Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Thursday, September 23, 2010

Kawan saya nak bertunang.

Malas saya nak cari pasal lagi dengan membuat spekulasi yang bukan-bukan.
Minggu lepas saya jumpa dengan Amir Otai. Dia jemput saya datang kenduri
dia nak bertunang hujung tahun ni. Baguslah, kawin juga kawan saya yang sorang ni.
Harap-harap lepas ni takde lagi call kawan-kawan ajak lepak mamak pukul 2 3 pagi.
Jujurnya, saya akui yang Amir adalah antara kawan saya yang paling steady sekali.
Saya perhatikan, dari bagaimana dia dibuli, dikutuk dan ditertawa oleh kawan kawan,
jarang sekali dia melantun. Kebiasaannya, dia hanya tersenyum bila
diperlakukan sebegitu.




   

Saya masih masih ingat lagi sewaktu kali
pertama kami bersalam, waktu itu saya memperkenalkan diri saya sebagai Farouk.
Nama Farouk tu sebenarnya saya petik dari nama ketua kongsi gelap
Gagak Hitam dalam cerita Azroy. Saya tak sangka, perbuatan saya itu mempunyai
maksud tersirat. Saya betul betul tak sangka yang Amir sebenarnya sama seperti
Azroy sewaktu putus cinta. Waktu sekolah dulu, waktu Amir baru masuk sekolah.
Dia sedang berdiri di koridor pada hari pertama masuk sekolah,
saya asyik memandang dia. Amir waktu tu dressing berseluar sekolah hijau,
berkasut hitam, berdagu panjang, beg sekolah sandang belakang,
berkopiah dan pendek. Suara hati saya mengatakan dia senang kena buli.
Tapi, saya tolak semua benda benda tu ke tepi. Saya ikhlas berkawan dengan dia.

Saya suka berbual dengan dia. Ada ketika kami berbual seperti kanak kanak,
ada ketika berbual seperti orang dewasa. Kami berdua pandai mengawal emosi
satu sama lain. Bagai ada 'kimia' antara kami. Saya senang meluahkan buah
pendapat dekat dia, dia pun tak kurang begitu.  Saya suka dengar dia berbicara.
Lebih lebih lagi bila dia memberi pendapat mengenai senario politik negara.
Nampak api amarah keluar dari mulut dia waktu itu. Tapi bila  saya tanya dia
dah daftar dekat SPR ke belum, dia slumber jawab belum. Memang gampang.
Dia bernasib baik kerana  saya bukan jenis orang yang bercakap pakai kaki dan tangan.

Sedang rancak saya menulis,  saya teringat pasal vcd yang Amir cakap nak pinjam tu. 
Kepada Amir, saya minta maaf. Saya dah lama tak tengok benda benda macam tu.
Koleksi saya semua dah buang.  Saya tahu niat dia ikhlas.
Dia cakap nak belajar sebab takut gugup waktu malam pertama. Cuba la try tanya Zaihan.
Tak apa, ada masa lagi ni. Saya dengar belajar last minute ni senang masuk.

Dulu sebelum  saya berkenderaan, Amir selalu ambil saya dekat rumah kalau nak pergi mana mana. 
Saya ucapkan terima kasih banyak banyak dekat dia. Dia memang baik hati.
Biasanya kami pergi lepak dengan kawan kawan di sekitar Alor Star Mall.
Ada juga yang dia ajak saya teman pergi hantar orang. Pergi tengok bas rosak pun ada.

Eh... teringat pula kali pertama Amir bawa saya naik motor Jaguh abah dia. Silap betul.
Dia bagi saya jadi rider. Saya rider sampai dekat jalan bukit depan sekolah, enjin boleh mati.
Saya tak biasa lagi dengan motor clucth waktu tu. Motor Jaguh tu pula boleh jalan gostan dekat bukit tu.
Memang kelam kabutlah. Ada ke pula orang dekat kedai kopi tu gelakkan Amir sebab
terkapai kapai nak jejak kaki dekat tanah?  saya memang marah gila waktu tu. Serius,  saya marah.
Kalaudi ikutkan hati, mahu terbalik semua meja makan dekat situ. Saya tak samseng.


Bila ingat balik rasa nak tergelak pun ada.

P/S : Kepada Amir Otai. Sapa cakap ang xkan kawin? Hahahahaha! Tahniah bro!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...