Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Wednesday, July 27, 2011

Sekolah menengah teknik seri Iskandar - Bota, perak

Saya tiada di dalam gambar diatas kerana saya telah memutuskan tidak mahu gambar ini dijadikan gosip setelah saya terkenal nanti

Saja je aku letak gambar bebudak kelas aku masa sekolah teknik dulu. Budak mekanikal 3 ni sebenar adalah budak paling baik sekali pada zaman itu. Kalau diikutkan, ada antara kami mungkin ada yang nyaris-nyaris dapat jawatan perdana menteri. Namun bak kata orang-orang tua "kerana nila setitik, sapi mendapat nama". 
Jika anda perhatikan betul-betul terdapat adegan gay ditayangkan dengan selamba. Biar saya terangkan mengapa mereka jadi selamba. Mungkin bukan niat mereka untuk menjadi gay, tapi ini berpunca dari nasi yang mereka telah makan di atas meja itu. Nasi itu adalah hasil ujikaji terbaru pelajar kelas Automotif.
Mereka boleh di ketegorikan mabuk flash kamera. kerana setelah makan nasi itu, mereka tidak boleh terdedah kepada cahaya terang. Ini boleh membuatkan mereka terlupa jantina masing-masing dan pasangan mereka. kehkehkehkeh, Jika nak dibandingkan, Angelina Jolie pun tak berani wat posing macam tu. Ini dikira berani level nam belas.
Dengar cite tempat kami ambil gambar ni berhantu. Saya pun tak pasti sangat, tapi dah orang kata. Saya dengar je. Jika anda perhatikan betul-betul dekat lampu sebelah tangga tu. Cuba anda tengok betul-betul. Haaa... nampak tak? Takde apa-apa kan? Memang takde apa-apa pun. Gelap. Kehkehkehkeh!

Monday, July 25, 2011

Beautiful nite in Tokyo




















Ramadhan, pose dan aku...

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..tahun dah berganti..so,sekarang ni sape-sape
yang sama baya aku kire dah 26 tahun dah la kan..26 tahun kire muda lagi..jangan risau..
Nasrul Hadi umur 29 pon cakap muda lagi..hahah..
Tahniah jugak aku ucapkan kepada skuad negara..anda wira negara..kepada adik aku jugak..umur baru 24 dah bertunang..
takpela..aku sapot je apa ko buat..
Gambar sekadar hiasan dunia
Err nak tanya, kalo sambut bulan pose,mesti ada azam ke? Amir Otai cakap kene ada.
Malas gile rasa nye nak berazam ni..kalo ade pon,satu je la kot,..nak ejas awek nurse kat hospital..
Kehkehkehkehkeh.
korang yang baca ni pelik tak dengan aku sekarang..rajin kan aku update blog..
haha..tu tanda nye aku sedang menunggu benda yang aku donlod siap..
pasni kalo aku tengah donlod,aku akan update blog walaupon takde orang nak baca,.hahaha..

PS: Tahun ni pose penuh lagi!

Monday, July 18, 2011

Ilmu Pukau yang berkesan ~ tolong jangan ikut!

Kisahnya 19 tahun yang lalu,

Nak beli eskrem perlukan duit, paling koman seposen. aku perlukan seposen
setiap hari buat modal beli eskrem. Selalunya eskrem kacang seposen di
kedai Mak Cik Melah saja. Cuma kalau dapat dua posen aku lajak beli kacang potong
sekali. Mintak duit dari mak aku yang aku panggil emak memang
selalu aku buat. Kadang kadang kalau angin baik, aku dapat sampai tiga
puluh sen.Kadang kadang dapat sepuluh sen saja. Ada juga masa yang aku
langsung tak dapat apa apa. Itu selalu jadi. Waktu petang petang, dekat
rumah takdak orang, yang ada cuma mak. Dia sajalah harapan aku.

Satu petang seperti biasa, aku lakukan aktiviti dengan Anuar rutin setelah penat bermain
kejar kejar di rumah PakCIk Lias drebar Bas Sekolah. "Mak..mintak duit nak beli
eskrem..nak beli keropok cikedies sekali" - aku mintak macam biasa
biasa aku buat. Tangan kanan dah genggam erat senapang kayu.
Lepas pekena eskrem aku rancang nak main askar askar pulak dengan Anuar dan Din.
Tadi setakat main kejar kejar tak berpeluh sangat. Tapi hari itu mak aku cakap duit takde.
Tiap-tiap hari makan eskrem boleh sakit tekak. Aku pasrah, aku terus try minta kat Abdah.

