Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Monday, June 22, 2009

Novel online : Cinta 1 2 3

....Sambungan kisah 1....
Kenapa aku yang kena? Menyusahkan aku je! Aku membebel sorang-sorang sambil diperhatikan Ifa.
“Nak kemana?” Ifa menegur aku.
“Nak ke bilik setor. Aku kena ambil kerusi dengan meja untuk pelajar baru kelas aku.”
“Seorang saja?” Ifa tanya lagi. Minah ni rabun ke apa? Tak nampak ke aku jalan sorang-sorang.
“Ha’a, tak puas hati betul dengan Cikgu Nadia tu!” Ifa mengerut dahi mendengar keluhan aku.
“Tak elok awak cakap macam tu, dia tu mak kandung awak tau! Dia suruh awak buat semua ni sebab dia tahu dia boleh harapkan awak” Ifa memujuk aku.
“Kat rumah je baik, kat sekolah asyik nak kenakan aku je. Pergi sekolah pun sendiri-sendiri je! ” Aku mempertahankan diri aku.
“Nak saya tolong awak ke?” Ifa tersenyum. “Boleh sangat, ingat aku larat ke nak angkat meja dengan kerusi sekali?” aku ketawa bersama Ifa. Ifa ni rapat dengan aku sebab aku selalu masuk keluar bilik guru disiplin. Dia tegur aku sebab nak nasihatkan aku. Dia je yang faham masalah aku. Sebab tu aku no hal dengan dia. Sekarang ni aku tengah cuba korek cerita sebab aku dapat tahu yang dia ada secret admired kat seseorang. Kakak dia yang bagitahu kat aku. Itu yang membuatkan aku bersemangat sangat-sangat ni! Dapat je tahu siapa yang dia admired sangat-sangat tu, leh la aku drop dia balik. Asyik-asyik dia je yang drop aku.
“Siapa budak baru yang masuk ke kelas awak tu?”
“Budak dari Johor, seingat aku nama dia Addrianna.”
“Perempuan ke? Bolehlah saya kenal dengan dia”
“Tak payahlah nak kenal-kenal dengan dia, aku rasa dia tu anak orang kaya. Mesti berlagak gila tu!”
“Tak baik cakap macam tu. Tak kenal maka tak cinta”
Aku terus bawa meja ke kelas, Ifa pula bawa kerusi. “Itu ke budak yang baru masuk? Comellah!” Ifa bisik kat aku. Aku cuma diam sambil pandang pada budak baru tu. Dia tumpang duduk kat tempat duduk aku.
“Terima kasih, nama saya Adrianna panggil Anna je. Nama awak?” Anna menegur aku. “Zaidi panggil Teddy.” Aku jawab ringkas. Malas aku nak layan anak orang kaya ni. Anna menutup mulut dia seakan hendak ketawa setelah mendengar nama aku. Lagi menyampah aku tengok dia.
Petang tu kat rumah, aku tengah best layan cerita korea tiba-tiba pintu rumah aku diketuk. Siapa pula yang suka buang masa datang rumah aku ni? Mak aku balik malam sebab dia pergi program Belia 4B dekat pekan. Abah macam biasa kena teman mak. Aku pun buka pintu sambil jawab salam.
“Ha? Bukan ke awak ni…” terkejut aku. Budak yang baru pindah sekolah tadi yang ketuk pintu rumah aku. Macamana dia tahu rumah aku? Nak discuss kerja rumah yang cikgu bagi tadi ke? Tanyalah dekat orang lain. Aku buat pun bila mak aku bising.
“Awak tinggal dekat sini ke?” Anna sambung ayat dia yang tergantung tadi.
“Yelah, kenapa?” aku jawab kasar dengan harapan dia terus blah.
“Saya ganggu ke? Sebenarnya Parents saya nak ajak family awak datang makan di rumah kami. Kami baru pindah semalam. Dekat situ” Anna tunding jarinya kearah barisan rumah dihujung jalan.
“Mak dengan abah takde, diaorang balik malam ni.”
“Kalau macam tu datang esok malamlah. Boleh?” nampak lesung pipit Anna timbul bila dia senyum.
“Tengoklah macamana nanti.” Aku tak berani bagi kepastian sebab mak dengan abah sibuk memanjang.
“Saya minta diri dulu ye…..Teddy” dia jawab sambil senyum. Aku hanya perhatikan hingga dia keluar dari perkarangan rumah aku.

