Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Tuesday, July 14, 2009

cinta 1 2 3


Kisah 4

Danny yang duduk seorang diri sambil makan bihun sup. Tiba-tiba Ifa datang dan duduk sebelah dia.
“Danny, siapa duduk dengan Teddy tu?” Ifa meneliti Anna dan Teddy dari jauh.
“Lah, salam apa pun tidak, tiba-tiba duduk terus ni apahal?”
“Kau kenal ke budak yang duduk sebelah Teddy tu? ” Ifa mengerut keningnya menanti jawapan dari Danny.
“Entahlah, awek dia kot!” Danny menjawab pendek seakan-akan malas menjawab soalan Ifa.
“Awek? Hei, abis aku ni apa? Teddy tak tahu ke yang aku suka kat dia?” Ifa mula mencekak pinggangnya.
“Dah kau tak bagitahu, macam mana dia nak tahu?” Danny mula sesi menyindirnya.
“Mana aku nak letak muka aku ni! Ramai ingat aku couple dengan Teddy tau!” Ifa makin meninggi suaranya.
“Letaklah kat lantai! Senang nak pijak!” Danny mengetap gigi sambil menghirup air teh panasnya.
“Hei! Kau kalau tak cari pasal dengan aku tak boleh ke?” Ifa mencubit tangan Danny.
“Aduh! Kau ni apasal? Sakit tau tak? Kalau kau bengang dengan Teddy, pergilah cakap dekat dia. Apa bising kat aku pulak!” Danny menghalang cubitan Ifa.
“Kalau aku jadi Teddy pun aku tak pilih kau, ‘pondan jadian’! Baik pilih yang cun sikit.” Danny menambahkan lagi sakit hati Ifa.
“Kau tu cuma layak dengan monyet yang cun SIKIT je. Aku yang cun BANYAK ni ramai yang nak tahu tak!” Ifa menjelir lidah sambil memerhati Teddy dan Anna.
“Hei burung belatuk! Kenapa kau ni tiba-tiba angin ni? Jangan buat bising dekat sini boleh tak?” Danny meninggi suaranya.
“Helo! Sejak bila meja ni jadi tempat kau? Takde signboard tulis nama kau pun!” Ifa menekan-nekan jari dekat meja tempat mereka duduk.
“Memang takde nama aku tapi aku tak mahu kau bising-bising kat sini, macam mulut ikan sepat. Sakit telinga aku dengar tau tak!” Danny mula terbakar hatinya.
“Ala, janganlah marah! Nanti aku bagi kau pisang okey. Suka tak?” Ifa tersengih memandang Danny.
Darah Danny mula mendidih. Dia mendekatkan mukanya pada muka Ifa, “Burung belatuk! Kau ingat aku ni monyet ke? Kau tu macam apa tau tak? Macam , macam ..ha…macam muka unta tau tak!” Muka Danny seakan-akan puas dapat mengejek kembali Ifa.
“E-eh, ‘nyet’ marah ke? Janganlah marah. Takpe, nanti saya beli buah banyak-banyak untuk ‘nyet’ okey.” Ifa bangun lalu ke tempat membeli makanan ringan. Sempat dia menjeling pada Teddy dan Anna.


Perbualan aku dengan Anna terhenti takat tu je! Anna tak henti-henti senyum menampakkan lesung pipitnya. Nampak bertambah comel. Bertuahnya aku! Chewah!
Di dalam kelas kami berbual perkara yang biasa. Tak pernah sentuh bab-bab nak dating atau tengok wayang. Balik tu aku ditahan oleh Ifa.
”Nape ni? Kau bertugas jaga jalan raya pula ke?” aku terkejut bila Ifa menahan aku. Kebetulan Anna ada rumah sukan petang ni. Aku nak temankan dia tapi dia suruh aku balik. Ingatkan nak tunjuk gentlemen kat dia.
”Saya ada benda nak cakap kat awak” Ifa bernada serius. Nak tergelak pun ada aku tengok.
“Apa hal? Cakaplah!“ Aku tertanya-tanya dalam hati aku.
“Awak ada apa-apa ke dengan budak baru tu?“
’’Siapa? Anna?“
“Yelah siapa lagi? Saya nampak bukan main rapat lagi. Sampai lupa saya.“ Ifa mengerutkan keningnya. Nampak lawa juga.
”Aku kawan dengan dia. Lagipun tempat duduk kami dekat. Kenapa?”
”Saya tak suka awak kawan dengan dia!”
”Kenapa? Dia baiklah.”
”Untuk pengetahuan awak, dia baik depan awak je! Kat belakang awak tau ke?”
Aku mula keliru. Apa tujuan Ifa cakap camtu. Ingat aku senang percaya ke? Kalau budak tadika bolehlah dia tipu. Ingat cakap camtu je aku terus percaya.
”Terpulang pada kau nak cakap apa pun! Aku tak kisah pun. Aku nak cepat ni. Boleh tepi sikit tak?”
Ifa dengan muka bengang berundur ke tepi. Aku sempat pandang muka dia. Merah padam. Hmmm..dia jeles ke aku kawan dengan Anna. Dia suka aku ke? Yeke? Mustahil la!
Aku menyelukkan tangan aku ke dalam saku. Ada nota kecil Anna bagi aku sebelum aku balik tadi.

Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu.
Jika kau hilangkan agama dalam dirimu,
hilangkan cintaku padamu..

