Aku bukan nak cerita pasal kawan-kawan aku.
Tapi aku nak cerita pasal zaman waktu aku mula-mula pakai henfon dulu-dulu.
Mak bapak aku tak pernah belikan aku henfon untuk aku.
Ye la, keluarga aku bukan orang senang pun.
Sehari pun dapat duit belanja 20 sen je.
Alhamdulillah. Ada juga duit belanja.
Henfon pertama yang aku dapat ialah dari Eddy. Sepupu aku.
Dia yang bagi Nokia 3310 dekat aku. Henfon Nokia yang berwarna merah tu,
terpaksa pakai getah sebab bahagian belakang tempat letak bateri dia dah longgar
dan kerap terjatuh dari poket berulang kali.
Masa tu aku baru je habis SPM. Pakai dalam dua tahun, last-last rosak terus.
Lepas tu, aku jadi pengguna telefon awam yang setia selama beberapa tahun.
Waktu tu aku mula kenal dengan Munir. Dia ni budak Kachi.
Kachi ni kira macam team budak basikal la. Tak silap aku Kachi ni ada juga budak motor dengan kereta.
Aku tengok geng budak Kachi ni 'macam gempak' sebab tiap-tiap hari lepak dewan buat skill.
Siap ada sticker dengan T-shirt lagi. Masing-masing siap pakai Nokia Butterfly. Kira Henfon paling canggih masa tu.
Diaorang dapat duit beli henfon melalui upah buat performance dekat majlis-majlis atau event.
Cemburu sebenar nya aku. Jadi aku pun pasang matlamat untuk buat team Goofy (watak anjing dalam Disney).
Apa? Ingat korang je yang ada team?
Jadi bermulalah kisah kehidupan aku sebagai ahli Goofy.
Aku bersama rakan sepersetanan, Marwan, memulakan strategi.
Kitorang meronda-ronda kawasan Taman Shahab dan Mergong untuk mencari mangsa penculikan.
Motorsikal Honda bulat Marwan ditunggang. Aku jadi rider, Wan duduk belakang senyap-senyap.
Dalam setengah jam, kami berdua dah dapat ahli dalam 4 orang.
Magic tak? David Blaine pun belum tentu boleh buat magic macam aku.
Apa team aku boleh buat?
Kami telah tubuhkan satu band muzik. Kira kumpulan underground jugalah.
Peralatan muzik kami pakai bapa Marwan punya. Bapa dia ada bilik khas untuk geng-geng dia
buat rehearsal sebelum ke majlis-majlis yang diadakan.
Motif utama aku tubuhkan kumpulan ni pun sebab nak kumpul duit buat beli henfon.
Percaya atau tidak, hujung tahun tu aku berjaya beli henfon Sony Ericson yang berkamera. K508i.
Kira bangga habis aku waktu mula-mula pakai henfon tu. Lama juga aku pakai henfon tu.
Lepas tu aku mula berkerja dan berkemampuan. Jadi aku terus beli henfon Nokia flip. Aku tak ingat
nama dia. Lagi Up-to-Date. Boleh GPRS. Tangkap gambar nampak jelas. Hampir setiap hari aku
membelek-belek henfon tu. Tak jemu-jemu.
Jadi sekarang ni aku tengah cuba nak dapatkan I-Phone 4 secara percuma dari Digi. Kenapa aku nak I-Phone 4?
Tak payah cerita banyak. I-Phone 4 memang gempak habis. Grafik pun memang cun. Ada 3G call. Best!
Dan yang paling penting boleh tulis entry blog guna iPhone 4. Hahahaha! Gempak tak?
P/S: Mana pergi pun aku tak tau henfon Nokia mearah turun-temurun dari Eddy..?
It's me time. A journey to health and happiness. This is my life. I am blessed to have supportive friends and family.
Thursday, September 30, 2010
Gula-gula
Perjalanan pulang dari Tesco Ampang memang macam palat. Sepatutnya ambik masa dalam 15 minit je,
tapi disebabkan orang-orang KL ni dah mampu beli kereta sendiri, masa perjalanan bertambah jadi 60 minit.
Program kongsi kenderaan yang kerajaan promosikan waktu saya sekolah rendah dulu, dah tak diendahkan.
Inilah manusia zaman sekarang, sanggup menghadap jalan yang jam yang boleh buat muka orang berkerut-kerut
sebab nak tahan berak, padahal rumah jauh dekat Rawang sana. Kalau ternampak ada pemandu muka tak
keruan tu, kau orang dah boleh baca apa yang dia buat. Adat lah kan? Siapa suruh tak nak kongsi kereta?
Kalau kongsi kereta boleh berak dalam seluar ke?
Biasa nya saya akan layan lagu untuk hilangkan bosan. Tutup tingkap rapat-rapat, dan melalak macam dekat Karok.
Orang keliling ada yang pandang, tapi saya peduli apa. Bulan-bulan saya bayar duit kereta sendiri.
Tapi kalau ada awek yang tengok lepas tu tersengih-sengih, sempat jugak saya senyum dan kenyit mata.
Pernah sekali, saya baru je pandang seorang awek ni, dia terus tunjuk jari tengah dia dekat saya.
saya pun tunjuk kan ke'kreatif'an dengan membuat bentuk bulat menggunakan jari saya.
Menggelabah awek tu pandang tempat lain. saya ke depan sikit, nampak dia tengah tunjuk-tunjuk dekat saya.
Dekat sebelah dia ada seorang laki, saya tak tahu tu suami dia atau pakwe dia.