Novel online : Cinta 1 2 3

Kisah 1
Tercungap-cungap aku berlari masuk ke kawasan sekolah. Hari yang penting macam inilah bateri jam aku habis. Ifa, pengawas yang gila pangkat memandang aku dari jauh dengan senyum sinis. Bengang betul aku tengok. Ifa ni muka memang lawa tapi sayang sebab dia gila pangkat, dia tukang report kat cikgu.
“Nama apa? Sebab apa lambat?”dia tanya dengan nada sombong.
“Lambat 5 minit pun kira ke? Bagilah aku lalu, aku bukannya sengaja. Baru kali ni je!” aku minta dilepaskan. Dia pandang muka aku dengan serius.
“Yelah, lain kali jangan lambat!”. Yes! Lepas juga. Aku ingat dia nak tulis nama aku tadi.
“Terima kasih ye Ifa.” Sambil tesenyum aku terus berlari ke kelas aku. Sempat aku tengok dia senyum balik. Memang lawa. Sampai je kat kelas aku tengok masing-masing tengah kerja sendiri. Nasib baik cikgu belum masuk.
Aku nak cepat sangat hari ni sebab aku dengar ada budak baru masuk sekolah aku. Memang masuk kelas aku pula tu. Kebetulan hobi aku ni membuli. Elok sangat la kan? Aku bukan jenis suka membuli tapi mengena tu memang dah biasa sangat. Kawan-kawan aku pun dah masak dengan perangai aku. Rasanya diaorang dah tak larat ikut perangai aku.
Pembelajaran kat kelas aku macam biasa. Waktu sekolah nak dekat habis tapi budak baru tu tak datang ke hari ni? Hati aku tertanya-tanya. Tengah aku sibuk fikir, tiba-tiba guru yang sedang mengajar kelas aku sedar akan kelakuan aku.
“Teddy, cuba jawab soalan nombor tiga ni!” Cikgu Nadia bersuara dengan nada tegas. Aku dengan terkejut terus aku jalan ke hadapan kelas sambil memikirkan soalan apa yang cikgu tanya tadi.
“Ha, kenapa diam je?” Cikgu Nadia pandang aku. Aku buat-buat gatal kepala sambil tersengih. Satu kelas gelakkan aku. Malu betul aku masa tu. Tiba-tiba Penolong Kanan Hal Ehwal murid masuk ke kelas aku bersama seorang budak perempuan.
“Perempuan ke?” bisik hatiku sebab aku sangkakan budak lelaki. “Assalamualaikum, hari ni kelas kamu ada kawan baru dari Johor. Namanya Addrianna. Saya harap kamu semua dapat membantu Addrianna jika dia ada apa-apa masalah.” Penolong HEM pun beredar selepas berbincang dengan Cikgu Nadia. Aku pula masih lagi berdiri di hadapan kelas bersebelahan budak baru tu.
“Baru masuk juga ke?” dia tanya aku sambil tersenyum. Lawa juga minah ni. Siap ada lesung pipit lagi.
“Takdelah, ada hal dengan Cikgu Nadia.”
“Teddy, tunjukkan Addrianna kat mana tempat duduk dia.” Cikgu Nadia cuit bahu aku.
“Kat mana cikgu?” aku baru terfikir kat mana tempat duduk kosong yang masih ada.
“Disebelah tempat duduk awak, cepat ambilkan meja dengan kerusi untuk Addrianna dekat bilik setor. SEKARANG!” Cikgu Nadia bersuara tegas bila aku mula buat muka tak puas hati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...