"Aku takdak duit..tapi aku boleh ajar kau satu jampi"-Abdah buat muka seriuss.

aku terkebil kebil, jampi pejadah pulak ni? Apa kene mengena jampi dengan eskrem?
"Jampi tu binatang apa?"-Tanya aku jujur.

"Ini susah cakap dengan budak kecik..jampi tu macam baca baca la..macam
baca doa doa..kalau nak halau hantu selalunya kita kena baca jampi..kalau
nak berubat orang sakit pun kita pakai jampi".-Abdah eksplen panjang
lebar. aku jadi makin serabut kepala."Nak beli eskrem pun ada pakai
jampi ka?"

"Itu yang aku nak ajar ni..kalau kau baca jampi, kau boleh dapat eskrem
free..keropok chikedies pun free..tak payah bayar duit, baru la jadi hero
betul betul"-Abdah terang sungguh sungguh. aku dah rasa ada semangat
magis. aku jadi suka tak boleh nak tahan tahan.

"Ajar Ajar ajar ajar ajar..nak buat camne? nak baca apa?, bagitau bagitau!"-aku
dah eksaited tahap cipan. Abdah sambung."Mula mula baca Bismillah
dalam hati..

Macam ni jampi dia:..............................." <--ayat jampi ni aku kena potong,
ianya amat berbahaya dan menyesatkan! Dua tiga kali Abdah ajar aku
ayat jampi serapah yang amat magik itu. Jenuh juga aku nak menghapal
sebab kata Abdah bila baca depan Mak Cik Melah tak boleh silap.
Kalau silap payah nak menjadi. Terkinjat-kinjat aku menghapal. aku ulang
ulang kasi lancar. Ayatnya tak lah panjang sangat. Tapi sebab ayat jampi
serapah, kena la aku hapal dengan seriuss. Takut tak menjadi. Abdah
sambung lagi sesi pendidikan jampi beliau: "Lepas kau amek eskrem,
tunjuk eskrem tu depan Mak Cik Melah,sambil tunjuk sambil baca jampi yang aku ajar
tadi..bagi Mak Cik Melah dengar ayat ayat jampi tu". Belum sempat apa apa,
laju aku berlari terpa ke kedai Mak Cik Melah. Selipar pun aku tak pakai. Senapang
kayu aku lempar entah ke mana. aku dah ada ilmu jampi sekarang.
Mesti magik habis ni.Mesti Anuar dengan Din cemburu sama aku nanti.
Hati aku berbunga bunga. Sampai di kedai Mak Cik Melah,aku tangkap eskrem kacang.
Duit dalam poket memang lima sen pun haram aku tak bawak .
Bedebar debar aku menuju kaunter berjumpa Mak Cik Melah.
Dalam hati aku ulang ulang jampi yang Abdah ajar aku tadi.
aku pandang Mak Cik Melah. aku tunjuk eskrem,baca bismillah dalam hati,
lalu aku alunkan jampi serapah yang Abdah ajar
aku. aku alun penuh keyakinan. Mak Cik Melah jadi macam tersentak lepas aku jampikan dia.
Muka dia jadi tak berapa nak percaya. Keliru semacam.
Mak Cik Melah hanya angguk angguk macam orang tengah bercelaru.
Mungin dia tak percaya budak kecik macam aku dah memiliki ilmu hebat.
aku keluar kedai sambil pandang Mak Cik Melah takut takut dia nak mintak duit pulak dari aku.
aku memang takdak duit, aku ada ilmu jampi saja. "hang balik jalan baik baik.."-kata
Mak Cik Melah pada aku penuh ihsan. -Wahhh!!!!!-Jampi serapah sudah menjadi!!-

Habis sebatang eskrem. aku ulang semula pegi kedai Mak Cik Melah. Kali ni aku angkat
dua batang eskrem jenama mahal sket. Kacang potong tiga,keropok Ali Baba,
keropok Chikedies, gula gula sugus, air Fanta hijau pun aku rembat jugak.
aku letak semua depan meja kaunter.Tunjuk depan Mak Cik Melah.

Syarat jampi aku kena ikut. Sambil tunjuk barang yang kita beli, sambil
baca jampi bagi Mak Cik Melah dengar. aku baca lancarrr..Mak Cik Melah diam sekejap..dia
macam kena pukau.

