Mat Jon adalah seorang lelaki kebanyakan macam orang lain juga. Mat Jon bekerja sebagai pemandu van di sebuah kilang berhampiran kawasan perkampungan saya. Bukan minat Mat Jon untuk memandu van ni. Minat Mat Jon lebih kepada menjadi anak seni. Minat yang menjadi kegilaan ramai orang muda zaman sekarang ni.
“Woi, lepak mamak jom!” mesej ringkas Mat Jon kepada saya.
“Awal lagi dol. Lewat sikit lah.” balas saya.
“Ala, jom lah. Aku nak tengok AF.” rayu Mat Jon.
“Pergi mampus!” balas saya.
Tak dapat masuk Akademi Fantasia pun takpe, janji dapat AFundi. Kira masih terlibat secara tidak langsung dalam program tu. Ada kes, Mat Jon hampir mengalirkan air mata bila dapat berita Bob Mesra terkeluar dari saingan.
“Kau tengok orang Malaysia ni, pandang paras rupa je. Orang saiz macam aku dengan Bob ni, tak ada pun nak sokong.” bebel Mat Jon tak tentu hala.
Pantang diajak karaoke, Mat Jon akan bersetuju tanpa usul periksa. Tu belum kira undangan menyanyi di majlis kahwin, Mat Jon tidak sesekali akan melepaskan mikrofon di tangan. Pernah hampir terjadi perang saudara untuk memaksa Mat Jon melepaskan mikrofon. Tapi bagi Mat Jon itu semua dugaan untuk menjadi anak seni. Cekal sungguh hati Mat Jon.
Bukan kawan kawan tak nak sokong, tapi suara berudu lagi best, der! Dulu minat Mat Jon lebih kepada makan je. Punca dari anak dara Pak Tua Am cakap suara dia macam Broery Marantika, dah tiba tiba pulak dia nak jadi penyanyi. Macam gampang.
“Kalau lah aku jadi Jason Mraz...” kata Mat Jon mengelamun jauh.
“Hek Eleh. Muka sekangkang kera, ada hati nak jadi Jason Mraz” kata saya.
“Sekangkang kera? Kau sial lah” rajuk Mat Jon.
Semenjak dari itu, Mat Jon mengelak dari melepak dengan kawan kawan. Dengar kata, Mat Jon dah mempunyai Astro dan set karaoke sendiri di rumah. Tiada lagi kutukan bisa dari kawan kawan kalau melepak di rumah. Kalau mesej ajak lepak pun, Mat Jon akan membalas dengan alasan kepenatan bekerja. Kalau lalu depan rumah Mat Jon pukul 2 pagi, masih kedengaran lagu lagu Broery Marantika. Mat jon dah pandai menipu.
Tapi waktu balik Raya hari tu saya dengar minat Mat Jon kembali kepada makan. Segalanya kembali normal. Itu berpunca dari hari yang Mat Jon terima kad jemputan kahwin anak dara Pak Tua Am bulan Ogos itu hari. Betul kata oran tua tua, 'Cinta itu rabun'.

No comments:
Post a Comment