Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Tuesday, November 22, 2011

Bola Sepak

Dah lama saya tak update pasal bola. Bukan dah tak minat dekat bola, cuma saya nak bagi peluang dekat pasukan kesayangan saya iaitu Skuad Harimau buat yang terbaik. Tak nak saya kacau diorang punya perancangan. Lagi satu sebab saya tak nak bersuara, sebab kalau saya bersuara, kaki dengan tangan saya mesti naik punya. Itu hari saya baru acah nak lempang Apek, air mata dia dah bergenang. Lepas tu merajuk duduk tepi padang main rumput. Hati kaca betul. Siapa suruh pergi lepak dengan makwe-makwe dekat disko!

Malam tadi waktu tengah guling guling dekat tempat tidur saya, saya ada dapat mesej dari Apek. Kelam kabut dia hantar sms dekat saya. Entah kenapa saya pun tak tau. Tapi pagi tadi waktu saya datang opis, saya ada usha dekat Youtube. Patutlah. Menang penalti sebab dia ada save bola. Sabtu minggu lepas dia sibuk cari saya dekat rumah. Sibuk ajak bincang pasal nak pergi bercuti dekat Bali sana. Konon konon nak ambik hati saya balik.

Dulu waktu B. Sathianathan masih jadi coach Skuad Harimau Malaya, dia ada cakap dekat saya dia nak beli Misha Omar dengan Siti Sarah Raisudin. Misha Omar dia nak letak bahagian penyerang, Siti Sarah jadi defender. Tu yang saya terus gulingkan dia. Habis jahanam skuad negara kita.
Inilah budak yang selamatkan bola tu
 PS : Malaysia kini diiktiraf 'Raja Bola ASEAN' cool x?

test

Ini Amir Bin Ali. Member kat tempat kerja saya. Dia pandai main seruling.
Itu hari saya buat ujian IQ. Dapat result 96. Pagi tadi test dekat online punya. Soalan sikit punya banyak. Dapat result 126. dan keputusan yang diberi menerangkan bahawa saya mempunyai pemikiran yang CENTER. Bukan otak kanan atau kiri. Daya pemikiran yang Fleksible. Daya tumpuan saya lebih kepada Audio berbanding Visual. Cool tak?

Thursday, November 17, 2011

Kenduri Kahwin

"Wanaz As kat mane? Cpt la.." mesej saya.

"Org dkt bank, tggu jap" balas wife saya.

"Lmbat tggal.." balas saya.

"Kad bank ni nak balik ke tak?" balas wife saya. Terkedu saya kejap.

Itu hari saya ada projek dengan Wanaz as. 'Projek Kenduri Kahwin' sepupu Wanaz dekat Seputeh.
Last saya pergi rumah diorang saya ni entah bila. Waktu kat kolej rasanya. Itu pun sebab hari raya.
Gila apa saya nak tinggal sorang sorang dekat rumah waktu raya. Siapa nak bagi duit raya, betul tak?
Takkan kawan kawan datang raya rumah saya, diorang nak bagi duit raya dekat saya.

Saya memulakan perjalanan pagi tu dengan bacaan Bismillah dan doa naik kenderaan.
Malas saya merapu baca ayat pengasih yang saya forward dari henfon Mat John dulu dulu.
Tak pernah menjadi pun. Syirik je lebih. Kami sekeluarga pergi dengan 2 biji kereta.
Bakal Adik ipar saya yang jadi guide waktu tu sebab saya tak tau sangat jalan nak pergi Seputeh ni.
Bakal Adik ipar saya pulak nekad ikut jalan lama nak pergi sana pagi tu.
Yang saya ingat, dulu kalau saya nak pergi jalan-jalan, saya kena standby 2-3 plastik
untuk isi bahan kumuh dalam badan saya.

