Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Thursday, September 2, 2010

Senarai nama

Saya dah senaraikan nama-nama penerima duit raya masa raya nanti. Banyak jugalah nama yang bakal terima duit dari saya. Dua tiga kali saya fikir nama-nama penerima ni, nyaris-nyaris saya kensel bagi duit raya tahun ni lepas tengok Spot Rim kat kedai tayar masa cuci kereta jumaat hari tu. Tapi bila pikir balik, raya sekali setahun, apa salahnya saya sedekah sikit. Spot Rim waktu raya krismes nanti pun boleh beli pe. Kan?



Jiran sebelah rumah pun dah mula nak menegur-negur saya. Senyum-senyum bila nampak saya. Mesti beliau berharap nama anak beliau masuk senarai nama yang saya dah buat. Jiran yang saya tak kenal pun mula tegur saya. Pakcik jual laksa, yang jual beriyani, jual kuih, kira ramai jugalah yang mula nak tegur saya. Nak tak nak saya kena buat hati kering masa membeli belah di bazaar ramadan tersebut. Mana mana pakcik atau makcik yang senyum pada saya akan saya balas dengan pandangan mata helang. Ada dua tiga orang berbuih mulut bila terkena jelingan saya. Saya bukan berniat sombong, cuma senarai nama yang saya dah buat penuh. Mana nak letak lagi nama anak-anak diorang.



Teringat saya waktu zaman budak-budak dahulu. Zaman mengumpul duit raya. Member-member saya dah senaraikan rumah-rumah yang akan bagi duit raya banyak. Zaman saya dulu, duit syiling pun kira berharga, zaman sekarang je lain. Dapat syiling terus campak kat kolam, memang sombong gile bebudak sekarang.



Sedang kami rancak bersembang di rumah terakhir dalam senarai kami, tiba-tiba Azmi bersuara



"Aku rasa macam pernah tengok keadaan ni." Terang Azmi sambil cuba ingat sesuatu.



"Tengok apa?" saya pula bertanya.



"Yang jadi sat sat tadi ni la. Aku ambil cawan pastu ang pi tolak tangan aku sebab nak ambil kacang" Terang Azmi panjang lebar.



"Ang tengok kat mana?" Abdah tanya pula.



"Tak ingatlah. Tapi kalau kita pernah tengok kejadian sebelum terjadi orang panggil apa tau..." Azmi mengurut kepala memikir sesuatu yang saya pun tak pasti.



"Aku tau. DEJA MOSS!!!" Abdah menjawab lantang.





P/S : Deja Moss kakak kau! Deja Vu la!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...