Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Wednesday, August 3, 2011

Kg Telaga Nenas

Cerita ni terjadi lebih kurang 6 tahun lepas. Kisah saya dengan Shahrul, budak Skaters yang rasa muka dia macam Tony Hawk.
Waktu tu saya bekerja di sebuah Hotel di Ipoh. Mulanya saya memang tak rancang.
Nasib saya keje shift pagi je hari tu. Habis kerja tengahari tu, saya terus pecut naik bas menuju ke rumah Shahrul.
Macam buat hal kalau saya berlari pergi rumah dia. Manjoi dengan Tambun tu bukan dekat.
Saya berjumpa Shahrul di stesyen minyak Esso. Tujuan kami adalah untuk menghadiri kenduri kahwin abang angkat kami.
Apa cerita saya dengan Shahrul ada abang angkat ni? Buang tebiat ke? Kami bukan romeo di zaman sekolah.

Segalanya berpunca dari Program Keluarga Angkat sewaktu kami ke Program Khidmat Sosial Negara pada tahun 2003.
Sampai dah habis program pun, hubungan kami masih rapat.
Cuma sekarang ni je dah tak rapat sangat memandangkan saya pun dah hilang nombor telefon keluarga angkat saya.
Tak tahu macam mana nak berkomunikasi dah. Berbeza dengan Shahrul yang masih ada nombor telefon keluarga angkat kami.
Setiap kali keluarga angkat kami telefon, tertera tulisan 'Alamak, dia orang call'. Macam setan.

Berbalik ke cerita asal, kami bersiap untuk pergi ke Kg Telaga Nenas petang tu jugak. Kami meminjam kereta Perodua Kelisa milik Ayah Shahrul, Pak Din.
Shahrul ditugaskan memandu kereta, saya pula ditugaskan mengawal tune radio. Adik angkat Shahrul yang bernama Ema duduk di belakang.
Boleh tahan juga lawa adik angkat dia ni. Memang padan kalau saya duduk belakang sekali dengan dia.
Tapi apa pula Shahrul carut nanti. Saya terpaksa menemani Sharul di kerusi hadapan. Dah selesai isi minyak, kami pun memulakan perjalanan.

Waktu tu, Lebuhraya ke Lumut belum siap habis lagi. Jalan pun tak berapa elok. Sepanjang perjalanan tu, saya menemani Shahrul memandu.
Ema hanya duduk diam di belakang. Mungkin malu naik kereta dengan orang kacak seperti saya.
Shahrul memandu laju. Kereta Pak Din yang baru beberapa bulan di beli tu, Shahrul lenjan habis habisan.
Meter kereta kelisa tu yang hanya sampai 160 km/j, terasa seperti nak pusing 2 kali.
Kalau meter tu pandai bercakap, mungkin kata kata makian sampai dekat telinga.
Ema masih malu malu di belakang. Sepanjang perjalanan tu, saya rasa tak sampai 10 perkataan yang dia cakap.
Shahrul pulak marah marah bila saya cakap-cakap dengan Ema. Dengki la tu.

Kami sampai di Bota dalam pukul 9 malam. Waktu tu kami berhenti berehat sebentar bersama Kit-Kat.
Pergi buang air, cucuk duit, isi minyak, basuh muka, regangkan badan, minum air dan macam macam lagi yang kami buat.
Cuma memancing dan jogging je kami tak sempat. Dah siap buang masa, kami menuju pula ke Kg Telaga Nenas, kampung angkat kami.
Kami memang tak expert sangat jalan nak ke sana. Waktu tu, bantuan suara Ema amat diperlukan.

“Ema, jalan mana nak ikut ni?” tanya Shahrul sambil jeling ke cermin pandang belakang.

“Aaaaaa....” kata Ema sambil pandang kiri kanan jalan.

“Aik? Baru sebulan kerja Ipoh, dah lupa jalan balik rumah?” kata Shahrul.

“Tak. Ema tak biasa jalan malam. Tak cam jalan.” balas Ema manja.

“Kita tidur hotel je lah” sampuk saya dengan suara garau diselangi senyum persis setan.

“Eh, tak nak lah” kata Ema cuak.

“Kau diam boleh tak?” marah Shahrul yang tengah serabut carik jalan.

“Kita balik Ipoh je lah..” sambung saya.

“Kau diam boleh tak?” ulang Shahrul dengan nada serius.

