Kisahnya 19 tahun yang lalu,
Nak beli eskrem perlukan duit, paling koman seposen. aku perlukan seposen
setiap hari buat modal beli eskrem. Selalunya eskrem kacang seposen di
kedai Mak Cik Melah saja. Cuma kalau dapat dua posen aku lajak beli kacang potong
sekali. Mintak duit dari mak aku yang aku panggil emak memang
selalu aku buat. Kadang kadang kalau angin baik, aku dapat sampai tiga
puluh sen.Kadang kadang dapat sepuluh sen saja. Ada juga masa yang aku
langsung tak dapat apa apa. Itu selalu jadi. Waktu petang petang, dekat
rumah takdak orang, yang ada cuma mak. Dia sajalah harapan aku.
Satu petang seperti biasa, aku lakukan aktiviti dengan Anuar rutin setelah penat bermain
kejar kejar di rumah PakCIk Lias drebar Bas Sekolah. "Mak..mintak duit nak beli
eskrem..nak beli keropok cikedies sekali" - aku mintak macam biasa
biasa aku buat. Tangan kanan dah genggam erat senapang kayu.
Lepas pekena eskrem aku rancang nak main askar askar pulak dengan Anuar dan Din.
Tadi setakat main kejar kejar tak berpeluh sangat. Tapi hari itu mak aku cakap duit takde.
Tiap-tiap hari makan eskrem boleh sakit tekak. Aku pasrah, aku terus try minta kat Abdah.
"Aku takdak duit..tapi aku boleh ajar kau satu jampi"-Abdah buat muka seriuss.
aku terkebil kebil, jampi pejadah pulak ni? Apa kene mengena jampi dengan eskrem?
"Jampi tu binatang apa?"-Tanya aku jujur.
"Ini susah cakap dengan budak kecik..jampi tu macam baca baca la..macam
baca doa doa..kalau nak halau hantu selalunya kita kena baca jampi..kalau
nak berubat orang sakit pun kita pakai jampi".-Abdah eksplen panjang
lebar. aku jadi makin serabut kepala."Nak beli eskrem pun ada pakai
jampi ka?"
"Itu yang aku nak ajar ni..kalau kau baca jampi, kau boleh dapat eskrem
free..keropok chikedies pun free..tak payah bayar duit, baru la jadi hero
betul betul"-Abdah terang sungguh sungguh. aku dah rasa ada semangat
magis. aku jadi suka tak boleh nak tahan tahan.
"Ajar Ajar ajar ajar ajar..nak buat camne? nak baca apa?, bagitau bagitau!"-aku
dah eksaited tahap cipan. Abdah sambung."Mula mula baca Bismillah
dalam hati..
Macam ni jampi dia:..............................." <--ayat jampi ni aku kena potong,
ianya amat berbahaya dan menyesatkan! Dua tiga kali Abdah ajar aku
ayat jampi serapah yang amat magik itu. Jenuh juga aku nak menghapal
sebab kata Abdah bila baca depan Mak Cik Melah tak boleh silap.
Kalau silap payah nak menjadi. Terkinjat-kinjat aku menghapal. aku ulang
ulang kasi lancar. Ayatnya tak lah panjang sangat. Tapi sebab ayat jampi
serapah, kena la aku hapal dengan seriuss. Takut tak menjadi. Abdah
sambung lagi sesi pendidikan jampi beliau: "Lepas kau amek eskrem,
tunjuk eskrem tu depan Mak Cik Melah,sambil tunjuk sambil baca jampi yang aku ajar
tadi..bagi Mak Cik Melah dengar ayat ayat jampi tu". Belum sempat apa apa,
laju aku berlari terpa ke kedai Mak Cik Melah. Selipar pun aku tak pakai. Senapang
kayu aku lempar entah ke mana. aku dah ada ilmu jampi sekarang.
Mesti magik habis ni.Mesti Anuar dengan Din cemburu sama aku nanti.
Hati aku berbunga bunga. Sampai di kedai Mak Cik Melah,aku tangkap eskrem kacang.
Duit dalam poket memang lima sen pun haram aku tak bawak .
Bedebar debar aku menuju kaunter berjumpa Mak Cik Melah.