Tiba tiba dia bersuara:
"hang amek la lagi apa hang suka..itu keropok jagung baru.. Itu kacang
tumbuk pun ada..amek lagi banyak banyak kasi Anuar, kasi Din..makan sama
sama". aku turutkan kemahuan Mak Cik Melah.Nampak gaya Mak Cik Melah dah tunduk
dengan jampi serapah aku. Dia dah jadi macam orang bodoh.

Esoknya, aku bawak sekali Anuar sama Din saksikan ilmu baru aku. Beli
eskrem dan gula gula tak payah bayar. Barang barang dikedai Mak Cik Melah aku perlakuan sesuka hati.
Bila terkena saja jampi aku,Mak Cik Melah akan suruh aku amek barang barang lain sama.
Anuar dan Din amat kagum dengan kebolehan aku.
Tapi aku tak boleh ajar mereka sebab Abdah tak bagi aku ajar ilmu tu pada
orang lain. Sejak itu hidup aku berubah dari seorang kanak marhein kepada
kanak kanak yang memiliki magik hebat lagi unggul.

Dah dekat dua puluh enam tahun aku tak amalkan jampi serapah keramat yang
hebat tu. Tapi aku tetap ingat jampi tu tak pernah lupa.Takpalah..sebab
korang baca blog aku..aku kongsi jugaklah sama korang walaupun jampi
ni diiktiraf sangat berbahaya oleh ibu aku dulu. Pandang Mak Cik Melah,
tunjuk eskrem..sambil alunkan jampi dengan keyakinan:

"Mak Cik Melah..kira ni berapa?,masuk dalam buku tiga lima ibu saya..nanti hujung
bulan ibu saya setelkan!"

Ilmu magik aku kekal berfungsi dengan baik sebelum ibu aku mansuhkan balik
ilmu tu dari diri aku.Kiranya ilmu ibu aku lagi tinggi dari ilmu Abdah.Ibu
aku kata jangan guna dah jampi tu dekat Mak Cik Melah,sangat bahaya!..boleh makan
diri dan keluarga.Ibu aku jugak turut mengamuk pada Abdah
sebab mengajar aku ilmu bukan bukan yang amat berbahaya dan mencemaskan beliau.
Lepas pada tu, ilmu jampi dah tak menjadi.Mak Cik Melah dah mula geleng kepala,
bukan lagi hangguk hangguk macam selalu.aku saspek Mak Cik Melah dah guna ilmu lagi
hebat yang boleh patahkan ilmu jampi yang aku pakai.Mesti ibu aku yang ajar Mak Cik Melah ni.

Friday, July 15, 2011

Teknologi IT ~ generasi Y

Jangan Biarkan diri anda jadi begini!!!! IT

 
 ATT00001 1.jpg

ATT00002 2.jpg

ATT00003 1.jpg

ATT00004 2.jpg

ATT00005 2.jpg

ATT00006 1.jpg

ATT00007 2.jpg

ATT00008 2.jpg

ATT00009.jpg

ATT00010 4.jpg

ATT00011 2.jpg

!!!! Budak IT never die. Dia orang cuma Offline !!!

Petua murah rezeki. Amalkan.












A'kum semua..... disini saya nk berkongsi petua untuk murah rezeki dan dipermudah dalam semua urusan kita.
benda ni senang tapi susah kita nk buat, apa yang sy maksudkan ialah bersedekah,senang ke kita nk bersedekah? mmg senang kan tapi cuba buat..masa nk menghulur dalam hati kita mcm2 hasutan syaitan nak menggoda kita supaya jgn bagi...

bg org lelaki mcm nk masuk dlm tabung masjid bila jumaat.. kekadang tu kita tgk je tabung tu nak masukan duit rasa syg dan pikir mcm2 contoh nk masukan rm1mesti dalam pikiran kita akan berkata rm1 ni kalau beli teh o ais ni lepas....dgn itu dgn sendiri la tk jadi masukan atau kita akan cari syiling....

sebenarnya lagi byk kita bersedekah lagi byk rezeki kita... rezeki tu bukan teru datang bila kita bersedekah.petua ni saya dapat dari org yg berjaya...Alhamdulillah rezeki saya murah, dan saya bersyukur dgn apa yg saya ada sekarang.... jadi kita lawan la kata2 syaitan di dalam hati kita bila nk bersedekah..insyalah lama2 kita akan terbiasa dgn bersedekah...

tangan yang munghulur lagi mulia dari tangan yang menerima... saya tau mmg semua org tau tentang hikmah bersedekah,tapi saya cuma mahu berkongsi petua ni bagi yang terlupa.. amal la selalu bersedekah insyallah kita akan dimurahkan rezeki...

