Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Thursday, May 6, 2010

Kalau tak suka, Pulangkan!


Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknyaterbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!"Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya."Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar."Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka."Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun."Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutuppaip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu."Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut. "Fail saya kat depan tu mana?" "Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan." "Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tupatutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat.
Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari anak-anak dan wajah isterinya. "Laila-" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa."Saya nak ke out station minggu depan.""Lama?" Soal Laila."Dalam seminggu." "Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?""Budak-budak? ""Ikut jugalah.""Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengokmasa kat Legacy dulu tu-""Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila.. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yangdibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel duluberulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta gantirugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya.
Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapamertuanya membekalkan sebuah kitab lama."Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakarabah ambik bagi kamu!" "Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!"Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapamertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak sukamalah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tusudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tibasaja marah. Dia berpatah semula ke dapur."Awak masak apa?""Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut."Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!""Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan."Keluar!""Mama dah masak Pa!""Awak saja makan!""Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?"Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. .""Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain... Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa? Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong."Laila.." serunya"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kitatolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba."Sunyi pulak rumah ni mak,""Lama-lama kau biasalah."Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat."Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang darioutstationnya."Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.""Tak ada lah?""Ingat papa ni cop duit?"Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minumpetang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapiada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan."Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antaraperbualan kedua ibu bapanya.Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisikopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat."Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu taktumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Bajumamanya dipegang kejap. Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cubamenghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi.. Aiman di pukullagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya."Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya.Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak."Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan "Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengokanak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjatsana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali. Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri.. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukanterhadap mereka."Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimasbetul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halamanbelakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!""Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar. Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadisemakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amiruldi tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukansekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan. Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikitpengajaran pada anak-anak."Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapatgred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dariA.
"Laila-" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambilmenjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangilagi. Dating ye?""Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untukstaff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya."Ikut boleh?""Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannyaterfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akanturut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang."Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawakkami.""Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjatitu ini. ""Papa pesanlah..""Nantilah besar sikit." Dalihnya."Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikutpergi mana pun.""Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.""Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Diamengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawakeluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkanhakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidanganuntuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alaskainnya."Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujarMr. Kwai, tuan rumah.Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bilabersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuankampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullahjangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya padarakan-rakan."Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan aircuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepalakedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli denganperkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada.Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak kesekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apasebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizidapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya.Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susumasih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidakdijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila takpernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulangselepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak.Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Dihalaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal danberlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi dibilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila- Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah keretalain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkandua bulan lagi..Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak danisterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandanganharganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...