Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Friday, July 1, 2011

Kisah Umur 7 taun

Ketika  berumur  7 tahun, keluarga saya menetap di Kem Polis PPH di Kulim Kedah.
Kawan-kawan disitu kebanyakan sebaya saya. hidup kitaorang hanya dalam kem itu sahaja.
Hampir setiap petang terdiri daripada Hamzah, Abang Oi, Din dan Lan adalah Korum yang perlu ada untuk
kitaorang memulakan aktiviti bermain kitaorang. Dari permainan gelongsor, jongkang-jongkit hinggalah ke permainan lumba basikal.
Ada satu hari saya merasakan kelainan pada kawan kawan saya. Setibanya saya ditempat permainan
saya lihat kawan kawan saya sedang mengayat 3 orang budak perempuan. Langsung tak dihiraukan kehadiran saya ketika itu.
Waktu tu, kepala otak saya terus teringat sejadah di surau.
Rasa macam nak pergi lepak dengan pak cik imam surau pulak.
Waktu tu juga saya rasa, kebajikan kanak kanak saya terabai.
Tapi saya tak hiraukan. Nak lapor dekat PBB, macam jauh dan membazir masa.
Jadi saya mengambil jalan mudah, lepak seorang diri bermain pasir ketika kawan kawan saya sibuk mengayat.
Bukan saya tak suka, cuma jiwa kanak kanak saya tak berat ke arah cinta.
Kasut sekolah pun Emak saya basuhkan, takkan saya nak melangkah ke alam cinta. Tak logik langsung.

Dah habis mereka mengayat, baru mereka datang ke arah saya.
Waktu tu mereka sibuk bercerita pasal 3 orang budak perempuan tersebut.
Yang kakak nama, Isya. Bawah dia nama Isma, dan yang kecik sekali nama Yana.
Isma sebaya dengan saya. Itu yang mereka ceritakan dekat saya.
Dah habis dengar diorang cerita pasal budak perempuan tersebut,
saya terus mengajak mereka merewang sekitar kawasan perumahan kami.
Tapi mereka bantah sekeras kerasnya. Kawan kawan saya cakap, diorang tak nak ke mana mana petang tu.
Mereka memberi cadangan untuk bermain lumba lari sahaja di situ.
Celaka. Masing masing cuba untuk tunjuk kuat depan perempuan.

Nak tak nak, saya terpaksa join diorang main lumba lari.
Sebagai rekod, kalau ada pertandingan lumba lari dengan kawan kawan, lazimnya saya yang menang.
Dan petang itu saya menang lagi. Bukan niat saya nak tunjuk jaguh depan 3 orang cucu anak orang kaya tersebut.
Malam itu aktiviti kami hanya penuh dengan lumba lari dan bergelak ketawa depan rumah orang kaya.
Mercun 'A bomb'saya simpan untuk kegunaan esok hari.

Keesokan harinya, Hamzah datang ke rumah saya.
Dia membuat satu perkhabaran yang amat menggoncang hati suci murni kanak kanak saya.
Hamzah memberi sepucuk surat kiriman dari Isma. Dalam tu, Isma ada tulis yang dia nak berkenalan dengan saya.
Dalam tu juga Isma sertakan perihal mengenai dia seperti nama, tarikh lahir dan makanan kegIsmaran dia.
Berkobar kobar saya baca surat tu. Waktu tu saya rasa macam dah dewasa.
Rasa macam nak pergi lepak kedai minum order air kopi o ais.

Hamzah bagitahu saya yang Isma suka dekat saya sebab saya menang lumba lari malam sIsmalam.
Dengan hati yang suci murni, saya tak kenal siapa Isma. Isma suka saya sebab saya menang lumba lari,
manakala saya suka Isma sebab dia suka saya sebab saya menang lumba lari. Habis berbelit cinta kanak-kanak saya.

“Kau balaslah..” kata Hamzah. Dia yang sIsmangat lebih.

“Aku nak tulis apa?” kata saya.

“Cakap lah kau nak berkenalan jugak dengan dia. Ok?” terang Hamzah dekat saya.

“Ok. Tapi kau tolong tuliskan boleh?” kata saya lagi.

“Apasal aku pulak?” Hamzah terpinga pinga.

“Ala, tulisan aku buruk. Tolong lah...” rayu saya dekat Hamzah.

“Macam siyut” kata Hamzah.

5 minit lepas tu...

“Dah. Aku dah tulis semua pasal kau. Nak tulis apa lagi?” kata Hamzah setelah selesai menulis surat.

“No. surat beranak?” tanya saya.

Kami berutus surat. Dan malam tu, tak sempat habis berbuka puasa,
saya dah standby dekat depan rumah orang kaya dengan mIsmakai
kasut sekolah sebagai persiapan untuk pertandingan lumba lari. Macam gampang kan?
Malam tu juga saya dapat berbual dengan kakak Isma bernama Isya.
Isya menceritakan peribadi Isma pada saya, tapi satu pun tak masuk dalam kepala saya.
Akal kanak kanak saya masih belum boleh menerima untuk memikirkan hati budi orang lain.
Isya menjadi perantara kepada kami mIsmandangkan saya akan lari jika Isma ajak berbual.

Selang seminggu perkenalan kami, Isma menghadiahkan saya sehelai baju.
Sikit rasa gembira pun tak ada dalam kepala saya. Perasaan saya terus gundah gulana.
Pening kepala saya fikir nak balas hadiah apa dekat dia. Ya lah, perbelanjaan harian saya pun 20 sen je,
celah mana saya nak dapat duit beli hadiah untuk dia. Nak hadiahkan guli, rasa macam tak cukup romantik.

Waktu kecik kecik dulu, mana ada rasa nak mintak kapel kapel ni. Jauh sekali nak ajak jalan jalan dekat taman.
Tengok wayang? Naik bas pun mak yang bayarkan tambang, ada hati nak tengok wayang. Jangan berangan lah.
Perkenalan kami hanya sampai hari raya sahaja. Dalam 2 minggu je kot. Lepas tu tak tahu apa cerita dah.
Isma ikut keluarga dia berpindah ke tempat lain, saya pulak sibuk main layang layang, tangkap ikan buntal dalam longkang,
dan macam macam lagi aktiviti kanak kanak saya. Tak ada pun rasa patah hati bila dah tak jumpa dia.
Ada juga dengar berita pasal dia melalui Isya. Itu pun kalau saya secara tak sengaja jumpa Isya waktu dia datang ziarah datuk dia.
Tak pernah sesaat pun saya berbual dengan Isma.

Kali terakhir saya dengar cerita pasal  Isma dari Hamzah.
Hamzah cakap Isma dah kahwin pada 8/8/2008. Hamzah cakap waktu tu Isma dah mengandung anak pertama dah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...