Dalam hati aku ulang ulang jampi yang Abdah ajar aku tadi.
aku pandang Mak Cik Melah. aku tunjuk eskrem,baca bismillah dalam hati,
lalu aku alunkan jampi serapah yang Abdah ajar
aku. aku alun penuh keyakinan. Mak Cik Melah jadi macam tersentak lepas aku jampikan dia.
Muka dia jadi tak berapa nak percaya. Keliru semacam.
Mak Cik Melah hanya angguk angguk macam orang tengah bercelaru.
Mungin dia tak percaya budak kecik macam aku dah memiliki ilmu hebat.
aku keluar kedai sambil pandang Mak Cik Melah takut takut dia nak mintak duit pulak dari aku.
aku memang takdak duit, aku ada ilmu jampi saja. "hang balik jalan baik baik.."-kata
Mak Cik Melah pada aku penuh ihsan. -Wahhh!!!!!-Jampi serapah sudah menjadi!!-
Habis sebatang eskrem. aku ulang semula pegi kedai Mak Cik Melah. Kali ni aku angkat
dua batang eskrem jenama mahal sket. Kacang potong tiga,keropok Ali Baba,
keropok Chikedies, gula gula sugus, air Fanta hijau pun aku rembat jugak.
aku letak semua depan meja kaunter.Tunjuk depan Mak Cik Melah.
Syarat jampi aku kena ikut. Sambil tunjuk barang yang kita beli, sambil
baca jampi bagi Mak Cik Melah dengar. aku baca lancarrr..Mak Cik Melah diam sekejap..dia
macam kena pukau.
Tiba tiba dia bersuara:
"hang amek la lagi apa hang suka..itu keropok jagung baru.. Itu kacang
tumbuk pun ada..amek lagi banyak banyak kasi Anuar, kasi Din..makan sama
sama". aku turutkan kemahuan Mak Cik Melah.Nampak gaya Mak Cik Melah dah tunduk
dengan jampi serapah aku. Dia dah jadi macam orang bodoh.
Esoknya, aku bawak sekali Anuar sama Din saksikan ilmu baru aku. Beli
eskrem dan gula gula tak payah bayar. Barang barang dikedai Mak Cik Melah aku perlakuan sesuka hati.
Bila terkena saja jampi aku,Mak Cik Melah akan suruh aku amek barang barang lain sama.
Anuar dan Din amat kagum dengan kebolehan aku.
Tapi aku tak boleh ajar mereka sebab Abdah tak bagi aku ajar ilmu tu pada
orang lain. Sejak itu hidup aku berubah dari seorang kanak marhein kepada
kanak kanak yang memiliki magik hebat lagi unggul.
Dah dekat dua puluh enam tahun aku tak amalkan jampi serapah keramat yang
hebat tu. Tapi aku tetap ingat jampi tu tak pernah lupa.Takpalah..sebab
korang baca blog aku..aku kongsi jugaklah sama korang walaupun jampi
ni diiktiraf sangat berbahaya oleh ibu aku dulu. Pandang Mak Cik Melah,
tunjuk eskrem..sambil alunkan jampi dengan keyakinan:
"Mak Cik Melah..kira ni berapa?,masuk dalam buku tiga lima ibu saya..nanti hujung
bulan ibu saya setelkan!"
Ilmu magik aku kekal berfungsi dengan baik sebelum ibu aku mansuhkan balik
ilmu tu dari diri aku.Kiranya ilmu ibu aku lagi tinggi dari ilmu Abdah.Ibu
aku kata jangan guna dah jampi tu dekat Mak Cik Melah,sangat bahaya!..boleh makan
diri dan keluarga.Ibu aku jugak turut mengamuk pada Abdah
sebab mengajar aku ilmu bukan bukan yang amat berbahaya dan mencemaskan beliau.
Lepas pada tu, ilmu jampi dah tak menjadi.Mak Cik Melah dah mula geleng kepala,
bukan lagi hangguk hangguk macam selalu.aku saspek Mak Cik Melah dah guna ilmu lagi
hebat yang boleh patahkan ilmu jampi yang aku pakai.Mesti ibu aku yang ajar Mak Cik Melah ni.