Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Monday, June 14, 2010

KALI PERTAMA BERJUMPA BAPA MENTUA

Keadaan cuaca yang suam suam kuku tidak menghalang saya untuk pergi ke rumah teman wanita saya. Niat saya pergi ke situ hanya untuk berjumpa teman wanita saya, tetapi bapanya ingin berjumpa dengan saya. Jadi saya beranikan diri berjumpa dengan bapanya. Bapanya adalah seorang bekas tentera. Jadi saya datang dengan gaya biasa iaitu perangai seperti rambo.

Adik-adik teman wanita saya memang saya kenal, dah tercegat sewaktu saya tiba dirumah tersebut. Bapanya juga ada, memandang tajam ke arah saya. Saya membalas dengan menghulurkan tangan untuk bersalam. Bukan kerana saya takut, tapi kerana saya tidak mahu mencetuskan huru hara di rumah tersebut. Bapanya berbadan tegap dan sasa. Saing saing badan saya. Waktu bersalam, dia menggenggam tangan saya dengan kuat. Saya hanya membalas dengan satu jelingan kasar. Tak ada perkataan sakit dalam kamus hidup lelaki berperangai rambo seperti saya.

“Duduk” kata bapanya.

“Berdiri” balas saya.

“Abah suruh duduklah” kata teman wanita saya (kini telah jadi wife saya).

Kami duduk bertentangan. Menurut teman wanita saya, bapanya seorang bekas tentera, dan sekarang bekerja sebagai kontraktor. Bapanya memulakan berbicara dengan menceritakan pengalaman dia sewaktu menjadi askar navy. Dia juga menceritakan perjalanan kerjaya dia sebagai bodyguard. Ini termasuk dia terpaksa meredah hutan berhari hari untuk mencari mangsa helikopter terhempas, berendam dalam tasik selama 5 hari dan mengikut kerabat Sultan memancing.

Disebabkan darah rambo mengalir deras dalam badan saya, saya tak nak mengalah. Saya juga sibuk menceritakan pengalaman saya dalam bidang rambo. Saya menceritakan bagaimana saya secara rambo pergi meredah hutan lalang dan kubur untuk pergi ke kafe siber dan merempuh lautan manusia di pc fair untuk membeli pen drive 1GB. Ada juga saya ceritakan kegiatan gerila saya mengubahsuai basikal dan bermain Tamiya.

Raut muka bapanya nampak tak keruan. Dia seperti tidak berpuas hati dengan saya. Ketika saya bercerita, mata dia memandang tepat ke arah saya. Saya pula sudah mula meletup letupkan jari tangan saya. Teman wanita saya yang sedar akan berlaku pertembungan dua seteru utama dalam bidang ketenteraan dah mula berdiri untuk cuba menenangkan keadaan. Bapanya turut berdiri di hadapan saya, dengan sepantas kilat juga saya berdiri. Dada kami berlaga laga untuk menguji siapa lebih sasa. Teman wanita saya menyuruh adiknya menghubungi seberapa ramai orang yang mungkin untuk menenangkan keadaan. Keadaan hampir tidak terkawal.

Tiba tiba, kami dah siap makan tengahari. Malam tu bapanya belanja saya makan.Bapanya memang baik. Sporting habis. Mana ada babak nak gaduh gaduh tu. Lelaki berperangai rambo mana minat gaduh gaduh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...