Thursday, July 14, 2011

Pautan dari page lain-lain

 Berikut adalah antara page-page yang menjadikan blog aku sebagai rujukan bagi senaman dan nasihat untuk kempiskan perut yang buncit atau lain-lain :


1. http://wartabaru.com/search/mr+cool+fadzlullah
2. http://www.terbaru2011.com/info-mr-cool-fadzlullah-rahsia-mendapat-perut-yang-kempis.html
3. http://alilblog.blogspot.com/2011/04/ceramah-yang-menarik-dan-menyentuh-hati.html
4. http://www.ngajari.com/tulisan/balunpunya-blogspot.html
5. http://www.pageinsider.com/balunpunya.blogspot.com
6. http://www.dokterumum.net/arsip/balunpunya-blogspot-com.html
7. http://komenikutsuke.blogspot.com/2010/07/gambar-ini-hanya-cubaan-untuk-menarik.html

Friday, July 8, 2011

Apa yang berlaku minggu ni?

1. baru balik dari meeting dekat Concorde Inn Sepang. Camne hotel dia?  Cer tanya Epie Lusk.
2. Pindah Ofis baru.
3. Bisnes makin kencang. Dah ada Agen hampir setiap negeri. Cuma takut tak sempat nak hantar ikut time.
4. Kene gi meeting kat Selesa Beach Resort PD.
5. Stok makin kurang. Tunggu Flight dari Korea sampai.
6. Anak aku dah pandai meniarap. Siap mengensot lagi nak ambil henfon aku.
7. Bini aku banyak ambil alih bisnes aku. Stok susu S26 gold tak sampai lagi. Agen dah call. Kat ofis asyik busy.
Macam lari date je. Aduyai!
8. Nak kene wat kredit card secepat mungkin.

Promosi kepada kawan-kawan

Friday, July 1, 2011

Kisah Umur 7 taun

Ketika  berumur  7 tahun, keluarga saya menetap di Kem Polis PPH di Kulim Kedah.
Kawan-kawan disitu kebanyakan sebaya saya. hidup kitaorang hanya dalam kem itu sahaja.
Hampir setiap petang terdiri daripada Hamzah, Abang Oi, Din dan Lan adalah Korum yang perlu ada untuk
kitaorang memulakan aktiviti bermain kitaorang. Dari permainan gelongsor, jongkang-jongkit hinggalah ke permainan lumba basikal.
Ada satu hari saya merasakan kelainan pada kawan kawan saya. Setibanya saya ditempat permainan
saya lihat kawan kawan saya sedang mengayat 3 orang budak perempuan. Langsung tak dihiraukan kehadiran saya ketika itu.
Waktu tu, kepala otak saya terus teringat sejadah di surau.
Rasa macam nak pergi lepak dengan pak cik imam surau pulak.
Waktu tu juga saya rasa, kebajikan kanak kanak saya terabai.
Tapi saya tak hiraukan. Nak lapor dekat PBB, macam jauh dan membazir masa.
Jadi saya mengambil jalan mudah, lepak seorang diri bermain pasir ketika kawan kawan saya sibuk mengayat.
Bukan saya tak suka, cuma jiwa kanak kanak saya tak berat ke arah cinta.
Kasut sekolah pun Emak saya basuhkan, takkan saya nak melangkah ke alam cinta. Tak logik langsung.

Dah habis mereka mengayat, baru mereka datang ke arah saya.
Waktu tu mereka sibuk bercerita pasal 3 orang budak perempuan tersebut.
Yang kakak nama, Isya. Bawah dia nama Isma, dan yang kecik sekali nama Yana.
Isma sebaya dengan saya. Itu yang mereka ceritakan dekat saya.
Dah habis dengar diorang cerita pasal budak perempuan tersebut,
saya terus mengajak mereka merewang sekitar kawasan perumahan kami.
Tapi mereka bantah sekeras kerasnya. Kawan kawan saya cakap, diorang tak nak ke mana mana petang tu.
Mereka memberi cadangan untuk bermain lumba lari sahaja di situ.
Celaka. Masing masing cuba untuk tunjuk kuat depan perempuan.

