Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Monday, October 31, 2011

Teknik bercerita atau menulis cerita ~ Epie Lusk

Untuk menulis sesebuah cerita bukan mudah, lebih-lebih lagi kalau cerita yang kita buat tu adalah cerita telah berlaku.
Tak perlu kita tulis sebijik-sebijon jalan cerita dia. Yang penting kita ingat apa yang dibualkan. Jalan cerita yang mudah faham.
Ditambah pula dengan sedikit joke. Kadang-kadang kita cerita tentang benda serius pun akan dianggap joke oleh sesetengah orang.

Isinya tak penting sangat. Sebab isinya pelbagai. Penutup dia yang paling penting sebenarnya.
Penutup yang bakal menentukan hala tuju isi perbualan tersebut sama ada boleh di bawa ke tengah atau tak,
pecah perut, menyirap, tangan naik atau rasa nak gelak ke tak nak. Kadang-kadang penutup ni yang
boleh tentukan seseorang tu lambat siang ke tak. Perbualan tanpa penutup ibarat pohon yang tidak berbuah.

Sama seperti isi, penutup juga memerlukan pertimbangan dari sudut masa, tempat, hati dan juga perasaan.
Sama ada masuk ke tak benda yang kita bualkan tu. Disinilah kebijaksanaan akal manusia diperlukan dalam
bertolak ansur dengan keadaan sekeliling. Silap berbual, kadang-kadang tu boleh sampai ke tahap balik ke rumah
selsema sambil mata lebam-lebam. Belum kira kes sentap berbulan-bulan. Ada kes yang balik rumah sampai mengigau-ngigau pasal benda yang dibualkan.
Dalam mempertimbangkan apa yang bakal kita cakapkan, keadaan sekeliling sikitpun tak boleh di ambil mudah.

Contohnya seperti ada satu tengahari tu, aku dah lewat untuk ambil anak aku dari check up.
Habis checkup sepatutnya dalam pukul 10 pagi,
pukul 12 suku aku masih terhegeh-hegeh gosok gigi dekat rumah. Celaka betul. Ini semua berpunca dari penggera
telefon bimbit yang tidak berfungsi. Benda ni bukan baru sekali jadi macam ni, tapi dah berpuluh kali. Kadang-kadang
sampai tahap menyirap tu rasa macam nak beli iPhone 4s je. Tapi memandangkan gaji bulanan aku bukan 8 ribu sebulan,
aku terpaksa pendam perasaan tu jauh di lubuk hati.

Dalam pada aku bersiap tu, rumah tumpangan yang aku menginap didatangi oleh seseorang.
Terganggu sekejap pemakaian seluar aku bila terdengar pintu grill rumah tumpanganku bergegar bagai nak kiamat.
Potong stim betul. Dalam perasaan nak tak nak, aku terpaksa juga membuka pintu rumah.
Terpacul muka seorang pemuda yang menjadi kenalan aku.
Lebih selesa jika aku panggil pemuda tersebut sebagai bro.

Sekilas pandang, bro ni kelihatan agak trendy. Tapi peduli apa aku dia trendy ke tak, aku dah lambat nak anak dengan wife aku waktu tu.
Aku membiarkan bro tersebut keseorangan di ruang tamu sambil aku kembali menyambung persiapan untuk bersiap.
Dah siap aku berpakaian, aku pun bergerak ke ruang tamu kembali. Kini, hanya tinggal stokin
dan kasut je yang belum tersemat kemas pada anggota badan aku.
Bro yang aku tinggalkan keseorangan di ruang tamu tersebut memerhatikan gerak geri aku dengan senyap.
Rasa janggal pun ada bila sarung stokin, ada lelaki tengah usha.

Tiba masa untuk aku mencapai kunci kereta, bro tersebut tiba-tiba bersuara.

“Bro, tengok MotoGP semalam?” tanya bro tu kepada aku.

“Tak tengoklah, semalam aku kerja, bro.” jawab aku ringkas. Bersahut-sahutan panggilan bro ketika itu.

“Semalam ada sorang rider mati, bro. First time kat Sepang ada orang mati.” kata bro tersebut lagi.