Di awal perjalanan memang lancar. Tak ada masalah pun. Sampai dekat jalan selekoh banyak,
saya terus perlahankan kenderaan. Jalan dia bengkang bengkok dan berlubang tepi tepi jalan.
Rasa macam jalan Perang Vietnam dulu. Kalau hero Initial-D test drive dekat situ pun saya rasa dia mencarut
carut dalam bahasa Jepun. Dulu kalau lalu situ, beruk beruk mesti banyak dekat tepi jalan.
Itu hari pun sama. Entah beruk beruk tu ingat lagi ke tak saya. Saya pun tak ingat sangat sebab
beruk beruk tu muka semua hampir sama. Buat hal kalau ada beruk muka macam kawan saya, Amir Otai.
Dalam perjalanan, tiba tiba saya terkesima dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan.
Hampir semua bagi hi-beam dekat saya. Saya ingat ada road block, huru hara jugak saya
suruh Wanaz As pakai tali pinggang keselamatan. Rupa rupanya ada kemalangan maut di hadapan.
Ada seorang penunggang motosikal dah terbaring dekat atas jalan raya. Kepala dia dah tak ada rupa kepala,
perut pun dah tak ada rupa perut. Itulah kesan motosikal berlanggar dengan lori kayu panjang.
Niat saya nak berhenti ambik gambar, tapi saya batalkan memandangkan mak mentua dan Wanaz As dah mula meracau racau suruh saya jalan terus.

Lepas dah lalu jalan superb gampang, kini tiba jalan superb lurus menonjolkan diri. Jalan ni terus je entah ke mana.
Nasib baik bakal adik ipar saya pandai nak belok ke kiri. Kalau tak saya rasa, saya dah sampai ke Moscow sana.
Leceh betul kalau nak patah balik. Kami tiba di rumah mak cik Wanaz As dalam pukul 12 macam tu.
Ada dalam 2 jam perjalanan kami. Dah sampai tu, macam biasa, sesi salam salam pak cik dengan mak cik berlangsung.
Gila ke nak buat kering datang datang terus serbu dekat tempat makan?
Mahu kena hempuk saya dengan dulang hantaran pengantin dekat situ.
Dah berbual ala kadar, saya terus pergi ke meja makan dengan wife saya.
Lauk lauk agak menarik memandangkan saya tak makan lagi sarapan pagi tu. Siap ada hidangan sampingan.

Lepas dah habis makan, sesi tido dalam kereta pun bermula.
Saya tengok, dah ramai yang membantu dekat majlis tu. Jadi saya dengan berat hati,
menganggap diri saya sebagai tetamu istimewa. Tengah saya usha tu, saya
ternampak kelibat seorang brader yang dulu waktu dekat kolej dulu saya jadikan dia bapak angkat,
Harun Bulat. Untuk pengetahuan, dulu dekat kolej dulu Harun Bulat ni tak sama langsung umur
dia dengan umur budak sebaya saya. Dia sorang je yang umur hampir ke 30, yang lain lain purata semua belasan tahun lagi.
Jadi saya selalu panggil dia 'Bapak'. Saya menghala ke meja makan dia.


Amacam?

"Harun.." tegur saya.

"Ekshr, adhkelalls.." jawab Harun Bulat.

Kucar kacir Harun Bulat nampak saya. Entah apa yang dia sebut.
Tak boleh langsung bercakap lepas dah habis mengunyah. Bersembur sembur nasi kena dekat muka saya.
Lahap gila babun. Saya menyuruh Harun Bulat makan dulu dan terus beredar dari sana.
Saya lepak dekat tempat sambut tetamu dengan Cool Danish dan Wanaz As.
Berduyun duyun orang kampung tu datang bila nampak muka saya dekat tempat sambut tetamu.

"Woi, kau buat apa dekat sini?" tanya Harun Bulat yang datang tiba tiba dari belakang saya.
Nasi masih melekat lekat lagi dekat tepi mulut dia.

"Aku yang patut tanya kau dulu. Ni rumah sepupu bini aku." jawab saya.

"Owh. kau kenal tak pengantin perempuan ni? Ain tu adik angkat aku" kata Harun Bulat.

"Ain tu sepupu bini aku" jawab saya.

"Owh, kira kita ni sepupu jugak lah ye?" kata Harun Bulat dengan muka serius.

"Tak nak aku.." kata saya dalam hati.