Nak tak nak, saya terpaksa join diorang main lumba lari.
Sebagai rekod, kalau ada pertandingan lumba lari dengan kawan kawan, lazimnya saya yang menang.
Dan petang itu saya menang lagi. Bukan niat saya nak tunjuk jaguh depan 3 orang cucu anak orang kaya tersebut.
Malam itu aktiviti kami hanya penuh dengan lumba lari dan bergelak ketawa depan rumah orang kaya.
Mercun 'A bomb'saya simpan untuk kegunaan esok hari.

Keesokan harinya, Hamzah datang ke rumah saya.
Dia membuat satu perkhabaran yang amat menggoncang hati suci murni kanak kanak saya.
Hamzah memberi sepucuk surat kiriman dari Isma. Dalam tu, Isma ada tulis yang dia nak berkenalan dengan saya.
Dalam tu juga Isma sertakan perihal mengenai dia seperti nama, tarikh lahir dan makanan kegIsmaran dia.
Berkobar kobar saya baca surat tu. Waktu tu saya rasa macam dah dewasa.
Rasa macam nak pergi lepak kedai minum order air kopi o ais.

Hamzah bagitahu saya yang Isma suka dekat saya sebab saya menang lumba lari malam sIsmalam.
Dengan hati yang suci murni, saya tak kenal siapa Isma. Isma suka saya sebab saya menang lumba lari,
manakala saya suka Isma sebab dia suka saya sebab saya menang lumba lari. Habis berbelit cinta kanak-kanak saya.

“Kau balaslah..” kata Hamzah. Dia yang sIsmangat lebih.

“Aku nak tulis apa?” kata saya.

“Cakap lah kau nak berkenalan jugak dengan dia. Ok?” terang Hamzah dekat saya.

“Ok. Tapi kau tolong tuliskan boleh?” kata saya lagi.

“Apasal aku pulak?” Hamzah terpinga pinga.

“Ala, tulisan aku buruk. Tolong lah...” rayu saya dekat Hamzah.

“Macam siyut” kata Hamzah.

5 minit lepas tu...

“Dah. Aku dah tulis semua pasal kau. Nak tulis apa lagi?” kata Hamzah setelah selesai menulis surat.

“No. surat beranak?” tanya saya.

Kami berutus surat. Dan malam tu, tak sempat habis berbuka puasa,
saya dah standby dekat depan rumah orang kaya dengan mIsmakai
kasut sekolah sebagai persiapan untuk pertandingan lumba lari. Macam gampang kan?
Malam tu juga saya dapat berbual dengan kakak Isma bernama Isya.
Isya menceritakan peribadi Isma pada saya, tapi satu pun tak masuk dalam kepala saya.
Akal kanak kanak saya masih belum boleh menerima untuk memikirkan hati budi orang lain.
Isya menjadi perantara kepada kami mIsmandangkan saya akan lari jika Isma ajak berbual.

Selang seminggu perkenalan kami, Isma menghadiahkan saya sehelai baju.
Sikit rasa gembira pun tak ada dalam kepala saya. Perasaan saya terus gundah gulana.
Pening kepala saya fikir nak balas hadiah apa dekat dia. Ya lah, perbelanjaan harian saya pun 20 sen je,
celah mana saya nak dapat duit beli hadiah untuk dia. Nak hadiahkan guli, rasa macam tak cukup romantik.

Waktu kecik kecik dulu, mana ada rasa nak mintak kapel kapel ni. Jauh sekali nak ajak jalan jalan dekat taman.
Tengok wayang? Naik bas pun mak yang bayarkan tambang, ada hati nak tengok wayang. Jangan berangan lah.
Perkenalan kami hanya sampai hari raya sahaja. Dalam 2 minggu je kot. Lepas tu tak tahu apa cerita dah.
Isma ikut keluarga dia berpindah ke tempat lain, saya pulak sibuk main layang layang, tangkap ikan buntal dalam longkang,
dan macam macam lagi aktiviti kanak kanak saya. Tak ada pun rasa patah hati bila dah tak jumpa dia.
Ada juga dengar berita pasal dia melalui Isya. Itu pun kalau saya secara tak sengaja jumpa Isya waktu dia datang ziarah datuk dia.
Tak pernah sesaat pun saya berbual dengan Isma.

Kali terakhir saya dengar cerita pasal  Isma dari Hamzah.
Hamzah cakap Isma dah kahwin pada 8/8/2008. Hamzah cakap waktu tu Isma dah mengandung anak pertama dah.

Wednesday, May 25, 2011

Hahahahahah!

Sepakan Gunting!!! Aummm!