Dalam maksud dia ni. Nak kene balas ke? Aku mana reti.
”Op..stop-stop! Ni kenapa laju sangat jalan ni?” Danny memberhentikan basikal sebelah aku.
“Aik? Bukan kau ada rumah sukan ke petang ni?“ Aku bertanya sambil tengok Jam di tangan. Pukul 3 lima minit.
”Hari ni tak laratlah! Bukan best pun! Balik main Ps lagi puas hati.”
”Kau tiap-tiap kali ada rumah sukan mesti tak larat. Bila yang kau larat?” aku dah paham sangat perangai Danny ni.

Thursday, July 2, 2009

Pengumuman!!


Kisah cinta 1 2 3 part ke 4 akan di post kan lambat skit atas masalah pc saya! Tarikh post adalah 15 Julai 2009. Sekian.

Kisah 3

Balik sekolah Anna dah tunggu dekat depan pintu pagar sekolah. Aku pergi toilet tadi, sempat aku berjanji dengan Danny nak main bola pukul 5 nanti.
“Teddy, saya tanya satu benda boleh tak?” Anna memulakan bicara
“Apa?” aku tak suka benda-benda suspend ni.
“Orang nak tanya betul-betul ni. Awak dah ada girlfriend ke?” Anna cakap sambil menunduk. Kenapa dengan dia ni?
“Tidak ada dan tak pernah! Kenapa?” aku terpaksa berterus-terang. Kalau tidak mesti dia akan tanya lagi soalan macam ni!
“Awak takde minat mana-mana perempuan ke?” Anna berjalan sambil pandang ke arah budak perempuan sedang beratur menaki bas.
“Awal lagi kot nak bergirlfriend ni!” aku cuba mengatur alasan. Baik punya!
“Saya tanya awak takde minat mana-mana perempuan ke?” Anna bernada serius. Dia pandang tepat ke arah mata aku. Kenapa dengan dia ni? Mak aku suruh dia spy aku ke?
“Minat? Ada kot, tapi rahsia.” Aku cuba buat dia berhenti tanya lagi. Aku rasa mak aku syak aku ada awek kot? Itu yang dia suruh Anna spy aku.
“Takkan dengan saya pun nak rahsia ke?” Anna mencubit aku. Aku dalam keadaan terdesak. Nak tak nak aku kena tunjuk mana-mana perempuan yang tengah tunggu bas tu.
“OK aku beritahu kat kau seorang je tau! Tapi engkau kena janji jangan beritahu orang lain ” aku buat real macam aku betul-betul ada awek dan aku nak beritahu dekat dia je! Hahaha!
“Janji! Mana orangnya?” Anna tak sabar nak tengok.
“Itu dia!” aku tunjuk ke arah budak perempuan tengah berkumpul tunggu bas. Pandai-pandai Anna la nak cari mana satu.
“Yang sweet tu ke?” Anna tunjuk arah Ifa. Alamak, macam mana minah ni boleh ada kat situ.
“Bukan, tu member aku. Yang tu la!” aku cuba tukar arah.
“Mana?” Anna bersungguh meneliti arah yang aku tunjuk.
“Yang ni la!” aku tertunjuk kearah satu cermin besar yang menampak wajah Anna. Anna tersenyum memandang wajah aku dalam cermin. Lalu dia meneruskan perjalanan kami.
Dia suka aku ke? Hati aku mula berdebar bila berjalan sebelah dia. Anna tak bercakap sepatah pun sepanjang perjalanan kami pulang ke rumah. Aku pula jadi serba salah, dia marah aku sebab tipu dia atau dia pun suka dekat aku.
Dah dua hari Anna tak jumpa aku. Cuti Sabtu Ahad ni aku habiskan masa practice bola dekat sekolah. Esoknya hari Isnin, sampai di sekolah Anna senyum pada aku sebaik sahaja muncul di pintu kelas. Aku buat-buat tak nampak. Bila dia duduk sebelah aku, dada aku berdegup laju sangat-sangat. Aku pun tak tahu kenapa. Rasa macam serba tak kena.
“Apa khabar?” Anna memulakan sesi perbualan.
“Err..baik.” aku teragak-agak nak jawab soalan dia.
Kelas pagi tu Anna tak banyak cakap asyik senyum je. Aku pun tak paham. Rehat tu dia ajak aku makan sama-sama.
“Saya nak tanya awak sesuatu boleh?” Anna pandang muka aku. Aku buat-buat leka makan bihun sup.
“Tanyalah.” Aku menjawab. Danny makan di meja lain. Mungkin dia tak mahu ganggu perbualan kitaorang.
“Hari tu awak betul-betul ke main-main?” Anna inginkan kepastian.
“Ada nampak macam main-main ke?” aku cuba serius. Aku nekad. Aku nak berterus terang dengan dia hal yang sebenar. Memang jauh disudut hati aku suka pada Anna. Tapi aku ni jenis menafikan kata hati sendiri. Takut pun ada.
“Tak boleh nak agak tapi saya harap sangat-sangat awak serius waktu tu.” Anna senyum pada aku. Dalam hati aku mula terdetik rasa macam menang Jackpot. Dia pun suka aku rupanya.
“Memang saya betul-betul suka awak” aku cuba bertentang mata dengan Anna.
“Saya pun sama. Sejak bila awak mula suka saya?”
“Waktu mula-mula kita jumpa.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...