Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Wednesday, August 17, 2011

Melepak dengan Amir Otai sebelum Pilihanraya (entry panjang baru gempak)

Malam itu hujan renyai-renyai. Tiada kedengaran bunyi unggas atau burung berkicauan.
Saya bersiap-siap menuju ke rumah Amir Otai di Taman Nuri.
Niat kami mahu pergi menonton bola di Nasmir.
Mata saya yang baru lepas pejam selama 3 jam menyorot ganas disebabkan kekurangan tidur.
Jam tepat pukul 11. Saya menuju ke motosikal milik bapa saya. 
Amir Otai dah berbelas kali bagi miskol dekat saya. Janji pukul 9.

"Takyah panaskan enjin lah" kata hati saya memandangkan hati Amir Otai dah cukup panas.

"Lagipun, kalau enjin sejuk pun, boleh jalan jugak kan? Maknanya, pandai-pandailah dia nak panas sendiri kejap lagi" sambung saya menyedapkan hati.

Saya keluar dari kawasan perumahan saya. Hujan masih turun membasahi bumi.
Banyak bendera parti-parti politik tergantung di kiri kanan jalan. Pilihanraya ada lagi seminggu.
Lambang dacing, keris, bulan, roket, kerbau, kunci, ketuhar gelombang mikro menjadi penanda.
Saya menyanyi sendiri memandangkan masa tu orang belum terfikir nak letak radio dekat motor. Sekarang pun belum lagi.
Terdapat 2-3 biji kereta yang meluncur laju menghala ke Jalan Langgar.
Skyline, Evo 7 dan Wira convert dari 1.3 ke 1.5 auto saling cucuk mencucuk.
Entah apa ada dekat Alor Setar sampai diorang nak laju-laju. Giant dengan Tesco kan dah tutup.

Saya sampai depan rumah Amir Otai. Amir Otai berlari-lari anak sambil tangan tutup kepala.
Mulut dia saya nampak sedang menyumpah-nyumpah.
Tepat jangkaan saya, dia memang menyumpah dekat saya.
Urat dekat leher dia tegang semacam, kalau potong tu kompem mati.
Kalau tak tegang pun mati jugak kalau kena potong.
Saya buat tak port dan terus masuk ke kereta Amir Otai. Saya yang bawa. Malam tu ada game Arsenal.
Saya sangat pasti Arsenal akan kalah.

Kami sampai di Nasmir dan perlawanan pun dah nak tamat.
Memang betul jangkaan saya, Arsenal tengah kena tinggal 2-1.
Kami pilih meja tengah-tengah. Brader meja sebelah yang saya syak penyokong Arsenal,
memaki hamun pemain-pemain Arsenal. Tapi saya tengok, player Arsenal dekat skrin tu, buat tak tau je.
Tak ada disiplin langsung. Patut lah kalah malam tu.
Kami memesan air minuman dan makanan. Amir Otai siap mintak nasi goreng tak nak sayur.
Untuk pengetahuan semua, Amir Otai ni ahli kongsi gelap.
Tapi gangster macam mana pun dia, dia tetap makan nasi bila lapar.
Siap tak ada sayur. Tak ada pun dia nak order telinga kiri ke, serpihan kaca ke,
cat merah ke, peluru 3 rasa ke takpun buat tatoo waktu tengah makan. Pelik kan?

Dah puas makan dan minum, kami bersiar-siar sekitar pekan dan Simpang Empat.
Jalan masih basah. Tiba di selekoh di depan Pekan Rabu,
saya membelok secara kasar untuk menuju ke Mergong. Untuk nampak lagi hebat,
saya tarik sekali hand break macam budak-budak drift selalu buat.
Memang kena tune tayar botak dengan jalan basah. Kereta hilang kawalan, sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.
Hampir-hampir berpusing. Amir Otai diam seribu bahasa, saya pulak ketap bibir sambil tangan kelam kabut stabilkan kereta.
Nasib kami baik malam tu memandangkan saya mempunyai pengalaman dalam bidang drift selama 2 minggu. (baru belajar bawa kereta sebenarnya)
Nasib baik? Muka pun dah biru, nasib baik lagi? Saya pandang Amir Otai, Amir Otai pandang saya.
Saya kenyit mata, Amir Otai flying kiss dekat saya. Macam setan!

Kami berdua ketawa terbahak-bahak untuk menyedapkan hati.
Agak nya Amir Otai dah separuh Surah Yasin baca dalam hati tadi, saya pula berserabut nak ingat Hadis-hadis Soheh waktu sekolah dulu.
Kami meneruskan perjalanan, dan kali ini misi kami lebih kepada mencuri bendera parti politik yang tergantung di sekitar Jalan Langgar.
Ada satu port menarik nak jalankan aktiviti tu, berdekatan dengan Petronas. Tengah kelam kabut Amir Otai tarik bendera tu, tiba-tiba sergah satu suara.

"Woiii..." sergah suara tu.

Amir Otai berterabur lari ke arah kereta. Otak jahat saya lebih kepada meninggalkan Amir Otai.
Tapi atas semangat setiakawan, saya tetap menunggu Amir Otai.
Saya try usha ikut cermin sisi kereta, ada 2-3 orang brader yang sedang pandang kitorang.
Jarak tak begitu jauh, ada dalam selang 1 tiang lampu jalan.
Yang Amir Otai pun satu, brader=brader tu baru je pasang bendera tu, dia dah nak rembat.
Rembat secara gerila lak tu. Saya memecut laju menuju ke rumah Amir Otai.

Keesokan harinya, tepi rumah saya penuh dengan bendera parti-parti bertanding.
Dari kerajaan ada, dari pembangkang pun ada. Dah macam Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Ni tempat buang undi ke?" kata jiran saya sinis. Umur muda dari aku tapi bermuka pak cik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...