Semenjak aku pakai jentera beroda dua ni, ramai yang bertanya aku dengan hal-hal berkaitan jentera tersebut. Kalau nak diikutkan, bukan lama aku pakai jentera beroda dua ni. Ada dalam 3 bulan rasanya. Tapi, ada sedikit serba-serbi yang aku dah pakar. Itupun hasil aku tanya pada orang ramai dan carian internet. Kiranya kalau ada orang tanya aku benda berkaitan dengan jentera beroda dua aku ni, nak jawab sambil pejam pejam mata tu kira selamba. Prinsipnya mudah, ada benda yang aku tahu, aku kongsi. Dan kalau ada benda yang aku tak tahu, aku goreng.

Kalau nak diikutkan, yang bertanya ni bukannya jenis pilih masa dan tempat. Ada yang tanya waktu aku tengah parking, ada yang tanya waktu mulut aku penuh dengan roti canai.

Bila mengutarakan persoalan pasal kenderaan ni, soalan pasal maintenance mesti tak lari punya. Kos, senang jaga ke tak, pakai 2T ke 4Ta, berapa CC motor ni, berapa laju boleh pergi dan berbagai lagi. Bagi mat-mat kenderaan, jawapan kepada soalan-soalan lazim dekat atas mesti dah tersemat dalam kepala. Kiranya kalau ada 2 atau 3 orang datang bagi soalan bertubi-tubi tu, selamba je boleh jawab dalam satu nafas.

Dan, pagi tadi perkara ni terjadi lagi. Ianya terjadi sewaktu aku berhenti di lampu isyarat berdekatan dengan flat kaler warna warni waktu aku nak pergi beli kek coklat lembab. Ngam-ngam lepas aku berhenti, ada sebiji motor EX5 yang ditunggang dua orang pemuda berhenti dekat sebelah aku. Atas bawah depan belakang diorang pandang aku. Aku yang memang dah agak bersedia waktu tu, hanya tersenyum memandang mereka. Melihatkan aku tersenyum, mereka mula beranikan diri untuk bertanya.

"Bang, ni Kawasaki ke Demak?" tanya budak yang duduk belah depan.

"Yamaha la. Kan stiker Yamaha tu" jawabku ramah.

Soalan bertubi-tubi pun muncul...

"Ni pakai 2T ke bro? Enjin tahan tak? Berapa CC ni? Minyak kuat tak? Jauh mana pernah pergi?" tanya yang belakang.

"Top speed berapa bro? Tak goyang ke layan corner? Geng ramai tak kalau pakai motor ni? Spare part senang cari tak?" sambung yang depan.

Aku sengih dan mula meghela nafas panjang. Segala-gala jawapan memang aku dah susun kemas kemas dalam kepala untuk bagi diorang mudah faham dan mendapat jawapan yang tepat, padat dan ringkas.

Belum sempat aku nak bagi jawapan, lampu isyarat pun bertukar ke hijau. Budak dua orang tadi tu terus pecut motor macam orang gila. Celaka.
Dua ke tiga bulan kebelakangan ni, hidup aku banyak berada di atas motor. Vrooom sana, vrooom sini. Pantang ada corner yang aku agak boleh makan, memang aku henjut sampai hampir cecah lutut. Hidup je enjin, aku terus perah minyak sampai dah tak boleh perah. Kadang-kadang tu jiran-jiran aku sampai tergeleng-geleng kepala tengok perangai aku bawak motor macam tak cukup tanah. Dalam pada ramai yang bising harga minyak tiap-tiap bulan naik suka hati, aku macam tak ambil pusing benda tu. Lebih lebih lagi, dalam dua bulan lepas Gabenor Bank Negara ada umumkan yang ekonomi kita menguncup hingga ke 7.8 peratus. Antara yang tertinggi dalam sejarah ekonomi negara. Entah macam mana diorang kira benda-benda kuncup ni pun aku tak tahu sebenarnya. Sedangkan kuncup tu bukanlah sejenis ilmu matematik.

Bila hidup aku banyak dihabiskan di atas motor, makanya boleh dilihat stamina aku yang merudum secara tiba-tiba. Kalau dulu boleh pergi beli suratkhabar dekat kedai dengan hanya berjalan kaki, kini tidak lagi. Vrooom sikit, dah sampai kedai. Vrooom sikit, dah sampai rumah. Benda-benda buat pacak tayar depan kira dah jadi hal celah gigi bagi aku. Vrooom.

