Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Wednesday, June 16, 2010

Basic Ilmu Hitam (mari mencuba)

Malam tadi tepat pukul 12 tengah malam, aku diajar satu ilmu sihir. Steady gila. Tapi, tak perlu risau. Ilmu hitam yang aku belajar ni, tidak memudaratkan. Bukan jenis yang kembung perut, kemaluan tumbuh dekat dahi, leceh gila pakai spender dekat kepala, meracau tak tentu hala mahupun buat buat pitam waktu tengok bil kad kredit. Ni sihir ringan je. Sila ikut arahan di bawah:

1. Keluarkan alat kira kira anda
2. Masukkan 3 nombor pertama telefon bimbit anda (bukan yang 012 atau 019 tu)
3. Darabkan dengan 80
4. Tambahkan 1
5. Darabkan dengan 250
6. Tambahkan dengan 4 nombor terakhir telefon bimbit anda
7. Tambahkan sekali lagi dengan 4 nombor terakhir telefon bimbit anda
8. Tolak dengan 250
9. Bahagikan dengan 2
10. Sama dengan..





Amacam? Goyang?

Monday, June 14, 2010

KALI PERTAMA BERJUMPA BAPA MENTUA

Keadaan cuaca yang suam suam kuku tidak menghalang saya untuk pergi ke rumah teman wanita saya. Niat saya pergi ke situ hanya untuk berjumpa teman wanita saya, tetapi bapanya ingin berjumpa dengan saya. Jadi saya beranikan diri berjumpa dengan bapanya. Bapanya adalah seorang bekas tentera. Jadi saya datang dengan gaya biasa iaitu perangai seperti rambo.

Adik-adik teman wanita saya memang saya kenal, dah tercegat sewaktu saya tiba dirumah tersebut. Bapanya juga ada, memandang tajam ke arah saya. Saya membalas dengan menghulurkan tangan untuk bersalam. Bukan kerana saya takut, tapi kerana saya tidak mahu mencetuskan huru hara di rumah tersebut. Bapanya berbadan tegap dan sasa. Saing saing badan saya. Waktu bersalam, dia menggenggam tangan saya dengan kuat. Saya hanya membalas dengan satu jelingan kasar. Tak ada perkataan sakit dalam kamus hidup lelaki berperangai rambo seperti saya.

“Duduk” kata bapanya.

“Berdiri” balas saya.

“Abah suruh duduklah” kata teman wanita saya (kini telah jadi wife saya).

Kami duduk bertentangan. Menurut teman wanita saya, bapanya seorang bekas tentera, dan sekarang bekerja sebagai kontraktor. Bapanya memulakan berbicara dengan menceritakan pengalaman dia sewaktu menjadi askar navy. Dia juga menceritakan perjalanan kerjaya dia sebagai bodyguard. Ini termasuk dia terpaksa meredah hutan berhari hari untuk mencari mangsa helikopter terhempas, berendam dalam tasik selama 5 hari dan mengikut kerabat Sultan memancing.

Disebabkan darah rambo mengalir deras dalam badan saya, saya tak nak mengalah. Saya juga sibuk menceritakan pengalaman saya dalam bidang rambo. Saya menceritakan bagaimana saya secara rambo pergi meredah hutan lalang dan kubur untuk pergi ke kafe siber dan merempuh lautan manusia di pc fair untuk membeli pen drive 1GB. Ada juga saya ceritakan kegiatan gerila saya mengubahsuai basikal dan bermain Tamiya.

Raut muka bapanya nampak tak keruan. Dia seperti tidak berpuas hati dengan saya. Ketika saya bercerita, mata dia memandang tepat ke arah saya. Saya pula sudah mula meletup letupkan jari tangan saya. Teman wanita saya yang sedar akan berlaku pertembungan dua seteru utama dalam bidang ketenteraan dah mula berdiri untuk cuba menenangkan keadaan. Bapanya turut berdiri di hadapan saya, dengan sepantas kilat juga saya berdiri. Dada kami berlaga laga untuk menguji siapa lebih sasa. Teman wanita saya menyuruh adiknya menghubungi seberapa ramai orang yang mungkin untuk menenangkan keadaan. Keadaan hampir tidak terkawal.

Tiba tiba, kami dah siap makan tengahari. Malam tu bapanya belanja saya makan.Bapanya memang baik. Sporting habis. Mana ada babak nak gaduh gaduh tu. Lelaki berperangai rambo mana minat gaduh gaduh.

Wednesday, June 9, 2010

Peristiwa ketika di mesin ATM

Dua kes berlaku ketika aku nak withdrawal :

-Mesin atm ni, kalau korang tgk aku pakai, aku la yang paling laju, ye la, masuk kad, tekan pin, tekan amount, settle. Ni tak, selalunye aku tengok budak asrama sekolah, outing la katakan, 2 orang, jantina perempuan, nak masuk kad pun lembab, siap boleh berbual-bual lagi dengan kawan ko, yang kawan ko ni pun satu, ko bukannye nak draw duit pun, ape lah salahnye ko tunggu die kat belakang, bukannya ade orang nak culik pun, lepas masuk pin, first yang diorang buat mesti check balance, biasa la tu kan, budak skola, macam aku gak dulu, dah check balance die tekan withdrawal, jap lagi die tanye member die " eh bape balance aku tadi? lupe r..", pastu member die pun cakap, "entah, tak prasan plak aku tadi, check balik la." dalam hati aku "nasib ko ni budak skola, sweet plak tu.. takpe-takpe sabar.."

