Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Wednesday, November 9, 2011

Mudah

Cuti raya puasa hari tu aku lepak dengan member sekampung aku. Bertanya khabar masing-masing.
Ada yang bercerita tentang perancangan masa depan. Begitu juga dengan aku. Aku menceritakan
tentang projek Garuda aku kepada member-member aku.

"Aku dah promote dah kat blog aku dengan blog Loving Couple Shop aku, sambil
sambil tu aku cari ejen dropship. Semua Iklan dah aku promote" aku menghuraikan
perancangan aku panjang lebar. Black terkebil-kebil memandang aku.

"Habis tu apa masalah kau?" Munir mula bersuara

"Aku takde apa-apa masalah, cuma aku penat mengejar pelanggan. Kena jumpa, terangkan deal
pastu jumlah pembayaran lagi. Nak iklan kena pakai modal besar. Penatlah" aku bersandar pada kerusi sambil menghirup air milo ais.

"Apa susah, Mudah kan ada." kata Mat Jon sambil menghirup air neskafe o ais yang diletak di atas meja.

Tercengang-cengang member sekeliling mendengar perkara yang dibebelkan oleh Mat Jon.
Ada yang macam tak percaya, ada juga yang tak tahu apa benda Mudah tu tapi malu nak bertanya.
Rata-ratanya terkejut dengan informasi yang diberikan oleh Mat Jon. Mat Jon adalah seorang lelaki kebanyakan macam orang lain juga.
Mat Jon bekerja sebagai pemandu van di sebuah kilang berhampiran kawasan perkampungan aku.
Bukan minat Mat Jon untuk memandu van ni. Minat Mat Jon lebih kepada menjadi anak seni. Menjadi penyanyi.
Minat yang menjadi kegilaan ramai orang muda zaman sekarang ni. Kalau dulu kerja sampingan Mat Jon menyamun harta orang kampung,
kini Mat Jon seorang yang berpengetahuan pasal Internet.

"Kita bukan kena bayar apa pun dekat website tu. Upload je gambar barang dalam tu, lepas tu letak harga dengan kontek sekali. Setel!"
sambung Mat Jon lagi. Kembang-kembang hidung Mat Jon bila melihat member sekeling terkebil-kebil.

"Satu sen pun tak payah bayar? Habis tu, orang buat website tu nak makan apa?" tanya Black.

"Sekarang ni, diorang buat website tu untuk orang macam kita ni boleh buat direct deal dengan orang yang nak beli.
Harga semua kau boleh cerita direct. Orang yang buat website tu makan apa, kau tak payahlah sibuk.
Pandai-pandailah diorang cari makan sendiri." jawab Mat Jon panjang lebar.

"Katakanlah ada budak Serdang nak beli barang yang kita nak jual tu, dia boleh terus call je. Kalau kita letak email,
dia boleh email terus. Lagi elok kalau kita letak nombor henfon terus, lagi senang, boleh borak terus dengan orang tu."
sambung Mat Jon lagi.

2-3 orang waktu tu dah mengangguk tanda faham apa yang disampaikan oleh Mat Jon.

"Habis tu, katakanlah budak tu nak beli, macam mana?" tanya Black lagi.

"Haa, yang tu kita cakaplah dekat dia, nak pos ke atau dia datang ambik.
Kalau pos, kita kenalah suruh dia bank in duit dulu, baru kita pos." jawab Mat Jon sambil menyalakan sebatang rokok.

"Tapi lagi elok kalau kita suruh budak tu datang tengok barang dulu, tengok dia puas hati ke tak.
Kita set lah tempat mana-mana nak jumpa. Bila dia datang nak tengok barang.." penjelasan Mat Jon terhenti seketika.
Sedutan rokok ditarik dalam-dalam.

Member-member lain semua menanti penuh minat dengan penjelasan Mat Jon.

"Bila dia datang, kita samunlah dia. Kah kah kah!" sambung Mat Jon sambil ketawa berderai.

P/S : Kalau dah penyamun tetap penyamun juga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...