Tiba tiba, speaker dekat majlis perkahwinan mendendangkan paluan kompang orang kahwin
menandakan pengantin lelaki dah datang. Terkejut sekejap saya. Susah sangat ke nak main kompang secara live?
Saya malas nak serabut kan kepala otak saya fikir benda remeh remeh macam tu. Sesi silat silat bermula.

"Kau datang sini dengan siapa, Bob?" tanya saya.

"Aku datang dengan Mak, bapa dengan adik aku" jawab Harun Bulat.

"Mana adik kau?" tanya saya sambil tersengih sengih.

"Tu, jadi pengapit pengantin perempuan tu" jawab Harun Bulat.

"Eh, macam sesuai je kalau kau jadi abang ipar aku" kata saya. Hati berbunga bunga.

Bob buat buat pandang tempat lain. Celaka. Waktu sesi silat silat, Harun Bulat ada suruh saya pergi silat jugak.
Saya menolak dengan baik memandangkan saya hanya tahu Paranawei je.
Satu hal juga kalau saya shuffle dekat situ. Dah habis sesi silat silat, saya mengajak Harun Bulat sap kok lu.
Walaupun saya bukan perokok, tapi Harun Bulat memang senang ajak berbincang bila sebut pasal rokok.
Harun Bulat mengangguk tanda setuju tapi ajak saya ke tempat lain.
Baru saya teringat, Harun Bulat tak pernah dapat lesen hisap rokok dari mak bapak dia.
Kami menuju ke arah kereta saya yang terletak jauh dari majlis perkahwinan tersebut.
Harun Bulat cakap orang taman situ semua kenal dengan bapak dia.
Jadi dia terpaksa buat program hisap rokok ala budak budak tingkatan 3.
Baru Harun Bulat nak mula hisap rokok, ada satu suara tegur dari belakang kami.

"Eh, kau ni anak Haji Latif kan?" sapa seorang mak cik.

Harun Bulat kucar kacir sekali lagi. Harun Bulat tersipu sipu sambil angguk kepala dan sorok rokok tepi kaki.

"Dah besar badan kau sekarang kan?" sambung mak cik tu lagi.

Kali ni giliran saya pulak yang kucar kacir. Entah bila Harun Bulat memiliki badan yang kecil macam saya.
Mungkin mak cik tu terpengaruh dengan TV sekarang yang banyak sangat animasi 3D.
Kalau fikir logik, siapa nak buat animasi 3D untuk Harun Bulat ni?
Dah puas hisap rokok dan berborak, kami kembali ke majlis perkahwinan. Harun Bulat sibuk melepak dengan mak dia.
Saya pula rajin main dengan anak saya.
Tiba tiba, henpon saya berbunyi merdu menandakan ada satu mesej masuk.

"Jom la blah." ajak Wanaz As.

Wife saya memang dah plan nak blah awal. Jadi saya terpaksa ikut memandangkan Wife saya
datang dengan menaiki kereta saya. Saya dan Wanaz As saya mula mencari cari
pakcik pakcik dan makcik makcik untuk meminta izin untuk blah. Ketika sesi bersalaman untuk pulang,
pakcik dan makcik sibuk bertanya kenapa kami dah nak balik memandangkan kami blah awal.

"Wan ni ha, dia cakap dia ada hal. Hal apa entah" jawab Wife saya slumber.



P/S : bak kata pepatah, 'Nora sama Fasha bergaduh, Jejai tetap sedap di tengah-tengah'.

Monday, November 14, 2011

Stailo

Cool - bukan nama sebenar
Dekat dalam Fesbuk , saya letak gambar ni sebagai satu lambang kehenseman saya. Gambar ni diambil oleh Epie Lusk sewaktu kami pergi mengambil gambar mayat di Fakulti Perubatan. Dengan tengah seluk poket seluar, dan tangan kanan memegang henfon, mempunyai tag nama, bersweater kot ala Horatio, ditambah pula dengan barisan motosikal dekat belakang dan memakai minyak rambut yang di beli oleh Wanaz As, gambar ni boleh dikategorikan sebagai gambar paling stylo abad ni. Ada yang cakap classy.

