Pada suatu pagi, saya sampai awal ke pejabat. Awal tu adalah lebih kurang dalam pukul 6 setengah pagi.
Orang lain semua tak masuk lagi waktu tu sebab pejabat saya memang hanya akan mula beroperasi dalam pukul 8 pagi.
Mula-mula waktu awal saya kerja dekat tempat ni, ramai juga kawan-kawan yang terkejut dengan perkara ni.
Bagi mereka, masuk kerja pukul 8 pagi ni agak rare. Ada yang memuji bagus, siap bagi pandangan boleh
meningkatkan produktiviti lagi, ada yang tumpang gembira dan ada juga yang tak puas hati.
Yang tak puas hati ni yang saya tak faham sebenarnya. Tak puas hati yang membawa ke arah hasad dengki.
Kadang-kadang tu kalau lepak dekat mat ali waktu malam, saya cakap nak balik tidur awal, masing-masing merusuh tak tentu hala.
“Ala, macam esok masuk kerja pukul 5 pagi laaa.. Awal lagiiii..”
Tapi sebenarnya hal saya masuk kerja pukul berapa tu ditentukan oleh majikan saya.
Tak ada kaitan pun dengan saya yang nak balik tidur. Saya tak kisah pun pukul berapa masuk pejabat.
Pagi ke, tengahari ke. Saya ikut je. Takkan hal-hal macam tu pun saya nak pergi bangkang dekat majikan saya,
betul tak? Yang tak nak bagi saya balik tidur tu kenapa?
Tapi sebenarnya, tak nak bergaduh dengan kawan punya pasal, saya lanjutkan lepak saya lagi dalam sejam dua.
Pagi tu sebenarnya saya tak sarapan pagi lagi. Wanas Az tak sihat dan MC hari itu.
Lepas je buka semua lampu dan letak beg, saya terus keluar menuju ke sebuah restoran mamak berdekatan dengan pejabat saya.
Hal-hal fesbuk saya tangguhkan dulu buat sementara waktu. Saya lebih mementingkan perut yang hampir berkeroncong.
Macam biasa, saya berjalan dengan gaya ala Ronaldo untuk ke kedai makan. Sesampainya saya di sana,
saya terus mencapai satu suratkhabar untuk di baca. Mamak-mamak dekat situ memang dah tahu rutin saya bila
pergi ke kedai mereka. Makan, minum, baca suratkhabar. Nampak je muka saya masuk ke kedai,
terus berterabur masing-masing pergi cari paper untuk diletakkan di meja saya. Hinggakan ada masa dan ketika,
sampai tiga paper diorang letak. Macam celaka.
Pagi itu saya memesan air Milo ais dan roti telur. Saya duduk dekat open air untuk merasa sedap angin pagi.
Restoran tu agak lengang ketika itu. Boleh di kira dengan jari sahaja pelanggan yang ada.
Di sebelah kanan meja saya, terdapat dua orang yang saya lebih berusia dari saya sedang berbual rancak.
Pada mulanya, saya buat tak port sahaja dengan apa yang mereka bincangkan. Saya lebih berminat untuk membaca suratkhabar.
Tapi, bila mana mereka mula berbicara pasal politik, saya mula memasang telinga.
Berkobar-kobar semangat mereka bila bercerita pasal politik.
Berkobar-kobar juga asap yang keluar dari mereka berdua. Pung pang pung preng.
Dewasa ini, saya selalu mendengar orang bercerita pasal politik dan keadaan sosio ekonomi negara.
Mana-mana saya pergi pun, mesti akan terdengar orang berbual hal ni. Kiranya, hal-hal politik ni bukan hal kecik anak.
Dalam pada saya memasang telinga tu, saya terus berlakon fokus membaca suratkhabar.
Makanan saya tak sampai lagi pada waktu itu. Sesekali saya menjeling ke arah mereka berdua untuk melihat gelagat mereka.
Kedua-duanya bercerita siap dengan gaya tangan sekali. Saya tersengih sendirian. Banyak benda yang mereka bincangkan.
Hal pasal pilihanraya nak dekat, kerajaan tengah baik labur duit untuk rakyat, masalah penagihan dadah, isu Mesir,
negara berpendapatan tinggi, ekonomi Malaysia yang menguncup 7.2 peratus, Interlok, Anwar Ibrahim dan
bermacam-macam lagi hal serius. Saya nak masuk campur pun takut.
“Pass lighter tu, Man.” kata seorang brader yang duduk mengadap keluar kedai. Paras mukanya tak dapat saya kenal pasti.
Apa yang saya perasan, mereka berdua berkongsi pemetik api dalam perbincangan serius mereka ketika itu.
Milik siapa pemetik api tersebut, tak dapatlah saya kenal pasti.
Terdapat beberapa isu yang saya agak berminat untuk dengar ketika itu.
Ianya ialah berkaitan dengan masalah penagihan dadah dan juga hal negara berpendapatan tinggi.
Brader yang meminta pemetik api tadi yang banyak mengupas persoalan tersebut.
Brader tersebut ada menggariskan beberapa pandangan untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang pendapatan isi rumah mampu untuk memiliki astro, kereta dua biji,
anak sekolah swasta dan bila umur dah berusia 60 tahun nanti sedap bersidai di balkoni rumah banglo hasil duit pencen.
Brader yang bernama Man tu banyak mengangguk tanda bersetuju dengan pandangan brader yang seorang lagi tu.
Saya yang turut bersetuju dengan pandangan brader tu hanya mampu memendam rasa untuk mengangguk. Nak jerit
'saya sokong, saya sokong' tak tentu hala, rasa macam tak patut.
Tak lama lepas tu, roti telur saya pun sampai. Maka, bila makanan saya dah sampai,
saya mula hilang fokus dengan perbincangan tersebut. Bagi saya, hal makan makan ni pun sebenarnya bukan boleh bawa main.
Ada ketika saya dengar apa yang mereka bualkan, ada ketika juga saya sibuk mengunyah sambil terasa biji
cili terselit di celah gigi. Makan ni kena fokus, kalau tak fokus tu yang boleh jadi hal hal obesiti,
kencing manis, darah tinggi dan berbagai lagi penyakit pakej waktu umur 50-an nanti.
Lagi pun, kalau saya tercekik waktu makan roti telur waktu tu, siapa nak tolong?
Nak suruh mamak tu buat CPR dekat saya? Saya lebih rela bunuh diri dari terjadinya hal sebegitu. Astaghfirullah.
Nak dipendekkan cerita, sedang saya rancak mengunyah tu, brader yang meminta pemetik api tadi dah mula nak beransur.
Mereka bersalaman sesama sendiri tanpa mempedulikan saya yang tengah makan.
Maka, hilanglah kelibat brader yang minta pemetik api tu dari pandangan saya.
Tinggallah Brader Man tu yang masih lagi duduk dan sedang membelek-belek telefon bimbitnya entah tengah tengok apa.
Mungkin mengapdet twitter gamaknya. Tersengih-sengih Brader Man tu sekali sekala.
Saya hanya menjeling lembut ke arah beliau tanpa mengesyaki apa-apa sehinggalah Brader Man tu bangun
dalam keadaan kelam kabut secara tiba-tiba. Perasaan panik terpancar jelas di muka beliau yang ketika itu
meraba-raba segenap kocek yang ada di badan.
“Alamakkk! Babi punya Jamal. Sembang ekonomi bagai, lighter aku pun dia rembat. Celaka!”
Bersembur roti telur keluar dari mulut saya. Babi punya Jamal.