Bila stamina kurang, prestasi aku dalam permainan sukan mula merudum. Lari sikit terus termengah-mengah. Tendang bola memang dah tak padu macam dulu. Tahan bola pun dah macam setan. Segala-galanya ke laut. Itupun ada hati lagi nak mengaku Ozil. Kah kah kah.

Ok, sebenarnya aku nak cerita pasal liga futsal yang aku dengan kawan-kawan masa LI dulu aku sertai. Dulu kami LI dekat seksyen U8 Shah Alam. Syarikat I-Home Sdn Bhd boleh dikatakan antara pasukan futsal paling digeruni ketika itu. Pasukan kami ni kiranya mewakili generasi ke-8 syarikat itu. Entah di mana silapnya, kami tiba-tiba boleh kalah dalam 5 perlawanan berturut-turut. Itu belum termasuk perlawanan persahabatan dengan pasukan dari syarikat luar lagi tu. Tiba-tiba kami hilang arah dalam permainan kami. Pasukan Panasonic yang dulu dibentuk khas untuk dikitai oleh kami, kini mula mengitai kami kembali.

Dari satu post-mortem ke satu post-mortem kami buat selepas perlawan dalam mencari punca sebenar kemerosotan prestasi kami. Ada yang cakap main tak sefahaman, ada yang cakap semua main berterabur, ada yang cakap masing-masing tak ada stamina dan ada juga yang cakap rambut Zaihan macam gampang. Hal Saw Kim Beng pindah ke unit lain pun boleh masuk cerita. Dan yang paling dahsyat sekali bila Munir dah mula kaitkan benda-benda khurafat dengan kekalahan kami. Dari hal jersi baru, hinggalah ke perut Marwan yang membusung macam nak meletup. Astaghfirullah.

Dalam semua alasan di atas, aku lebih suka fokus kepada meningkatkan kembali stamina. Dengan itu, aku mula berbincang dengan Amir Otai untuk melakukan latihan intensif di gimnasium yang terletak di kawasan perumahan mewah Ah Tak. Marwan memang kami paksa sertai sekali latihan intensif ni memandangkan badan dia dah tak ada shape seorang manusia. Latihan intensif ni meliputi berlari, berbasikal, angkat benda berat berat hinggalah ke berenang bersama awek-awek arab yang berbikini. Auuum!

Aku agak, dalam dua ke tiga kali lagi buat latihan intensif ni, stamina aku akan kembali tip-top. Tak sabar rasanya nak buat sepakan gunting macam dulu-dulu. Bersambung…
 

Friday, May 20, 2011

Secebis perkongsian pengalaman


Walaupun agak keberatan untuk menulis hari ni, tapi aku gagahkan juga sebab aku dah niat nak tulis benda ni. Rokok. Fokus utama masyarakat Malaysia dalam pembentangan bajet. Berdebar debar juga rakyat tunggu apa kerajaan nak cakap pasal benda ni. Samalah dengan minyak. Sengih jugak aku depan TV bila dengar. Ala, esok lusa dia naik lah suka hati. Bulan 6 nanti, naik 30 sen. Lepas tu bulan tujuh tahun depan naik RM 3.80. Dah boleh baca dah game diorang ni. Alasan cakap kekurangan tembakau lah, Kematian Osama lah, Siti Sarah Raisudin lah. Entah apa apa lagi. Rokok tu dah lah tak baik untuk kesihatan, lepas tu dia buat mahal mahal lagi. Tak ada rasa kesian langsung.  

"Bagus ni..." kata wife aku yang terpengaruh dengan Berita Harian.

Aku pergi dapur, tendang kerusi ala kadar, tuang teh o panas, lepak dekat balkoni depan rumah aku.
Aku pandang ke tingkat bawah. Tinggi juga. Terfikir aku pasal cari duit lebih. Sekarang ni semua benda naik secara tiba-tiba. Suhu panas naik tiba-tiba. Harga melambung mengalahkan Mail Lambung.

Jadi aku nak kongsikan satu peluang kejekat korang semua, aku kongsi je.. kalau korang nak join korang boleh klik kat link yang aku bagi.. kalau tak nak aku pun tak kisah.. janji benda baik aku dah kongsi.. betul tak?

