Pagi tu saya bangun awal. Mana boleh buat perangai bangun tengahari dekat rumah orang.
Imej nak kena jaga. Ala, tu pun kakak angkat saya yang tidur di bilik sebelah tolong kejutkan
dengan ketuk dinding bilik. Kalau tak dah hanyut dah. Mandi adalah masalah utama di sini.
Pernah mandi dengan air limau ais? Macam tu lah yang saya rasa.
Waktu nak mandi tu lah rasa macam nak call Shahrul ajak balik Ipoh.
Tapi saya gagahkan juga. Menggigil jangan cakap lah. Dah macam cerita kartun.
Segala macam benda dekat badan saya ni kecut. Perasaan lelaki gagah tu hilang seketika.
Dah habis mandi, saya cepat cepat menuju ke bilik.
Saya cuba memanaskan badan dengan membuat senaman ringan dan membakar sebatang rokok.
“Hisap rokok ek?” tanya kakak angkat saya dari bilik sebelah. Dinding bilik menjadi alat komunikasi kami.
“Taklah. Buat unggun api. Sejuk lah kak” kata saya.
Saya bersiap siap nak ke surau waktu tu. Saya dressing ala kadar. Baju melayu dan kain pelikat je.
Malas saya buat perangai pakai baju melayu dengan seluar pendek bola.
Nanti orang kampung cakap saya ikut ajaran sesat pulak. Menyesal saya tak ajak
Amir Otai datang sekali. Shahrul pulak kat kampung sebelah. Apa dia buat pun saya tak tahu.
Saya hanya berjalan kaki menuju ke surau. Waktu tu semua mata memandang ke arah saya.
Dah macam pelancong pun ada. Saya siap standby pen dalam poket mana tahu ada orang mintak tandatangan.
Ada beberapa orang pak cik yang menegur saya.
Rupa-rupanya dah heboh satu kampung yang saya dan Shahrul nak datang. Amir punya kerjalah ni.
Untuk pengetahuan semua, setiap rumah di kampung tersebut mempunyai anak angkat yang terdiri
dari kawan kawan sekolah saya. Jenuh juga nak jawab soalan mana kawan kawan saya waktu tu.
Ketiadaan Shahrul yang berada di kampung sebelah, buat saya kekok.
Shahrul waktu tu saya syak, tengah mandi perigi dengan adik angkat lelaki dia.
Jadi saya terpaksa mengabaikan dia. Kalau mandi perigi dengan adik angkat perempuan dia,
nak juga saya join. Dah habis sembahyang , saya terus menuju ke rumah bapak angkat saya.
Saya terus tukar pakaian memandangkan bapak angat saya cakap ada sesi gotong royong
dan sembelih lembu di rumah. Saya juga sempat berkenalan dengan adik beradik angkat
saya yang tak sempat saya jumpa waktu tingkatan 4 dulu.
Adik beradik angkat saya seramai 6 orang, 3 lelaki dan 3 perempuan.
Dulu yang saya jumpa, hanya perempuan sahaja.
Untuk majlis perkahwinan abang angkat saya,
bapak angkat saya menumbangkan seekor lembu untuk dijadikan hidangan.
Majlis perkahwinan akan berlangsung pada esok hari.
Saya menolong apa yang patut. Hingga ke petang saya membantu. Amir Otai main PS kat rumah. Macam setan.
Shahrul entah ke mana. Celaka. Boleh dia biar saya seorang diri dekat situ.
Kereta dekat dia pulak tu. Waktu petang tu, saya meminjam motor bapak angkat saya untuk bersiar siar.
Niat di hati nak pergi jumpa Ema. Perlahan je saya bawak motor memandangkan banyak lembu
dan taik lembu di atas jalan raya. Dalam perjalanan ke rumah keluarga angkat Shahrul,
saya ada singgah di 6 buah rumah. Semua nya panggil saya datang berhari raya.
Semua rumah tu jugaklah saya berhenti makan. Macam nak meletup perut saya.
Nak berjalan pun tak boleh dah. Setiap rumah yang saya makan, saya kena tambah.
Dalam keadaan kekenyangan, saya sampai di rumah keluarga angkat Shahrul.
Shahrul tersengih sengih di pintu rumah. Saya berbual bual dengan Shahrul dan bapak angkat dia di luar rumah.
Sambil tu saya menjeling jeling ke dalam rumah mencari kelibat Ema.
Tak ada. Rasa macam nak serbu masuk je dalam rumah.
Memandangkan saya ni memang dah diajar dengan nilai nilai ketimuran, saya hanya bersabar.
Tiba tiba muncul kelibat mak angkat Shahrul yang mempelawa saya masuk.
Dengan pantas saya masuk. Bila dah naik dekat atas, saya nampak makanan dah terhidang.
Semangat saya terus hilang. Tiba tiba saya nak balik Ipoh. Mana saya larat nak makan dah.
“Arul, aku tak larat nak makan dah ni” bisik saya dekat Shahrul.
“Ala, jamah lah sikit.” kata Shahrul.
Dalam keserabutan nak makan ke tak tu, Ema muncul dari dapur.
Ema datang dengan membawa semangkuk nasi dan pinggan.
Lepas tu Ema hilang kembali. Tak lama lepas tu, Ema datang pulak bawak air dengan gelas.
Saya waktu tu buat buat main dengan kucing.
“Eh, makan lah” pelawa mak angkat Shahrul.
“Baik, mak cik. Makan lah sekali, mak cik” kata saya penuh sopan santun sambil mencedok nasi.
“Kamu makan lah. Mak cik dah makan tadi. Ni Ema yang masak” kata mak angkat Shahrul.
“Ha....?” ternganga saya waktu tu. Saya sambung mencedok nasi.
“Uihh, banyak nya. Tadi cakap.....” sampuk Shahrul.
“Diam lah” kata saya dekat Shahrul.
Saya melepak di rumah Shahrul sampai dekat nak Maghrib.
Malam tu saya lepak berborak dengan keluarga angkat saya di rumah.
Sambil sambil tu, saya membantu dalam memotong sayur untuk hidangan esok.
Dah habis membantu, saya bermain main dengan anak abang angkat saya yang
pertama yang dah kahwin. Bapak angkat saya muncul di ruang depan rumah.
“Moh turun. Makanan dah siap dah” kata bapak angkat saya.
“Makan lagi?” tanya saya.
Saya nak balik Ipoh....
mandi perigi?
ReplyDeletelembu?
ni kg telaga nenas yg mane satu nie?