Perjalanan pulang dari Tesco Ampang memang macam palat. Sepatutnya ambik masa dalam 15 minit je,
tapi disebabkan orang-orang KL ni dah mampu beli kereta sendiri, masa perjalanan bertambah jadi 60 minit.
Program kongsi kenderaan yang kerajaan promosikan waktu saya sekolah rendah dulu, dah tak diendahkan.
Inilah manusia zaman sekarang, sanggup menghadap jalan yang jam yang boleh buat muka orang berkerut-kerut
sebab nak tahan berak, padahal rumah jauh dekat Rawang sana. Kalau ternampak ada pemandu muka tak
keruan tu, kau orang dah boleh baca apa yang dia buat. Adat lah kan? Siapa suruh tak nak kongsi kereta?
Kalau kongsi kereta boleh berak dalam seluar ke?
Biasa nya saya akan layan lagu untuk hilangkan bosan. Tutup tingkap rapat-rapat, dan melalak macam dekat Karok.
Orang keliling ada yang pandang, tapi saya peduli apa. Bulan-bulan saya bayar duit kereta sendiri.
Tapi kalau ada awek yang tengok lepas tu tersengih-sengih, sempat jugak saya senyum dan kenyit mata.
Pernah sekali, saya baru je pandang seorang awek ni, dia terus tunjuk jari tengah dia dekat saya.
saya pun tunjuk kan ke'kreatif'an dengan membuat bentuk bulat menggunakan jari saya.
Menggelabah awek tu pandang tempat lain. saya ke depan sikit, nampak dia tengah tunjuk-tunjuk dekat saya.
Dekat sebelah dia ada seorang laki, saya tak tahu tu suami dia atau pakwe dia.
Laki tu buat muka ketat je tengok saya. Kalau berani turun lah bro, gua berani hadap lah.
Nasib baik brader tu tak turun. Kalau tak mahu saya sprint 100 meter dekat MRR2 tu.
Petang tu Amir Otai call ajak lepak makan minum malam ni. Ikut hati malas saya nak keluar memandangkan penat
dalam kesesakan lalu lintas petang tadi belum habis. Hati kawan kene jaga beb!
Malam tu sampai di sebuah kedai makan, tempatnya terpaksa saya rahsiakan.
Amir Otai memanggil seorang waiter di situ.
Saya nampak yang waiter tu agak cergas tak menentu. Budak waiter ambik order dekat kami.
Lepas 5 minit, waiter tu datang hantar makanan and minuman, tapi untuk Amir Otai je.
Terus saya tanya mana saya punya makanan dan minuman. Budak waiter tu cakap yang dia lupa.
Saya dah mula syak sesuatu.
Selepas makanan saya sampai, saya terus perhatikan budak waiter tu.
budak waiter tu jalan ulang alik depan kitaorang lebih dari 10 kali.
Lepas tu budak waiter tu jadi agak pemurah dengan menegur semua customer yang ada dekat kedai tu.
“Aku rasa that waiter dah 'telan' lah” saya inform Amir Otai.
“Yeah! Gua pun rasa macam tu.” jawab Amir Otai.
“Aku nak tanya dia lah, boleh ke?” tanya saya dekat Amir Otai.
“Lu jangan buat hal lah. Lantak lah dia nak telan ke tak.” larang Amir Otai dekat saya untuk tidak mengeruhkan keadaan.
Selesai makan, saya nekad nak tanya dekat budak waiter tu. Jadi kami panggil budak waiter tu suruh kira.
“RM 10.50 je” budak waiter tu inform kita orang. Amir Otai terus hulur money.
“Berapa banyak lu telan?” tanya saya berani mati.
Budak waiter tu buat muka bangang depan kami macam tak tahu apa-apa.
Lepas tu budak waiter tu terus pergi untuk ambik balance. Waktu nak bagi duit balance tu, budak waiter tu inform dekat saya.
“Kalau nak, bagitau la.” budak waiter tu offer dekat saya.
“Cover line sikit bro. Ni Malaysia, bukan macam tempat asal saya, Spain!” jawab saya untuk ingatkan dia.
P/S: Senang sangat nak dapat, macam beli gula-gula!
No comments:
Post a Comment