Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Tuesday, November 8, 2011

Keropok Roda-roda KL

Ada satu malam tu setelah pulang dari kerja dan memegang status tak mandi,
saya telah meluangkan masa di depan TV menonton satu drama bersiri yang berjudul Roda Roda Kuala Lumpur.
Drama bersiri yang mengisahkan mengenai kehidupan polis trafik di bandaraya Kolumpo ini kalau tak silap saya
dah berjaya mencuit hati saya untuk menonton dalam 2-3 kali.
Pasal drama ini juga saya telas miss segmen sukan di Buletin Utama. Celaka.
Saya syak saya dah kena mandrem dengan pengarah drama tersebut.

Siri malam tu mengisahkan mengenai seorang lelaki yang bernama Jefri Osman,
seorang pengguna jalan raya, telah jatuh cinta dengan seorang anggota polis trafik wanita,
Lans Koperal Aiza. Kisah bermula apabila kereta si Jefri rosak di tengah jalan.
Lans Koperal Aiza bersama dengan teman sekerja, Lans Koperal Hani telah berhenti untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda semua, mereka bukan membantu untuk melancarkan trafik,
tapi membantu dengan menolak kereta Jefri tersebut ke tepi jalan. Jadi di situlah bermula nya angau
Jefri kepada Lans Koperal Aiza yang memang cun. Siap ayat dapat nombor telefon lagi.
Yang gampang nya, berdasarkan pengalaman saya dengan Amir eksiden di Jalan Kuching tempoh hari,
polis trafik yang berhenti untuk tengok kereta Amir, hanya suruh kitorang beredar secepat mungkin.
Tak ada pun nak tolong kami tolak kereta. Entah macam mana nak beredar kalau kereta tak boleh start.
Bengap gila. Nombor telefon lagi lah, jangan harap saya nak mintak memandangkan polis trafik tu sama jantina dengan saya.

Berbalik ke cerita asal, keesokan harinya, Jefri menghubungi Aiza dengan niat nak belanja makan malam.
Pada awalnya, Aiza menolak dengan baik. Tapi biasa lah kan kalau dah cerita, Jefri yang sudah berkahwin
berjaya mengajak Aiza menemaninya makan malam. Dulu waktu saya pergi balai polis trafik untuk buat report eksiden,
tak ada pun sarjan yang handle kes Amir tu nak belanja saya minum. Siap Amir kena bagi rasuah dalam RM 100 lagi.
Duit kopi katanya. Entah kedai makan mana charge air kopi sampai RM 100. Selera besar juga polis trafik ni. Tapi Amir ni beriman.
Dia kata maaf tuan, saya datang nak bayar saman bukan nak minta batalkan saman.

Malam itu, Aiza telah berjumpa Jefri di sebuah kedai makan di Bangsar. Mereka berbual mesra.
Banyak juga topik yang mereka bincangkan. Malam tu Aiza hanya pakai jeans dan blouse sahaja.
Memang cun. Nasib baik Aiza tak pakai baju polis trafik. Kalau tak, saya rasa dah bersembur smbur
dah nasi yang Jefri makan. Kalau saya jadi Jefri, saya dah mintak dah tolong kaotim saman saya yang ada 3,
semua pasal langgar had laju.

“Aiza, saya ada benda nak mintak tolong lah” kata Jefri bernada macho.

“Apa dia, Encik Jefri?” kata Aiza sambil senyum malu malu babi.

“Lepas ni tak payah lah panggil saya encik Jefri, panggil je abang Jefri” kata Jefri lagi.

“Baik lah, abang Jefri” kata Aiza, masih lagi malu malu babi.




Pommmmm!!!!!




Saya karate televisyen dekat rumah saya. Terus terbarai. Bodoh punya cerita.

“Eh, TV ni apahal? Macam mana orang nak tengok Bersamamu?” tanya Wanaz As setelah habis sembahyang Isya'.

“Sayang dengar radio je lah” kata saya yang hilang mood nak mandi.

“Celah mana radio dekat rumah ni?” bentak Wanaz As.

2 comments:

  1. Volvo S90 Turbocharger
    I enjoyed your post. It’s a lot like college – we should absorb everything we can but ultimately you need to take what you’ve learned and apply it.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...