Tapi, Epie cakap gambar ni stylo sebab dia yang ambik gambar tu. Bagi saya tak. Cuba kalau Peja Mohd Ali atau Encik Aziz Cafe Fitrah yang berada dalam gambar, memang tak stylo. Dari dulu lagi, orang ramai cakap yang muka saya fotogenik. Korang pun dalam hati mesti tengah puji saya kan?

Wednesday, November 9, 2011

Mudah

Cuti raya puasa hari tu aku lepak dengan member sekampung aku. Bertanya khabar masing-masing.
Ada yang bercerita tentang perancangan masa depan. Begitu juga dengan aku. Aku menceritakan
tentang projek Garuda aku kepada member-member aku.

"Aku dah promote dah kat blog aku dengan blog Loving Couple Shop aku, sambil
sambil tu aku cari ejen dropship. Semua Iklan dah aku promote" aku menghuraikan
perancangan aku panjang lebar. Black terkebil-kebil memandang aku.

"Habis tu apa masalah kau?" Munir mula bersuara

"Aku takde apa-apa masalah, cuma aku penat mengejar pelanggan. Kena jumpa, terangkan deal
pastu jumlah pembayaran lagi. Nak iklan kena pakai modal besar. Penatlah" aku bersandar pada kerusi sambil menghirup air milo ais.

"Apa susah, Mudah kan ada." kata Mat Jon sambil menghirup air neskafe o ais yang diletak di atas meja.

Tercengang-cengang member sekeliling mendengar perkara yang dibebelkan oleh Mat Jon.
Ada yang macam tak percaya, ada juga yang tak tahu apa benda Mudah tu tapi malu nak bertanya.
Rata-ratanya terkejut dengan informasi yang diberikan oleh Mat Jon. Mat Jon adalah seorang lelaki kebanyakan macam orang lain juga.
Mat Jon bekerja sebagai pemandu van di sebuah kilang berhampiran kawasan perkampungan aku.
Bukan minat Mat Jon untuk memandu van ni. Minat Mat Jon lebih kepada menjadi anak seni. Menjadi penyanyi.
Minat yang menjadi kegilaan ramai orang muda zaman sekarang ni. Kalau dulu kerja sampingan Mat Jon menyamun harta orang kampung,
kini Mat Jon seorang yang berpengetahuan pasal Internet.

"Kita bukan kena bayar apa pun dekat website tu. Upload je gambar barang dalam tu, lepas tu letak harga dengan kontek sekali. Setel!"
sambung Mat Jon lagi. Kembang-kembang hidung Mat Jon bila melihat member sekeling terkebil-kebil.

"Satu sen pun tak payah bayar? Habis tu, orang buat website tu nak makan apa?" tanya Black.

"Sekarang ni, diorang buat website tu untuk orang macam kita ni boleh buat direct deal dengan orang yang nak beli.
Harga semua kau boleh cerita direct. Orang yang buat website tu makan apa, kau tak payahlah sibuk.
Pandai-pandailah diorang cari makan sendiri." jawab Mat Jon panjang lebar.

"Katakanlah ada budak Serdang nak beli barang yang kita nak jual tu, dia boleh terus call je. Kalau kita letak email,
dia boleh email terus. Lagi elok kalau kita letak nombor henfon terus, lagi senang, boleh borak terus dengan orang tu."
sambung Mat Jon lagi.

2-3 orang waktu tu dah mengangguk tanda faham apa yang disampaikan oleh Mat Jon.

"Habis tu, katakanlah budak tu nak beli, macam mana?" tanya Black lagi.

"Haa, yang tu kita cakaplah dekat dia, nak pos ke atau dia datang ambik.
Kalau pos, kita kenalah suruh dia bank in duit dulu, baru kita pos." jawab Mat Jon sambil menyalakan sebatang rokok.

"Tapi lagi elok kalau kita suruh budak tu datang tengok barang dulu, tengok dia puas hati ke tak.
Kita set lah tempat mana-mana nak jumpa. Bila dia datang nak tengok barang.." penjelasan Mat Jon terhenti seketika.
Sedutan rokok ditarik dalam-dalam.

Member-member lain semua menanti penuh minat dengan penjelasan Mat Jon.

"Bila dia datang, kita samunlah dia. Kah kah kah!" sambung Mat Jon sambil ketawa berderai.

