Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Thursday, August 18, 2011

FUTSAL (bahagian 2)

UPNM: Pasukan futsal terhebat dunia, BPA Rangers, telah kembali beraksi setelah hampir setahun menyembunyikan diri.
Pasukan yang memegang rekod sebagai pasukan paling muda memenangi Piala Juara Juara Futsal Eropah,
telah hadir di Kuala Lumpur pada sabtu lepas untuk memenuhi pelawaan kawan kepada ahli pasukan,
Shah Maldini, yang akan memjadi bapa tidak lama lagi. Perlawanan tersebut juga turut mengundang 2 pasukan belasahan dari unit-unit lain,
yang boleh dikatakan 'Hidup segan, mati tak mahu'. Kesemua ahli pasukan hebat tersebut berjaya menghadirkan diri tidak terkecuali
Daudsu yang berwajah Inggeris. Amirul Der Saar juga tiba pada gelanggang pada pagi itu.
Epie Nani, yang terkenal dengan perangai tak boleh bawa bergurau,
berjaya membisikkan sesuatu ke arah telinga saya Cool Puyol sehingga saya terpaksa hadir dengan bermuka monyok.
Mengikut laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, antara topik yang dibisikkan ialah mengenai kekurangan awek-awek digelanggang,
dan juga kisah dia dilempang bapanya ala ping pong akibat dari perangainya ketika di Manjung, Perak.
Kejadian yang berlaku 4 tahun lepas tersebut, masih menghantui Epie Nani dan berjaya memberi
pengajaran supaya lebih menepati masa. Pemain simpanan pasukan BPA Rangers tersebut, sangat takut rahsia kejadian tersebut disebarkan.

Ketua pasukan, Nestrule Zidane, yang dilaporkan sedang sibuk membuat file mesyuarat,
dengan sepantas kilat memecut laju kereta batmannya ke Ofis sehingga hampir berjaya mengatasi kelajuan bunyi.
Dianggarkan kelajuan kereta tersebut berjaya mencecah 2671 km/j.
Meter kereta tersebut juga dikatakan berpusing lebih 32 kali. Dalam 4 saat sahaja,
beliau sudah terpacak di depan Kios. Shah Maldini dan Pali Bergkamp yang dari awal sudah berada di sana,
menyambut ketua pasukan mereka dengan penuh meriah. Paluan kompang dan pompom girl juga dijemput khas untuk memeriahkan suasana.
Keadaan jalan juga dilaporkan agak sesak di kawasan Sungai Besi ketika itu berikutan tersebarnya berita mengenai kesudian pasukan hebat ini untuk kembali beraksi.

Pasukan yang digilai ramai wanita muda ini, memulakan aksi dengan mengadakan regangan badan dan juga menghisap rokok membabi buta.
Formasi yang digunakan masih lagi berbisa seperti di zaman sekolah.
Amirul Der Saar sebagai penjaga gawang merangkap sponsor jersi, Shah Maldini sebagai pertahanan tengah,
Pali Bergkamp sebagai penyerang, Daudsu menjadi pembantu penyerang,
Nestrule Zidane sebagai perancang tengah merangkap model sambilan majalah Maskulin.
Strategi yang berat ke melaukkan pasukan lawan tersebut memang menjadi bahan cakap belakang pasukan futsal lain.
Ini ditambah lagi dengan gaya permainan ala Real Madrid, di mana cara penghantaran bola penuh dengan seni.

Begitupun, akibat dari faktor umur kapten pasukan tersebut, boleh dilihat tahap kepancitan beliau
setelah 5 minit permainan bermula. Jenis yang lupa diri bernafas ikut hidung. Mulut menganga besar tayar.
Jika nak dibandingkan dengan rakan sepasukan lain, seperti Shah Maldini yang rajin bermain bola futsal setiap minggu
dan juga Nestrule Zidane dan Pali Bergkamp yang menjadikan rutin angkat besi di gym hampir setiap hari,
stamina ketua pasukan mereka sedikit memalukan. Walau bagaimanapun, wajah kacak beliau berjaya menutup
kelemahan tersebut hingga tak disedari pasukan lawan dan para penonton.
Permainan mereka juga boleh dikatakan penuh seni dengan Shah Maldini yang berjaya mengawal bahagian bawah dan
Pali Bergkamp yang pantang mendapat bola lambung dan terus merembat.
Amirul Der Saar , berjaya menjaga gawang dengan baik sehingga berjaya
memboloskan hanya 2 gol sepanjang perlawanan tersebut. Nestrule Zidane, yang bijak mengawal tengah bermain cukup
bergaya dan penuh semangat demokrasi. Boleh dilihat apabila Pali Bergkamp menghantar bola ke bahagian tengah,
Nestrule Zidane terus mengambil alih urusan dentum mendentum.


Pooommmmm!


Satu gol berjaya menggegar jaring lawan hasil daripada sepakan padu maut kapten pasukan tersebut.
Ketika itu, boleh dilihat beberapa penonton dah mula fuiyo fuiyo dan bertepuk tangan setelah melihat aksi mantap
Nestrule Zidane. Beberapa penonton perempuan pula ada yang diberitakan histeria dan terpaksa dikejarkan ke
Resat. Yang kucar kacir pergi koperasi beli buku tulis sebab nak minta tandatangan beliau juga turut kelihatan.
Semakin lama perlawanan berlangsung, semakin ramai penonton yang hadir. Turut kelihatan, upacara bakar kerusi beramai ramai.

"Kau apahal pancit? Kata tiap tiap hari main gym? " tanya Nestrule Zidane pada Daudsu.

"Ala, aku pergi gym bukan ada jogging pun, kaki aku sakit, tak boleh nak lari sangat" jawab Daudsu selamba.

"Laaa..dekat gym kan ada basikal tu, apsal kau tak guna?" tanya Nestrule Zidane lagi.

"Errr... Seat dia tinggi sangat, kaki aku tak sampai pedal" jawab Daudsu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...