“Apa kata..” sampuk saya lagi sekali.

“Kau diam lah. Aku langgar divider ni kejap lagi” marah Shahrul tak tentu hala.

Saya diam seribu bahasa. Perbincangan mengenai jalan diserahkan kepada mereka berdua.
Saya hanya bersiul kecil sambil memerhatikan keindahan kawasan persekitaran. Celah mana indah tengah malam macam tu?
Tak nampak apa pun. Lampu jalan pun takde. Kelapa sawit ada lah.
Shahrul pulak saya tengok dah tercongok congok carik signboard.

Akhirnya, lebih kurang pukul 11 malam macam tu, kami sampai di rumah bapak angkat kami. Bapak angkat kami,
Encik Zainol selaku Ketua Kampung tersenyum mesra melihat wajah anak angkat dia yang tak ubah seperti Takeshi Kaneshiro ni.
Saya tengok, dekat atas meja dah terhidang Teh O untuk kami bertiga.
Dah puas berbual ala kadar dan habiskan apa yang patut dekat atas meja, cadangan untuk nak lepak rumah Amir Otai kami batalkan. Saya dan Shahrul meminta izin dekat bapak angkat kami
untuk masuk tidur memandangkan esok pagi nak kena bangun awal untuk sembahyang. Mandi? Jangan harap. Air perigi sejuk, bro!


Esok paginya..

"Kita kena bawak dia pergi sekarang, atau musuh kita akan menyerang kapten!"

Saya hanya duduk sambil memerhati keadaan Amir otai yang mengerang kesakitan.
Penyakit yang selalu menyerang dadanya sudah kembali.

"Kapten! kita kena bertindak cepat! Nyawanya dalam bahaya"

Suara Sarjan Shahrul yang kuat, cukup untuk buat saya tersentak.
Kepala saya bercelaru untuk membuat keputusan sama ada untuk meneruskan
perjalanan kearah Utara ataupun kearah HQ.

"Ok Sarjan! kita bawak Prebet Amir Otai ke arah HQ sekarang! Prebet Ema,
hubungi headquaters kita dan tanyakan lokasi musuh!"

Sarjan Shahrul memapah Prebet Amir Otai dengan sepenuh tenaga
yang tinggal dan Prebet Ema cuba menghubungi headquarters
menggunakan telefon jarak jauh untuk mengetahui lokasi musuh.

"Kapten! musuh masih lagi di kawasan Utara. Mereka ada ceramah lepas Zohor"

"Ok, kita kena bergerak pantas dan senyap."

Kami berempat meneruskan perjalanan ke HQ.
Segala lorong gelap, rumput panjang, dan juga longkang batu, kami harungi dengan satu niat.

Di HQ...

"Pehh, nikmat betul Dunhill ni"

Amir bersuara. Saya dan Shahrul tak banyak bercakap manakala Ema usha line.


Bersambung......abang angkat kawin.

P/S : Saya dah tak ingat langsung jalan ke Kampung Telaga Nenas. Sape2 yang tau tolong PM saya.

Tuesday, August 2, 2011

Cool Stuff

Kali ni aku nak cerita pasal benda-benda yang aku rasa cool.

The Simpsons. Cerita yang aku rasa adalah lawak orang dewasa. Tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Tapi memang kelakar habis. Keluarga yang aku rasa memang pentingkan diri masing-masing. Haahahahah!

Red Alert ~ yuri revenge! Buadak-budak yang membesar zaman aku kalau tak pernah main game ni kira ketinggalan zaman la. Kira buta IT la. Game ni memang addict habis. Kalau main multiplayer lagi best. Yuri rules!




 Gensomaden Saiyuki ~ Anime jepun yang staillo. Cool!. Cerita ni lebih kurang macam cerita Journey To The West : kisah wukong dan sami mengembara menentang kejahatan. Cerita Gensomaden Saiyuki ni lebih kurang la, cuma Genjo Sanzo; sami yang diarah menentang kejahatan adalah seorang yang panas baran, perokok dan gemar membunuh syaitan. Manakala Goku pula tak dapat hidup tanpa kawalan Sanzo. Gojyo seorang kaki perempuan, minum arak dan perokok. Hakkai seorang penipu tapi bermuka baik.