P/S : Kalau dah penyamun tetap penyamun juga.

Tuesday, November 8, 2011

Keropok Roda-roda KL

Ada satu malam tu setelah pulang dari kerja dan memegang status tak mandi,
saya telah meluangkan masa di depan TV menonton satu drama bersiri yang berjudul Roda Roda Kuala Lumpur.
Drama bersiri yang mengisahkan mengenai kehidupan polis trafik di bandaraya Kolumpo ini kalau tak silap saya
dah berjaya mencuit hati saya untuk menonton dalam 2-3 kali.
Pasal drama ini juga saya telas miss segmen sukan di Buletin Utama. Celaka.
Saya syak saya dah kena mandrem dengan pengarah drama tersebut.

Siri malam tu mengisahkan mengenai seorang lelaki yang bernama Jefri Osman,
seorang pengguna jalan raya, telah jatuh cinta dengan seorang anggota polis trafik wanita,
Lans Koperal Aiza. Kisah bermula apabila kereta si Jefri rosak di tengah jalan.
Lans Koperal Aiza bersama dengan teman sekerja, Lans Koperal Hani telah berhenti untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda semua, mereka bukan membantu untuk melancarkan trafik,
tapi membantu dengan menolak kereta Jefri tersebut ke tepi jalan. Jadi di situlah bermula nya angau
Jefri kepada Lans Koperal Aiza yang memang cun. Siap ayat dapat nombor telefon lagi.
Yang gampang nya, berdasarkan pengalaman saya dengan Amir eksiden di Jalan Kuching tempoh hari,
polis trafik yang berhenti untuk tengok kereta Amir, hanya suruh kitorang beredar secepat mungkin.
Tak ada pun nak tolong kami tolak kereta. Entah macam mana nak beredar kalau kereta tak boleh start.
Bengap gila. Nombor telefon lagi lah, jangan harap saya nak mintak memandangkan polis trafik tu sama jantina dengan saya.

Berbalik ke cerita asal, keesokan harinya, Jefri menghubungi Aiza dengan niat nak belanja makan malam.
Pada awalnya, Aiza menolak dengan baik. Tapi biasa lah kan kalau dah cerita, Jefri yang sudah berkahwin
berjaya mengajak Aiza menemaninya makan malam. Dulu waktu saya pergi balai polis trafik untuk buat report eksiden,
tak ada pun sarjan yang handle kes Amir tu nak belanja saya minum. Siap Amir kena bagi rasuah dalam RM 100 lagi.
Duit kopi katanya. Entah kedai makan mana charge air kopi sampai RM 100. Selera besar juga polis trafik ni. Tapi Amir ni beriman.
Dia kata maaf tuan, saya datang nak bayar saman bukan nak minta batalkan saman.

Malam itu, Aiza telah berjumpa Jefri di sebuah kedai makan di Bangsar. Mereka berbual mesra.
Banyak juga topik yang mereka bincangkan. Malam tu Aiza hanya pakai jeans dan blouse sahaja.
Memang cun. Nasib baik Aiza tak pakai baju polis trafik. Kalau tak, saya rasa dah bersembur smbur
dah nasi yang Jefri makan. Kalau saya jadi Jefri, saya dah mintak dah tolong kaotim saman saya yang ada 3,
semua pasal langgar had laju.

“Aiza, saya ada benda nak mintak tolong lah” kata Jefri bernada macho.

“Apa dia, Encik Jefri?” kata Aiza sambil senyum malu malu babi.

“Lepas ni tak payah lah panggil saya encik Jefri, panggil je abang Jefri” kata Jefri lagi.

“Baik lah, abang Jefri” kata Aiza, masih lagi malu malu babi.




Pommmmm!!!!!




Saya karate televisyen dekat rumah saya. Terus terbarai. Bodoh punya cerita.

“Eh, TV ni apahal? Macam mana orang nak tengok Bersamamu?” tanya Wanaz As setelah habis sembahyang Isya'.

“Sayang dengar radio je lah” kata saya yang hilang mood nak mandi.

“Celah mana radio dekat rumah ni?” bentak Wanaz As.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...