“Alamaaak!” kata aku dalam hati. Waktu waktu macam tu lah dia boleh rajin ajak berborak.
Nak tak nak aku terpaksa layan. Tak sedap pulak rasanya kalau tiba-tiba keluar rumah sambil hempas pintu kuat-kuat.

“Itu laa, aku ada baca dekat paper pagi tadi.” balas aku sambil berlegar-legar di ruang tamu memegang kunci kereta.

“Aku pergi tengok semalam, bro. Mamat tu entah macam mana nampak macam off kejap.
Dah habis corner pun dia boleh senget badan lagi.. bla bla bla bla bla.. Rossi sikit lagi nak jatuh waktu tu.”
jelas bro tu panjang lebar. Aku ye ke, ye ke beberapa kali.

Makin lama, boraknya makin panjang. Kunci yang aku pegang tu mula rasa macam nak cucuk dekat muka bro tu.
Ini tak boleh jadi, aku terpaksa jugak nak kena matikan perbualan tu waktu tu jugak memandangkan
jam dah dekat pukul 1 setengah.

“Peliklah, bro. Macam mana dia boleh tak bangun balik lepas corner tu.” sambung bro tu lagi.

“Ahhhh, diorang tu nak kena belajar lagi bawak motor tu. Baru setahun jagung, dah nak main trek, mana boleh!”
jawab aku dengan nada agak keras.

Terkebil-kebil bro tu pandang aku.

Aku pun apa lagi, berambuslah. Ingat Rossi ke yang bayar gaji aku bulan-bulan?


***


“Dalam berbual ni, kalau rasa tak masuk, baik blah je.” - Amir Otai, 2009

Monday, October 24, 2011

Sabtu di rumah Amir Otai

Awal saya bangun pada hari sabtu hari tu. Bagi saya, pukul 10 pagi ialah waktu yang awal pada hujung minggu.
Hanya lelaki bujang hilang pedoman je yang akan bangun waktu waktu macam tu.
Pagi saya biasanya bermula pada pukul 10 pagi. Cuma kadang kadang Wanaz As akan mengganggu tidur saya.
Kalau tak balik kampung, mesti kena paksa saya temankan dia pergi ke shopping takpun pergi jalan-jalan.
Jangan harap lah saya nak bangun kalau Wanaz As kejut ajak pergi lepak main snooker. Mana pernah pun Wanaz As ajak.

Pagi tu saya dah merancang untuk pergi ke rumah Amir Otai dekat Seri Petaling sana.
Tempat tu dekat Bukit jalil sana yang ada Kompleks Sukan Negara.
Entah kenapa Amir Otai menyewa rumah dekat situ. Mengikut rekod saya,
Amir Otai bukanlah seorang yang minat untuk menceburi dalam bidang sukan ni.
Minat dia lebih kepada hal ehwal komputer dan perkara perkara lucah. Kalau ajak dia main takraw, kompem berterabur.
Last saya pergi rumah dia, rak TV dia hanya penuh dengan vcd porno. Tu belum kira yang ada dekat dalam hard disk dia.

Saya hanya bersiap ala kadar. Malas saya pergi rumah Amir Otai dressing hari raya.
Nanti apa pula kata Wanaz As. Setelah memastikan semua keperluan cukup,
saya memulakan perjalanan saya yang tidak kurang hebatnya kalau nak
dibandingkan dengan pelayaran Dato' Azhar Mansor mengelilingi dunia.
Apa yang hebat pun saya tak tau. Perjalanan saya sangat lancar.
Tak ada kesesakan lalu lintas langsung. Kalau tiap tiap hari macam ni, mungkin aman damai Malaysia ni.
Ini tak, baru keluar rumah, jalan dah sesak nak menuju ke Pandan sana.
Serius tekanan, beb. Entah apa yang best sangat dekat Pandan Indah tu pun saya tak tau.
Tu tak termasuk hobi Wanaz As yang suka tanya banyak banyak soalan sejurus saya bangun tidur.
Dia punya tekanan sama macam nak ambik ujian Matematik Tambahan waktu SPM dulu.
Seminggu sebelum tu, sibuk tak tidur malam. Bila kawan kawan tanya terus cakap sibuk keje tu, keje ni.
Waktu tu la nak pulun semua. Yang 2 minggu sebelum tu tak busy, asyik main je, tak ada pulak nak masuk dalam cerita.

