Jam tepat pukul 9 malam. Kami bergegas menuju ke pusat karaoke di The Mines. Takkan nak pergi pukul 9 pagi pulak kan?
Orang kampung pikir apa pulak nanti. Tekak saya gatal untuk melalak, begitu juga Zila dan Zuraidi. Fendi yang tak tahu nak buat apa pun ikut kami tanpa paksaan.
Kak Yanti, isteri saya dan sepupunya Nadia pun ikut sekali. Senang je kalau nak ajak kawan-kawan pergi karaoke.
Kami sampai ke tempat di tuju. Agak meriah seperti hari raya. Budak-budak yang baru nak 'naik' pun ada dekat situ.
Kami menempah sebuah bilik saiz sederhana selama sejam memandangkan bilik lain dah penuh.
Masuk ke bilik tersebut, saya terus ke skrin untuk memilih lagu. Agak berteknologi tinggi memandangkan skrin tersebut ialah skrin sentuh.
Saya memilih Lagu Ukays untuk pemanas badan. Macam gampang. Jangan harap diorang akan pilih saya untuk gantikan Amir Ukays.
Separuh nyawa saya cuba untuk bawa lagu tersebut.
Zuraidi menyanyikan lagu berentak senada. Saya merasa agak kagum kerana dia boleh menyanyikan pelbagai jenis lagu atau genre dalam rentak senada.
Mungkin dia telah melakukan latihan nafas senada dirumah sebelum datang ke pusat karaoke ini. Agak lama jugalah lagu yang dia pilih tu berputar, asyik ulang-ulang
lirik yang sama. Nak termuntah pulak saya rasa.
Giliran Nadia menyanyi, Nadia macam sedang baca novel. Tak ikut langsung irama lagu. Kalau dulu kanak-kanak akan tidur bila kita menyanyi lagu untuk mereka,
ini dah jadi terbalik. Kanak-kanak tersebut mungkin akan tak tidur 4 hari jika dengar dia menyanyi. Trauma agaknya. Suara Zila paling mantap kalau
nak dibandingkan dengan kitaorang. Dia menyanyikan lagu siapa entah tapi sedap juga lagu tu. Suara kanak kanak memang macam ni kot.
Sedang Zila menyanyi, saya memilih lagu seterusnya. Saya tersilap tekan.
“Wuyoo, lagu Mawiii...” teriak isteri saya dekat saya, rasa malu pun ada.
Saya memang tak sengaja tekan. Tapi memandangkan saya dah pilih, saya gagahkan untuk membawa lagu tersebut.
Suara perut dikeluarkan dengan baik. Sunyi sepi. Mereka menghayati lagu yang saya bawa. Hampir berdiri sama megah saya dengan Mawi malam itu
memandangkan lagu Kian yang saya dendangkan adalah versi saya sendiri. Ada juga ura-ura malam itu, budak budak dari bilik lain ingat Mawi sebenar yang datang.
Jangan main-main dengan saya bila saya serius.
Setelah masa dalam setengah jam. Saya pilih lagu versi nasihat memandangkan hari itu adalah hari Jumaat. Pergi Tak Kembali, Puji-pujian dan Intifadha jadi pilihan saya.
Fendi tak ada feel sangat nak menyanyi waktu tu. Sibuk dengan Henfon dia. Nadia ada ambik gambar saya dengan Zuraidi tengah nyanyi, tapi saya lupa nak bluetooth.
Kalau tak saya dah letak dah dalam FB.
Dah habis masa melalak, kami keluar dari bilik yang bersuhu agak tinggi tu.
Ada ke patut penghawa dingin tu dia buat 30 darjah celcius. Baik tak payah pasang penghawa dingin kan?
Baik saya menyanyi dekat tengah taman permainan depan rumah saya waktu matahari terik.
Kitaorang sempat berlegar-legar dihadapan premis tersebut.
Kelihatan seorang brader sedang melalak di dalam bilik VIP seorang diri. Masuk air agaknya.
Kami pulang ke rumah.
No comments:
Post a Comment