Ada suara hari tu, saya pergi membeli sup ekor di sebuah kedai di Pekan Bandar Tasik Selatan.
Ketika saya sedang menunggu pesanan yang saya minta dekat kedai sup ekor ni, saya menonton berita yang sedang mengisahkan tentang isu politik.
Tiba-tiba ada seorang makcik ni bersuara.
Di situlah makcik itu mula mengingati kembali kisahnya sambil memandang kawasan-kawasan sekeliling.
Kiri kanan yang dah penuh dengan bangunan tak dapat menghalang memori makcik itu yang masih agak kuat.
"Sini dulu kalau makcik nak pergi pasar dekat Sungai Besi, jalan kaki je ramai-ramai. Ada sorang pakcik tu yang bawak.
Dulu ada shortcut dekat sini." kata makcik tu dengan membayangkan 'ramai-ramai' tersebut ialah kawan-kawannya yang juga dari golongan kaum ibu.
"Lama makcik dengan pakcik menyewa dekat sini dulu, dekat 10 tahun." sambung makcik tu lagi.
Dengar je bunyi macam makcik tu nak buka cerita pasal zaman dulu, saya terus menumpukan sepenuh perhatian saya pada dia.
Bukan senang nak dengar cerita lama-lama ni sebenarnya, lagi-lagi dari sumber yang boleh dipercayai macam makcik tua ni.
Saya tak membuang masa dengan melontarkan beberapa soalan pancingan dengan niat makcik itu cerita pasal kes 13 Mei.
Umum sudah tahu yang cerita pasal 13 Mei ni memang menjadi rahsia kerajaan.
Segala bentuk dokumen dan bukti pasal kes tersebut disimpan rapi oleh kerajaan entah di mana saya pun tak tahu.
Cerita yang terlepas cuma cerita dari mulut ke mulut dan mempunyai versi yang agak berbeza. Walaupun berbeza, setiap satu darinya tetap ada persamaan.
Bagaimana ia bermula, apa yang terjadi dan apa pengakhirannya pada saya semua orang dah tahu.
Tapi tak banyak gambaran lebih jelas yang generasi saya dapat. Paling awal saya dengar cerita pasal kes ni waktu sekolah rendah dulu.
Itupun kawan saya yang dapat cerita ni dari ayah dia ceritakan kepada saya. Point pasal parang terbang tu saya dapat waktu tu laa.
Kawan saya punyalah pandai olah cerita sampai saya balik rumah petang tu terus cakap nak belajar Silat Gayong dekat Abah saya.
Siap merajuk-merajuk lagi bila Abah saya cakap tak boleh.
"Waktu tu makcik tengah sarat mengandungkan anak yang sulong." kata makcik itu memulakan cerita dalam sambil menonton berita tersebut.
"Along, Angah dengan Kak Ni kecik lagi waktu tu." sambung makcik tu lagi. Mana saya kenal siapa Kak Ni tu.
makcik tu mula membongkar cerita sedikit demi sedikit. Antara perkara paling awal yang makcik tu cakap ialah betapa susahnya nak cari makanan waktu tu.
Hari-hari makan pucuk keledek siapa yang tahan, betul tak? Nak keluar rumah takut, duduk dalam rumah pun takut.
Waktu tu zaman orang rancak main bakar je rumah tak tengok ada orang ke tak dekat dalam.
Dekat kawasan Chow Kit pula waktu tu rumah kedai milik kaum Cina banyak terbakar.
"Benda ni mula pasal diorang berarak dulu la lepas diorang menang pilihanraya tu, siap halau orang Melayu keluar dari KL."
kata makcik itu dengan raut wajah yang agak geram. Mata makcik itu turut mula berkaca.
"Itu yang orang Melayu tak puas hati tu." sambung makcik tu lagi.
Cerita makcik tu lagi, orang Melayu mula berkumpul di depan rumah Datuk Harun, Menteri Besar Selangor waktu tu.
Yang kumpul bukan sikit, tapi beribu. Dari apa yang makcik tu dengar arwah suami dia cakap, Datuk Harun waktu tu menyuruh penduduk
Kampung Bharu melindungi rumah dan keluarga masing-masing terlebih dahulu sementara menunggu bantuan.
Dalam seminggu sebelum kes tu berlaku, bantuan perang yang sampai dulu. Bantuan makanan hanya sampai dalam 3 minggu lepas tragedi berdarah tu tercetus.
"Tapi tak semua Melayu waktu tu jahat pergi membunuh. Ada yang baik. Ada seorang kawan suami makcik tu, siap sorokkan dua keluarga
Cina yang takut kena bunuh dalam stor rumah dia. Bila ada orang Melayu datang cari, dia cakap tak ada.
Dia cakap keluarga dia je yang ada dalam rumah tu." sambung makcik tu lagi dengan nada sedikit lega.
Dalam seminggu lepas bantuan makanan tu sampai, barulah Bapa makcik tu datang dengan dua orang pegawai polis
Rawang kenalannya menaiki Land Rover dan membawa makcik dan anak-anaknya pulang ke kampung.
Hanya suaminya yang tinggal di Kampung Bharu untuk menjaga rumah dan bergilir-gilir menjaga sekolah di mana tempat suaminya bekerja.