Dari Jalan Suasa ke Jalan Desa Tasik ke Sungai Besi ke Lebuhraya Kesas, akhirnya saya sampai di Seri Petaling.
Pandai tak saya ringkas kan cerita? Setelah sampai, saya terus menghubungi Amir Otai.
Oh ya, saya datang ke rumah Amir Otai adalah dengan niat meminta tolong dia mengajar saya pasal hal ehwal meng'edit' video.
Amir Otai memang pakar dalam benda alah ni walaupun dia hanya bekerja sebagai kerani biasa di Kilang Beras.
Semuanya dia belajar sendiri berikutan minat dia dalam bidang video ni.
Sampai di depan pintu rumah dia, saya menekan loceng. Amir Otai yang hanya dressing tuala dan rokok di mulut,
membuka pintu dan mengalu-alukan kedatangan saya. Dari muka dia, saya dah agak dia tak gosok gigi lagi.

“Kau datang sorang je ke?” tanya Amir Otai macam mintak penyepak. Macam tak nampak saya seorang diri.

“Aku seorang je. Siapa ada dekat rumah kau?” tanya saya ringkas.

“Bini aku ada dekat dalam bilik. Kau lepak ruang tamu je lah ye?” kata Amir Otai dalam keadaan kelam kabut.

“Ok. Eh, kau ada charger laptop Toshiba tak?” tanya saya lagi memandangkan Amir Otai dah terus menuju ke bilik belakang.

“Ada kot. Kau pakai charger Nokia kecik ke besar?” tanya Amir Otai balik dari dalam bilik..

“Owh, takpelah. Aku nak balik dah ni” kata saya dengan intonasi mendatar.

“Eh? Eh? Apahal? Takkan baru sampai dah nak balik?” tanya Amir Otai panik.

“Aku mintak charger laptop la...” jawab saya.

“La, apesal tak cakap tadi? Cuba kau try carik dekat dalam kotak tu” kata Amir Otai sambil tunjuk dekat satu kotak besar sebelah TV.

Saya terus mencari cari di dalam kotak tersebut. Amir Otai pula terus tutup pintu bilik.
Yang saya pelik, bilik tidur Amir Otai di depan, bilik belakang tu hanya tempat dia letakkan komputer dia dan sarang dadah dia.
Saya dah mula syak yang bukan bukan. Setelah puas mencari, saya masih tak jumpa di mana charger laptop yang Amir Otai cakap.
Saya memberanikan diri untuk pergi ke bilik belakang dan terus membuka pintu.

“Eh...kejap...kejap..” kata Amir Otai menggelupur capai tuala dia.

“Hahahahaha. Apa hal kau ni?” tanya saya sambil gelak tengok dia kelam kabut tanpa seurat benang.

“Kau ni potong stim la. Tak ada adab langsung. Ketuk la pintu dulu!” kata Amir Otai marah tak tentu hala pasal adab.

Gelak saya masih berterabur. Entah bila Amir Otai pandai pasal adab.
Pergi masjid nak bayar zakat pakai seluar pendek, lagi nak cakap pasal adab.
Terus kena sindir dengan pak Imam. Nasib baik pak Imam yang kutip zakat tu tak buat hal tanya puasa penuh ke tak pakai mikrofon masjid.

“Tunggu kejap” kata Amir Otai. Muka berat ke porno.

Amir Otai datang membantu saya mencari charger laptop sambil memberitahu kisah bulan mengambang bini dia.
Itulah Amir Otai, seorang lelaki bujang berumur 29 tahun yang tak pernah lekang dengan benda benda tak senonoh.
Setelah memberi charger laptop kepada saya, Amir Otai terus menuju ke bilik air. Ada dalam setengah jam Amir Otai dalam bilik air.
Saya hanya senyum sambil gelengkan kepala. Satu hal saya nak kena tunggu dia mandi.
Untuk tidak membuang masa, saya menonton TV. Tak ada cerita yang best waktu waktu macam tu.
Kebanyakan cerita cenderung untuk kanak kanak sekolah rendah. Teringat saya rancangan 'Alam Ria Cuti Sekolah' dulu dulu.
Pukul 8 pagi saya dah standby depan TV. Pantang kalau tiba tiba emak saya nak tengok perarakan secara langsung di Dataran Merdeka.
Tak kena langsung dengan selera sekolah rendah saya.

