Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Wednesday, September 15, 2010

Hari raya pertama

Pagi tu saya bangun awal. Mana boleh buat perangai bangun tengahari dekat rumah mentua.
Imej nak kena jaga. Ala, tu pun wanas az yang tolong kejutkan. Kalau tak dah hanyut dah.
Mandi adalah masalah utama di sini. Waktu nak mandi tu lah rasa macam nak balik Kolumpo.
Tapi saya gagahkan juga. Menggigil jangan cakap lah. Dah macam cerita kartun.
Segala macam benda dekat badan saya ni kecut. Perasaan lelaki gagah tu hilang seketika.
Dah habis mandi, saya cepat cepat menuju ke bilik.
Saya cuba memanaskan badan dengan membuat senaman ringan. Hanya berkesan untuk sementara.
Saya bersiap siap nak ke surau waktu tu. Saya dressing ala kadar. Baju melayu kaler kuning je. Takde sampin.
Malas saya buat perangai pakai baju melayu dengan seluar pendek bola.
Nanti orang kampung cakap saya ikut ajaran sesat pulak. Saya hanya berjalan kaki menuju ke masjid.
Waktu tu semua mata memandang ke arah saya. Dah macam pelancong pun ada.
Saya siap standby pen dalam poket mana tahu ada orang mintak tandatangan.
Habis semayang saya terus balik ke rumah. Masih tak ada benda menarik nak buat.
Nak basuh kereta pun malas waktu musim salji ni. Saya ke dapur dan terus ambil ketupat dan rendang.
Habis je makan saya meneruskan bermain game. Hampir juling mata saya mengadap laptop.
Nak tunggu pukul 11 untuk pergi open house terasa agak lama. Alih-alih dah pukul 11.
Macam mana boleh tak sedar ni? Kelam kabut saya panggil wanas az dan parent dia.

"Jom kita pergi umah mak long. Nanti kita gerak ngan diaorang pergi kubur Opah ngan Tok.
Pukul 1 nanti sembahyang Jumaat, takut tak sempat." Terang saya panjang lebar.

Dengan sepantas kilat kami gerak ke Pengkalan. Berdecit-decit tayar kereta berbunyi bila saya kona drift dekat
selekoh bukit sana. Senyum je polis trafik memandang saya dari jauh. Hari raya, mesti dia paham punya.
Raya pertama tu saya menghabiskan masa di open house. Nak dekat pukul enam setengah baru kami balik.

Saya memulakan malam tersebut dengan makan nasi sambil menonton Buletin Utama di ruang tamu rumah.
Satu kombinasi aktiviti yang boleh dikatakan senang untuk dilihat bila mana hujung bulan mengunjung tiba.
Lauk yang menghiasi pinggan sewaktu itu boleh dikategorikan amat menyelerakan.
Lebih-lebih lagi ianya seratus peratus hasil tangan wife saya.
rendang ayam menjadi menu utama di kala itu.
Menu yang kadang kala membuatkan budak-budak yang tinggal jauh dengan keluarga terliur.
Wife saya dah lah masak sedap. Wife orang lain pun belum tentu boleh tewaskan wife saya dalam bidang masakan ni.
Sebagai bukti, saya pernah mempelawa Amir otai datang makan di rumah saya di hari krismes tahun lepas.
Dari sepinggan ke sepinggan Amir menambah nasi dan memuji masakan wife saya.
Tetapi, saya tidak cepat lupa diri bila dipuji sebegitu.
Saya tahu yang Amir kalau makan memang tak pernah cukup sepinggan.
Dan jarang sekali beliau mengatakan tak sedap kepada makanan yang diberi percuma.

P/S : rasanya saya boleh gemuk x?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...