Perut yang kempis memang menjadi idaman setiap orang. Dalam entry sebelum ini telah saya terangkan bagaimana saya melalui hidup dalam berjuang untuk mendapatkan perut yang
kempis malah berotot. Namun cara untuk mendapatkannya adalah bukan suatu perkara yang sangat mudah. Ianya memerlukan penjagaan, pemikiran dan matlamat yang tinggi. Terus terang saya katakan
anda tidak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk mendapatkan bentuk badan yang di idamkan. Hanya dengan menjalankan aktiviti seharian, anda akan berjaya mengatasi masalah
perut buncit. Baiklah, disini saya akan terangkan terlebih dahulu cara menghindari lemak. Mudah-mudahan tips ini dapat dijadikan panduan oleh pembaca.
Apakah punca terjadinya lemak? Kolesterol? Apa itu kolesterol? Kita perlu sedar bahawa kolesterol berpunca dari pola pemakanan yang tidak sihat
dan sering terjadi kepada golongan umur yang masih muda dan sihat. Jadi, apakah makanan yang mengandungi kolesterol?
Kita perlu perhatikan kembali piramid makanan. Saya akan huraikan satu persatu bahagian yang yang perlu dielakkan, dikurangkan dan dilebihkan.
1. Amalkan makanan jenis kekacang dan bijiran. sekurang-kurangnya 2-3 sajian sayur-sayuran, ulam ulaman dan 2-3 sajian buah-buahan setiap hari.
2. Kurangkan masakan berlemak dan berminyak; Banyakkan masakan berebus dan berkukus.
3. Amalkan sajian kurang masin dan kurang manis.
4. Makan buah-buahan sekurang-kurangnya 2-3 jenis setiap hari. Ini penting untuk kesihatan yang baik dan mengelakkan penyakit.
5. Ikan dan hasil tenusu mengandungi zat protein ianya penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Makan satu hidangan sekurang-kurangnya dua kali sehari.
6. Amalkan makan daging dan ayam seminggu sekali.
7. Makan dengan banyak sayur-sayuran, sekurang-kurangnya semangkuk atau lebih pada waktu makan tengahari atau malam.
8. Gunakan lemak, garam dan gula dalam kuantiti yang sedikit sahaja dalam makanan dan minuman.
9. Nasi dan bijiran. Ianya mengandungi vitamin, galian, serabut dan tenaga. Makanlah dengan sederhana setiap hari tapi elok memilih makanan yang banyak
mengandungi serat seperti beras merah, roti, biskut dan ubi.
Harus diingat, dengan menjaga pemakanan dengan betul dapat menghindarkan lemak di perut. Saya juga pernah melalui saat-saat ketika diawal percubaan
saya untuk mengawal corak pemakanan saya. Saya telah menjalani kehidupan yang berlainan dari norma biasa. Ini sangat perlu kerana sikap prihatin yang penuh ketelitian terhadap setiap
makanan yang di ambil dapat membantu membuang lemak. Elakkan makanan ringan. Terutama makanan segera. Dan yang penting untuk menghasilkan otot, amalkan bersenam setiap hari.
Perut buncit biasanya terjadi kerana berpunca dari pelbagai sebab, seperti misalnya ada penumpuan lemak sekitar perut
atau kerana proses kehamilan setelah beranak tetapi bentuk perut tidak kembali seperti bentuk asal. Ini tidak bermaksud terdapat gangguan pada kesihatan tapi kita harus
mencari penyebab lain, seandainya ada gangguan kesihatan. Biasanya selain dari kerana kandungan, perut buncit boleh juga disebabkan oleh gangguan organ organ dalam
perut (abdomen), misalnya: hati, atau adanya tumor didalam perut. Ini bermaksud perut yang buncit tidak semestinya berpunca dari akibat terlalu banyak makan. Ia juga boleh berpunca
dari masalah dalam perut. Bagi yang menghadapi masalah ini perlu mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar dalam perubatan.
Terdapat banyak lagi tips untuk membuang lemak tanpa menggunakan ubat-ubatan
CARA KURUS TANPA UBAT_UBATAN
Jika anda memerlukan panduan untuk kuruskan badan anda boleh mengikuti blog berikut.
SAYA NAK KURUS
Yang paling penting, kawal apa yang dimakan dan banyakkan bergerak.
Semoga berjaya!
Next Entry
No comments:
Post a Comment