“Cool..Bila u sampai? Amir Otai mana?” tiba tiba kedengaran suara seorang perempuan di belakang saya.

“I baru sampai. Amir tengah mandi” kata saya dekat perempuan berdarah kacukan tersebut. Lina namanya.
Pandai Amir Otai pilih bini.

“Owh. Amir ada cakap U nak datang hari ni. U dah makan? U lunch dekat sini je lah ye” pelawa Lina yang baru bangun tidur. Muka senget sebelah.

“Ok. I nak makan Lasagna n Chicken Grilled tau. Air u buat je Ribena bungkus, ikat tepi” kata saya dengan wajah gembira.

“U nak makan kaki?” kata Lina sambil menghulurkan kaki dia.

Beruntung Amir Otai. Awek dia kebanyakan nya pandai memasak. Bini dia pun pandai masak.
Setiap kali saya datang ke rumah dia, jarang sekali saya makan di luar. Patut lah badan Amir Otai segar bugar.
Otak dia je yang lembap sikit. Awek awek dia kebanyakan nya sebaya dengan saya, tapi tak pernah pun dia offer dekat saya.
Atas dasar menghormati orang tua, saya diamkan sahaja.
Amir Otai ni pula, dari segi paras rupa, lebih cenderung ke memerang.
Kalau berdiri tepi jalan, orang mesti nak tangkap lepas tu seludup ke Thailand sana.
Cuma ayat dan lentok suara dia jadi kelebihan. Pernah sekali saya mencabar dia mengorat seorang awek,
dalam masa lima minit dia dah dapat nombor telefon awek tu.
Yang lagi buat saya terkesima, awek tu menjawat jawatan sebagai isteri orang beranak 2. Macam setan!

Setelah Amir Otai habis mandi, sesi kelas tuisyen bersama Amir Otai bermula.
Banyak ilmu yang saya timba dari Amir Otai hari tu walaupun sekejap.
Dari edit video sehingga ke pergaduhan tarik tarik rambut awek awek dia, semua dia cerita dekat saya.
Dah puas menimba ilmu, Lina mempelawa kami makan.
Amir Otai boleh manja manja suruh Lina suapkan dia nasi sambil jeling dekat saya.
Terkunyah pinggan saya waktu tu. Dah puas makan, saya meminta izin untuk berambus.
Amir Otai dan Lina suruh saya lepak lagi dan balik waktu malam je.
Saya menolak dengan baik memandangkan saya ada banyak benda nak kena buat. Dah kenyang, balik lah kan?
Nak lepak lama lama buat apa?

Sunday, October 9, 2011

Bajet tahun ni.

Tahniah kepada penjawat awam sebab dapat bonus setengah bulan. Ramai yang tak puas hati, ramai yang cakap tak kisah. Nasihat saya kepada penjawat awam. Korang simpanlah duit RM500 tu bermula dari sekarang, mana tau dah tua nanti korang boleh beli cincin juta-juta. Dia mampu, anda mampu? Kehkehkeh!

P/S: Dengar cerita bawa masuk cincin juta-juta dari luar negara pun ada pengecualian cukai.

Tuesday, October 4, 2011

Selepas beberapa hari

Saya tengah sibuk sekarang ni. Dia punya sibuk tu lain macam sikit. Kejap-kejap kena lari sana, kejap-kejap kena lari sini. Nak main takraw petang-petang macam dulu pun dah tak sempat. Inikan pula nak menjerat burung wak-wak.

Tapi, apa-apa hal pun, saya ada bincang satu projek baik punya dengan Amir Otai tempoh hari. Projek tersebut sebenarnya ialah projek nak buat satu bisnes jangka panjang. Dari apa yang Amir Otai terangkan waktu tu dekat saya, nampak macam boleh pergi benda ni. Kalau tak ada aral melintang, projek ni mungkin akan kami berjaya sampai ke Walt Disney, Hollywood dalam bulan 6 tahun depan.

Ok laa, sampai sini sahaja coretan saya kali ni. Semoga hidup seharian pihak tuan dan puan lancar hendaknya. Amin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...