali tertera kandungan tersebut mengandungi racun yang mampu membunuh anda jika tersalah caturan pemakan.
Jadi apakah cara untuk mengempiskan perut dengan cara mudah dan selamat malah menjimatkan? Rahsia untuk sepanjang hayat..
Bersambung next entry... KLIK SINI
Subscribe to:
Posts (Atom)