Gila. Itu je yang dapat aku ungkapkan dengan kata kata. Nak bercerita tentang asal usul kerja ni, buat 14 blog pun belum tentu habis. Buang masa je. Lagipun waktu peluang ni dicipta, korang pun tak wujud lagi. Aku pun masih muda remaja. Waktu tu aku sambung belajar dekat Seattle, Amerika sana. Zaman lepak lepak dengan Kurt Cobain dan Bill Gates lagi waktu tu. Orang cakap, zaman Grunge baru nak bertapaklah. 

Peluang ini adalah membuat duit secara online. Gila punya senang. Bukan aku nak puji apa, tapi memang betul betul senang pun. Bila dah try, waktu mula-mula buat dulu, siap ada orang guide. Petunjuk siap sekali. Boleh buat sasau tu. Kira aku hanya goyang kaki. Keje ni memang halal, tak ada bahan perangsang otot. Jalan kerja mudah. Bukan setakat senyum ke cuping, silap silap cuping telinga jiran sebelah pun korang sambung untuk senyum.

Dah lah, aku pun malas nak cerita panjang. Lagi elok kalau korang klik dulu link yang aku bagi kat bawah ni. Klik je salah satu. Sama je dua-dua tu.  Kalau korang nak menari sambil buat keje ni pun, tak ada hal. Tak ada orang kacau punya. Orait?

Ini Link dia. Klik salah satu untuk baca dulu.



Thursday, May 19, 2011

Kenapa susah untuk kuruskan badan? Ini puncanya.

Setiap orang mengalami masalah susah untuk menurunkan berat badan dan tetap memiliki tubuh badan yang gemuk. Tanpa disedari perkara yang dilakukannya setiap hari membuatkan punca utama susah untuk menjadi kurus.

Umumnya sebahagian besar orang memiliki keinginan yang tinggi untuk menurunkan berat badannya, tapi tidak membuahkan hasil. Peluang untuk mendapatkan hasil memerlukan sedikit perubahan sikap.
Beberapa kebiasaan yang kerap dilakukan seseorang tanpa disedarinya akan membuat berat badannya tidak berkurang malah tetap gemuk. Untuk itu mengetahui perkara-perkara yang membuat seseorang susah untuk menjadi kurus, maklumat ini saya dapat dari Menshealth.com, jadi saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu:

Melewatkan waktu makan
Kebiasaan untuk melewatkan waktu makan yang tidak teratur boleh membuat tubuh sukar untuk mengendalikan nafsu makan dan menjadikan tubuh mahu lebih banyak makan. Jika seseorang melewatkan waktu makan maka otak tidak memiliki tenaga dan akan mengirim maklumat untuk makan lebih banyak.

Makan dengan cepat
Jika seseorang makan dengan cepat akan membuatkan perut tidak merasa kenyang dan akan pindah ke makanan lainnya. Untuk itu cubalah menikmati dan memperlambatnya sehingga tubuh dapat menerima signal kenyang dan membuat otak mengeluarkan arahan untuk berhenti makan.

Sering mengambil makanan yang masin
Sodium yang terkandung dalam garam boleh membuatkan seseorang terus makan tanpa sedar sehingga dia telah mengambil dalam bilangan yang banyak. Mengurangkan secara perlahan pengambilan garam dalam makanan mampu membantu seseorang mengurangkan kekerapan pengambilan garam berlebihan.

Makan di depan TV
Ini berlaku kerana seseorang mengumpul kalori tetapi tidak membakarnya, dan kajian menunjukkan makan di hadapan television akan membuatkan terkumpulnya kalori lebih banyak dan menjadikanya semakin tidak aktif. Serta jangan tidur setelah mengambil makanan berat, sebaliknya tunggulah hingga beberapa jam kemudian.

Selamat mencuba.

Bagi yang sedang mencari duit lebih
Sila Klik link dibawah:

Monday, May 16, 2011

Cinta

Ramai orang cakap, "Kita takkan dapat hidup tanpa cinta"
Tapi aku cuma rasa oksigen macam penting juga.

.......

Kepentingan PEN

Bila hilang Pen, Takde pen
Takde pen, takde nota
Takde nota, tak study
Tak study, gagal
Gagal, Takde Diploma
Takde Diploma, Takde Keje
Takde keje, Takde Duit
Takde duit, Takde makanan
Takde makanan, jadi kurus
Kurus, muka jadi Hodoh
Hodoh, terus takde kekasih
Takde kekasih, Tak kawin
Tak kawin, Takde anak
Takde anak, sunyi
Sunyi, rasa tertekan
Tertekan, terus sakit
Sakit, Terus mati.

Pengajaran : Jangan hilangkan PEN!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...