House. Drama berkisahkan seorang doktor yang kerek dan menyakitkan hati tapi disebalik sifatnya itu adalah seorang yang baik dan prihatin. Gemar menyakitkan hati orang. Tidak mempercayai kata-kata dari pesakit. Itu adalah salah satu sifat Dr House. Jalan ceritanya pun menarik.

Maharaja Lawak. Satu program yang mengumpul juara-juara dari raja lawak. Satu program yang mencipta satu fenomena baru dalam dunia lawak Malaysia. Lawak habis. Cool!

 One Peace. Kisah seorang budak yang termakan buah larangan dan mendapat kuasa ajaib iaitu badannya boleh meregang seperti getah. Cuma sesiapa yang memakan buah itu tidak dapat berenang kerana badan mereka akan lemah jika terkena air laut. Pengembaraan Luffy menjadi Raja Lanun. Banyak cerita menarik sepanjang pelayaran Luffy bersama rakan-rakannya. Stailo!
 Horatio Caine. Hero cerita CSI Miami. Gaya yang cool dan caring membuatkan Lieutenant Horatio Caine seorang yang disegani. Nama panggilan beliau adalah H. Ganas tapi cool!
 Spiderman. Kostum yang paling cool adalah Black Spiderman. memang cool habis. Tambah wataknya yang aggresif dan jahat membuatkan gayanya memjadi stailo. Kalo Black Spiderman lawan Hell Boy, sape yang menang?
 Jack Sparrow. Stailo dan Cool! Sape yang tengok cite Pirate of The Caribbean memang tau sape Jack Sparrow. Selekeh tapi stailo!
Oggy n Cockroaches, Belum tengok pun aku dah tergelak. Tiga ekor lipas yang macam gampang. Tak reti tengok orang senang. Mangsanya adalah dua ekor kucing yang tinggal serumah dengan diorang. Sempoi!

Thursday, July 28, 2011

Transformers

Sejak akhir-akhir ni aku rasa dah semakin rapat dengan barang berteknologi tinggi ni. Hampir setiap hari aku akan menggunakan barangan IT ni. Kalau boleh aku nak gabungkan badan aku dengan komputer aku ni. Senang sikit. Otak aku plak, aku nak letak memori yang besar sikit. Tak besar mana pun 2 Tera kira ok lah. Ram pulak buleh tukar yang laju sikit. Kipas kalau boleh aku nak letak dekat hati aku, cepat sangat panasnya. Pakai cooler yang mahal sikit. Mata aku pulak, aku nak ada sistem scanning sekali senang aku nak scan. Print keluar ikut perut la. Kalo ikut lubang bawah tu takut kotor plak. Kat perut ada lubang pusat. Lubang boleh resize. Jangan risau. Kalo aku marah pun aku just duduk diam tanda hang.  Nak mencarut pun dalam bahasa komputer.

'Dump memory 1x1800002, event id 10001, serial no, bad sector'

'Warning, window close automatically'

'Receipient request rejected. Please send problem error report'

PS : Ctrl + Alt + Del

Dakmie - Yang Terindah (OST AdaMaya)


intro
G Am Bm C D
G Am Bm C

  G          Am          Bm C  D  G     Am     Bm  C - D
Semenjak kau hadir dalam hi-dupku Tiada lagi keresahan
G     Am           Bm C D  G       Am            Bm  C - D
Kau mengetuk pintu ha-tiku Tanpa sedar hingga ku izinkan

C        D          G  Am       D         G
Kau yang bernama cinta Kau yang memberi rasa
C        D          G   Em        C      D    G
Kau yang ilhamkan bahagia Hingga aku terasa indah

solo
G Am Bm C D
G Am Bm G

G      Am         Bm Am D  G      Am      Bm    Am D
Maaf jikaku tidak sempurna Tika bahagia mula menjelma
G    Am        Bm     Am  D  G       Am           Bm  Am D
Bila keyakinan datang merasa Kasih disalut dengan kejuju-ran

C     D       G  Am   D       G
Mencintai dirimu Merindui dirimu
C   D        G     Em         C        D    G
Memiliki dirimu Hingga akhir hayat bersama kamu

C        D          G  Am       D         G
Kau yang bernama cinta Kau yang memberi rasa
C        D          G   Em        C    D    G
Kau yang ilhamkan bahagia Hingga aku rasa indah
C        D          G         Am     D  C  - D G
Kau yang bernama cinta Hingga aku rasa indah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...