"Korang ni tak payahlah nak merusuh-rusuh, nak berperang-perang bagai. Korang tak rasa susah dia macam mana."
kata makcik itu mengakhiri cerita tersebut memandangkan pesanan saya telah pun siap.
It's me time. A journey to health and happiness. This is my life. I am blessed to have supportive friends and family.
Tuesday, March 27, 2012
Friday, March 23, 2012
Aku dah kembali untuk bercerita
Perasaan janggal ketika mahu mula menaip membuatkan aku terfikir apa yang aku dah capai dalam masa beberapa bulan aku tak bercerita dalam blog ni.
Selain dari bakal menyambut anak kedua, tak banyak perkara besar yang dapat aku capai.
Hari-hari aku banyak berlalu dengan perkara rutin seperti pergi kerja, balik kerja dan lepak kedai minum sampai
tak ingat yang esok tu nak kena pergi kerja balik.
Memang tak dinafikan yang aku kebelakangan ni banyak kerja di pejabat.
Bebanan mencapai Wawasan 2020 tu seolah-olah aku seorang yang tanggung.
Dengan desakan pihak majikan untuk aku buktikan sesuatu semakin meningkat,
aku mula buat endah tak endah dengan kehidupan sosial.
Aku mula menyepi dari arena blog sedikit demi sedikit.
Aku seolah-olah alpa dengan dunia korporat yang belum pasti menjanjikan aku pemakaian tai dan kot mahupun seribu kebahagiaan.
Dalam pada aku menyepi ni, timbul pula cerita aku mula berlagak matang dan tak reti nak bergurau.
Tidak, tidak semudah itu wahai sahabat. Tidak mudah bagiku untuk menarik diri dari berperangai gila.
Cuma medium yang aku guna sekarang lebih kepada realiti dari maya.
Aku masih seperti dulu, aku masih lagi aktif berpolitik dan rajin ke dapur seperti biasa.
Andai kau nampak aku bergampangan di FB, itu cuma beberapa peratus sahaja.
Tapi bukan itu yang aku nak cerita sekarang ni sebenarnya.
Selari dengan tajuk di atas, ingin aku maklumkan bahawasanya aku sekarang sedang giat mengkaji
watak manusia. Ianya berpunca dari entah bila entah aku tengok ada seorang
kawan yang lagi muda dari aku ni mempunyai watak yang pelbagai dalam kehidupan dia sehari-hari.
Secara tiba-tiba, aku mula terpanggil untuk menjadikan dia sebagai subjek kajian aku.
Molek rasanya jika aku membahasakan subjek kajian aku ni sebagai Subjek A.
Subjek A ni jika dilihat dari luaran sama seperti orang lain. Berkulit agak cerah dan mempunyai ketinggian
dan kelebatan rambut yang agak sederhana. Berbadan kurus dan pandai menari.
Giginya pula jika diperhatikan betul-betul agak berterabur dan dikenali oleh ramai kenalan rapatnya sebagai seorang yang malas mandi.
Subjek A juga terkenal dengan borak yang tak pernah nak serius.
Mungkin dari perangainya yang agak tidak semenggah, orang sekeliling termasuk aku mula memanggilnya
dengan gelaran yang agak sinikal. Dan bila aku perhatikan, dari gelaran sinikal tersebutlah terpancar kelebihan
yang jarang-jarang ada dekat orang lain iaitu kesabaran. Bagi aku, bukan semua orang termasuk aku, boleh hendel gelaran sinikal ni.
Majoriti manusia yang aku lihat akan mula bermuka moncong bila diberi gelaran yang tak digemari.
Contoh mudah, aku lebih selesa memanggil Pali dengan panggillan nama Adi Putra. Bagi aku, Adi Putra bukanlah hensem sangat.
Aku dan Subjek A tidaklah rapat. Bak kata orang, macam tu macam tu je. Kami jarang lepak semeja.
Cuma ada sekali tu, entah macam mana aku boleh melepak dua kaki dengan Subjek A dari pukul 1 petang
sampai ke pukul 2 petang semata-mata kerana rehat petang. Di waktu itulah aku mula nampak kepelbagaian watak yang Subjek A ada.
Dan dari situlah aku mula memerhatikan dia, pergaulan dia dan mimik muka dia ketika bergaul.
Realitinya ialah, aku tak jumpa hipokrasi yang biasa manusia lain ada. Sumpah!
OK lah, aku nak balik ni. Nanti aku sambung balik.
Friday, March 9, 2012
Apakedehal?
Pagi tadi aku teringat pasal blog aku. Tiba-tiba muncul perasaan nak buka tengok blog aku ni. Rasa lama sangat tak update. Last update hari tu bulan berapa entah. Bukan apa, sekarang ni bila balik rumah terus main dengan Danish. Tak ada masa nak online. Member-member aku pun perasan yang aku dah lama tak online memalam. Tapi takpe, ada masa nanti aku akan ceritakan pada korang tentang pelanduk dua serupa dan macam mana Amir Otai boleh terlibat dan aku juga akan ceritakan macam mana aku boleh berkenalan dengan Wanaz As. aku rindu sangat nak bercerita.
Subscribe to:
Posts (Atom)