-Kes nombor dua lain plak, selalunye hujung bulan la, biasa la gaji masuk, So, hujung bulan gak la aku dgn wife aku selalu pegi cinema, sebelum pegi cinema mesti draw duit kan, aku pun drive la ke CIMB berdekatan, bila nak beratur, ade 12 orang depan aku, memang salah timing aku keluar, kejap lagi ada sorang brader dtg terus cutting sampai depan, die cakap "sori eh, saya ada hal penting la, sekejap aja saya guna", takpe sabar, mane tau die nak beli susu anak ke, nak bayar emergency hospital ke, kita mane tau, kejap lagi datang sorang pompuan cina pulak, " saya tak tau guna la ini mesin, tunjuk boleh ka?", dah satu lagi hal, 15 minit gak la brader melayu depan aku buat tuisyen gune mesin atm kat nyonya ni, takpe sabar, kesian dia orang tua zaman perang jepun dulu mane ade mesin atm kan, kite lahir-lahir bende ni nah ada. Kejap lagi datang la pak cik india, cutting buat muke selamber, brader depan aku dah bising-bising, uncle india tu pun bising gak, dah diorang bantai bergaduh plak, aku terus masuk kete, aku cakap kat wife aku, "dah, kite minum mamak, wayang next time!" sambil bukak radio dengar lagu PANAS!

Tuesday, June 8, 2010

Peristwa minggu lepas.

Pagi tu aku ngan wife cuba wat eskrim Malaysia. Just guna air sirap untuk permulaan sesi pembelajaran aku buat eskrim ni. Susah juga nak masukkan air ke dalam plastik eskrim ni. Part paling susah adalah cara mengikat hujung plastik nya. salah ikat memang lembik eskrim tu. Dua tiga kali aku cuba, last2 jadi juga.
Pastu aku tanya wife aku
"kalo kita wat guna kacang merah bole ke?" aku bertanya dengan mata bersinar harapan.
"bole, beli je santan, gula ngan kacang merah. Kita wat bubur." Wife menjawap jujur.
"Bukan nak wat bubur tapi eskrim la" aku menegas kehendak aku.
"Yela! kene wat jadi bubur dulu baru leh jadi eskrim." wife membuat pandangan tajam.
Aku pasrah lalu terus amik wallet atas meja terus aku kekedai cari bahan2 yang dimaksudkan. Pening aku pusing cari santan, lupa aku nak tanya wife aku dia nak santan kelapa berapa biji? Last sekali aku beli je dua.
Petang tu aku belajar cara buat karipap sardin pulak. Bubur kacang merah wat esok.
Karipap bukanlah campuran Kari dan Pap. Tetapi campuran tepung dengan bahan2 lain lalu diletakkan sardin ditengahnya kemudian digoreng. 1 jam lebih aku try, semua hancur! Last2 jadi juga! separuh aku goreng kat dapur. Aku biar dengan api perlahan, pastu aku kedepan untuk sambung buat karipap balik. Susah dow, nak wat! Hasilnya banyak yang xjadi...(aku mencarut)
hati aku panas, aku ke dapur, aku lihat karipap yang aku goreng hancur lebur, "f**%!!", kali ke dua aku mencarut, tapi berbahasa inggeris ya.
aku tanya Wife mengapa karipap aku sedemikian rupa dia kata, "nak masak ni, pakai api sederhana jangan kecik sangat!", Dalam hati, hanya tuhan saja yang tahu.

Wednesday, June 2, 2010

situasi dimana gua rasa nak tendang tong sampah kecik tu :

1. Sabun habis masa tengah mandi.
2. Deodorant habis masa ready nak spray.
3. Bila nak tidur ada orang ketuk pintu umah.
4. Terjumpa mak nyah pakai skirt belah.
5. Barang-barang gua hilang bila perlu.
6. Makanan lambat sampai lebih 30 minit.
7. Mee goreng mamak masin.
8. Berucap di khalayak ramai masa tengah selsema.
9. Orang seat belakang tendang seat gua dalam pawagam mase layan cite antu.
10. Orang sibuk nak tanya gua macam-macam masa gua tengah pakai earfon.
11. Tertinggal Henfon dalam kereta.
12. Couple budak sekolah lepak burger king masa gua tengah makan.
13. Budak sekolah shuffle, seluar glow in the dark (dem!)
14. Cashier buat muka tenggiling bila gua cakap takde duit kecik
15. Pergi atm tapi out of service
16. Beratur panjang dekat toilet highway masa musim perayaan
17. Member satu table gua makan berbunyi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...