Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Friday, March 22, 2013

Rasukan Hihihihihihi

Dari semalam rumah Pak Sani dipenuhi orang taman. Satu taman heboh dengan kejadian anak perempuan Pak Sani yang dirasuk hantu. Magrib menjelang, muka Pak Sani berkerut menunggu pawang dari Batu Pahat. Sementa di ruang tamu, anaknya Syafinaz meraung menjerit-menjerit. Kaki tangan Shafinaz diikat rapi dengan tali sambil dipegang oleh kira kira 17 orang makcik. Namum Syafinaz meronta kuat dan cuba menggigit. Tengah hari tadi sahaja 3 kali Shafinaz terlepas ikatan dan memanjat pintu grill sambil meratah-ratah langsir menjadi perca kecil. "Akom" bomoh batu pahat memberi salam. Orang ramai diluar memberi laluan kepada bomoh tersebut masuk kerumah. Suasana menjadi semakin seram Bomoh tersebut memerhatikan keadaan sekeliling. Akhir sekali dia memandang tajam mata Syafinaz yang merah menyala memandang ke siling rumah. "Siapa yang tak berkenaan, sila keluar!!!" Bomoh tengking kuat. Tapi ramai yang buat dek, sebab masing2 dah chop tempat sedap nak tgk live. Ibu jari Syafinaz ditekan kuat, sambil bomoh kumat kamit membaca sesuatu. SIAPA KAU??? DARI MANA KAU DATANG?? bomoh tengking lagi! takda respon juga. Merah muka Bomoh tersebut menahan marah dan malu. Bomoh menekan lagi ibu jari kaki Syafinaz. kali ini dengan kuat sekali! "SAKIT LA BODOHHHHHH!!!" tiba suara garau berbunyi. TAK GUNA PUNYA BOMOH!!!! PANGGGGGGG! tiba tiba bomoh tadi ditampar! Rupa rupanya bomoh tersalah picit ibu jadi kaki. Dia terpicit ibu jari kaki Eton, bininya Pak Saad. Jiran sebelah.... Melihatkan kejadian itu Saad dan orang taman terus menerkam bomoh tersebut. Mereka memukul bomoh tersebut beramai ramai. Bomoh tersebut dibawa kebalai polis setelah lembik dibelasah orang taman. Saad menghantar bininya ke klinik kerena ibu jari kakinya lebam Syafinaz telah beransur pulih setelah mengabiskan beberapa pil dokter dan dia dinasihatkan menghabiskan antibiotik walaupun hantu dah takda.

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. How to make money from sports betting on mobile
    Betting apps can septcasino be addictive. The หาเงินออนไลน์ majority of bettors are either looking for a way to bet on sports rather than using apps. febcasino

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...