Laki tu buat muka ketat je tengok saya. Kalau berani turun lah bro, gua berani hadap lah.
Nasib baik brader tu tak turun. Kalau tak mahu saya sprint 100 meter dekat MRR2 tu.
Petang tu Amir Otai call ajak lepak makan minum malam ni. Ikut hati malas saya nak keluar memandangkan penat
dalam kesesakan lalu lintas petang tadi belum habis. Hati kawan kene jaga beb!
Malam tu sampai di sebuah kedai makan, tempatnya terpaksa saya rahsiakan.
Amir Otai memanggil seorang waiter di situ.
Saya nampak yang waiter tu agak cergas tak menentu. Budak waiter ambik order dekat kami.
Lepas 5 minit, waiter tu datang hantar makanan and minuman, tapi untuk Amir Otai je.
Terus saya tanya mana saya punya makanan dan minuman. Budak waiter tu cakap yang dia lupa.
Saya dah mula syak sesuatu.
Selepas makanan saya sampai, saya terus perhatikan budak waiter tu.
budak waiter tu jalan ulang alik depan kitaorang lebih dari 10 kali.
Lepas tu budak waiter tu jadi agak pemurah dengan menegur semua customer yang ada dekat kedai tu.
“Aku rasa that waiter dah 'telan' lah” saya inform Amir Otai.
“Yeah! Gua pun rasa macam tu.” jawab Amir Otai.
“Aku nak tanya dia lah, boleh ke?” tanya saya dekat Amir Otai.
“Lu jangan buat hal lah. Lantak lah dia nak telan ke tak.” larang Amir Otai dekat saya untuk tidak mengeruhkan keadaan.
Selesai makan, saya nekad nak tanya dekat budak waiter tu. Jadi kami panggil budak waiter tu suruh kira.
“RM 10.50 je” budak waiter tu inform kita orang. Amir Otai terus hulur money.
“Berapa banyak lu telan?” tanya saya berani mati.
Budak waiter tu buat muka bangang depan kami macam tak tahu apa-apa.
Lepas tu budak waiter tu terus pergi untuk ambik balance. Waktu nak bagi duit balance tu, budak waiter tu inform dekat saya.
“Kalau nak, bagitau la.” budak waiter tu offer dekat saya.
“Cover line sikit bro. Ni Malaysia, bukan macam tempat asal saya, Spain!” jawab saya untuk ingatkan dia.
P/S: Senang sangat nak dapat, macam beli gula-gula!

C.I.N.T.A itu rabun
Mat Jon adalah seorang lelaki kebanyakan macam orang lain juga. Mat Jon bekerja sebagai pemandu van di sebuah kilang berhampiran kawasan perkampungan saya. Bukan minat Mat Jon untuk memandu van ni. Minat Mat Jon lebih kepada menjadi anak seni. Minat yang menjadi kegilaan ramai orang muda zaman sekarang ni.
“Woi, lepak mamak jom!” mesej ringkas Mat Jon kepada saya.
“Awal lagi dol. Lewat sikit lah.” balas saya.
“Ala, jom lah. Aku nak tengok AF.” rayu Mat Jon.
“Pergi mampus!” balas saya.
Tak dapat masuk Akademi Fantasia pun takpe, janji dapat AFundi. Kira masih terlibat secara tidak langsung dalam program tu. Ada kes, Mat Jon hampir mengalirkan air mata bila dapat berita Bob Mesra terkeluar dari saingan.
“Kau tengok orang Malaysia ni, pandang paras rupa je. Orang saiz macam aku dengan Bob ni, tak ada pun nak sokong.” bebel Mat Jon tak tentu hala.
Pantang diajak karaoke, Mat Jon akan bersetuju tanpa usul periksa. Tu belum kira undangan menyanyi di majlis kahwin, Mat Jon tidak sesekali akan melepaskan mikrofon di tangan. Pernah hampir terjadi perang saudara untuk memaksa Mat Jon melepaskan mikrofon. Tapi bagi Mat Jon itu semua dugaan untuk menjadi anak seni. Cekal sungguh hati Mat Jon.
Bukan kawan kawan tak nak sokong, tapi suara berudu lagi best, der! Dulu minat Mat Jon lebih kepada makan je. Punca dari anak dara Pak Tua Am cakap suara dia macam Broery Marantika, dah tiba tiba pulak dia nak jadi penyanyi. Macam gampang.
“Kalau lah aku jadi Jason Mraz...” kata Mat Jon mengelamun jauh.
“Hek Eleh. Muka sekangkang kera, ada hati nak jadi Jason Mraz” kata saya.
“Sekangkang kera? Kau sial lah” rajuk Mat Jon.
Semenjak dari itu, Mat Jon mengelak dari melepak dengan kawan kawan. Dengar kata, Mat Jon dah mempunyai Astro dan set karaoke sendiri di rumah. Tiada lagi kutukan bisa dari kawan kawan kalau melepak di rumah. Kalau mesej ajak lepak pun, Mat Jon akan membalas dengan alasan kepenatan bekerja. Kalau lalu depan rumah Mat Jon pukul 2 pagi, masih kedengaran lagu lagu Broery Marantika. Mat jon dah pandai menipu.
Tapi waktu balik Raya hari tu saya dengar minat Mat Jon kembali kepada makan. Segalanya kembali normal. Itu berpunca dari hari yang Mat Jon terima kad jemputan kahwin anak dara Pak Tua Am bulan Ogos itu hari. Betul kata oran tua tua, 'Cinta itu rabun'.

Subscribe to:
Posts (Atom)