Pagi tu sepatutnya budak-budak 4 line ni kene pergi ke dewan untuk raptai yang berikutnya. Tapi di sebabkan
sarapan tidak disediakan untuk raptai pagi itu, Brader Cerpelai, Brader Pola suku kata, Brader Kuncup
dan saya telah nekad untuk bersarapan di kedai Tiga warna. Cuma Brader Ucu sahaja yang tidak ikut kerana demam pada pagi itu.
Saya tidak pasti dia demam sebab apa.
“Ini tak boleh jadi, keadilan perlu dituntut!” kata saya pada diri sendiri.
“Betul tu. Kalau benda ni berterusan, kita mungkin menghadapi masalah kebuluran.” balas saya pada diri sendiri penuh bersemangat.
Saya mengangguk dan senyum persis setan.
Saya membuat panggilan telefon kepada Brader Cerpelai a.k.a Panglima Garang untuk mengetahui lokasi mereka.
"Cepat sikit der. Kitaorang menyorok belakang kereta kau!" Brader Cerpelai bersuara cemas.
Dalam keadaan mencangkung Brader Cerpelai membuat isyarat supaya saya datang cepat.
Saya menjeling tajam. Kami ingin menjalankan satu operasi bersepadu berani mati.
Ianya berpunca dari ketidakadilan pihak tertentu tidak menyediakan sarapan pagi.
Air pun tidak ditawarkan. Terasa hati betul kami ketika itu. Kami bukan pelarian.
Kami hanya pekerja yang mungkin pada masa depan dapat mengubah landskap politik negara.
Macam mana kami nak jadi pekerja cemerlang kalau dilayan sebegitu?
Setelah berpakat, kami mengambil keputusan kering untuk menjalankan aktiviti paranormal.
Tanpa persediaan rapi, kami bergegas ke tapak operasi tanpa rasa serba salah. Malang nasib saya ketika itu
kerana bergerak agak lambat. Saya terpaksa merangkak gaya rambo untuk merentasi beberapa biji kereta untuk tiba di kereta saya
bagi mengelak dari dilihat oleh individu tertentu.
Baru sahaja saya hendak merangkak. Ada seorang brader dengan baik hati menawarkan saya untuk tumpang kereta beliau setelah sakit
mata memandang saya tertunduk-tunduk hendak merentasi kereta.
Setelah tiba di kereta, beliau sempat berpesan pada saya supaya jalan baik-baik. Baik sungguh brader itu.
“Cepat, wei” panggil Brader Cerpelai. Suara disayup-sayupkan untuk lebih dramatik.
Saya bergegas ke kereta saya. Dari celah tingkap, saya terlihat kereta brader tadi meluncur laju tanpa menghiraukan kami.
Ianya memang dalan jangkauan saya. Brader itu memang brader. Dalam keadaan panas pagi sebegitu,
kami bergerak ke kedai tiga warna. Saya hanya memandu kereta tanpa bersuara. Hanya kedengaran suara-suara brader-brader
tidak berpuas hati di belakang. Saya hanya mendengar tanpa memberi respon.
Saya cuma berharap diorang tak buat perangai duduk tepi tingkap sambil panggil awek-awek tepi jalan.
Setibanya kami di kedai tiga warna. Saya terdiam seribu bahasa. Memang tempat brader-brader.
Brader Pola suku kata yang perkenalkan kepada saya tempat itu. Saya hanya diam seribu bahasa ketika
masuk ke kedai makan tersebut.
Ini adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Petang itu sewaktu pulang ke rumah, tiba tiba saya nampak pelangi.
Terus saya berlari sambil tangan dalam poket. Orang cakap kalau tunjuk jari dekat pelangi, tangan boleh kudung.
No comments:
Post a Comment