Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Tuesday, January 25, 2011

Apa cer...?

Semenjak dua menjak ni saya dah jarang-jarang menulis. Bukan kerana wujudnya Backyard Monster dalam hidup saya,
tetapi kerana kekeringan cerita membuatkan saya batalkan sahaja niat untuk bercerita.
Bukannya ada orang baca pun. Penulisan saya bukanlah jenis penulisan yang berat-berat dan panjang lebar.
Ia lebih kepada ayat ringkas makan dalam yang boleh bagi orang lain terasa hati dan panggil mamak nak order air pun macam nak ajak gaduh.
Siap ada pandang jeling-jeling bila berselisih dengan saya gara-gara cerita makan dalam saya ni.
Saya suka orang ketawa bila membaca cerita saya. Kadang-kadang lepas post cerita, saya akan review balik
 apa yang saya tulis. Dalam perjalanan balik dari kerja saya masih tersenyum lagi sambil membayangkan cerita saya sendiri.
Brader kereta sebelah yang sedari tadi asyik memerhatikan gelagat saya, mula buat buat main radio bila saya menjeling tajam.

Ada satu petang tu waktu nak balik rumah, tiba-tiba rakan sekerja saya muncul di depan pintu bilik saya.
Kedatangan beliau tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengajak saya berborak benda yang kadang-kadang hari esok pun boleh borak.
Hal politik, bola, hiburan semasa, makan-makan, kerja dan Backyard dipertaruhkan dalam perbualan kami.
Niat saya untuk balik rumah dah jadi terbantut. Nasib baik dua tiga menjak ni hati saya sejuk je bila diajak berbincang tentang Backyard Monster.
Jikalau tidak, mungkin aksi IpMan dapat dipertontonkan di dalam bilik kecil saya ni.
Rakan sekerja saya mengajak saya lepak di Koner S. Ada orang suka 'belanja' katanya. Beliau turut mengajak rakan-rakan sekerja saya yang lain.

Saya balik ke rumah dahulu untuk menghantar Wanaz As. Kemudian saya ke Koner S dengan menaiki Motosikal EX5 saya.
Ada dekat sejam kami berbual, rakan saya pun meminta izin untuk beransur pulang ke rumah. Itupun sebab bini dia dah suruh balik.
Kalau tak, perbualan kami mungkin dilanjutkan lagi sambil makan malam di situ.
Saya rasa tersangatlah bersyukur dengan panggilan dari bini member saya tersebut.
Untuk pengetahuan semua, hari tersebut ialah hari yang paling mengantuk dalam hidup saya.
Waktu dah habis semua kerja, kepala saya sudah terngiang-ngiang bantal biru kepunyaan saya di rumah.
Segala perasaan nikmat berbaring menyelinap di dalam jiwa saya. Di zaman teknologi pesat membangun ni,
nikmat berbaring seolah-olah ditelan peredaran masa. Sikit pun tak ada dibangkitkan di dada akhbar.
Tersengih-sengih saya bila memikirkan perasaan baring tersebut.

Setelah memeriksa semua barang penting seperti dompet, kunci motor dan telefon bimbit sudah berada di dalam poket,
Dah selesai bayar, saya terus menyarung kembali topi keledar yang saya buka semasa berbual dengan rakan-rakan saya tadi.
Apa gila saya nak berbual dekat sejam sambil pakai topi keledar? Saya bukan nak pergi bulan pun.

Ok, saya bergerak keluar dari Koner S dengan menunggang motosikal jenama EX5 saya.
Hari yang sudah gelap tidak mendatangkan masalah kepada saya kerana motosikal saya dilengkapi dengan lampu depan dan belakang.

Xde idea dah....

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...