Pages

Klik sini untuk sapot kawan-kawan

Friday, July 1, 2011

Kisah Umur 7 taun

Ketika  berumur  7 tahun, keluarga saya menetap di Kem Polis PPH di Kulim Kedah.
Kawan-kawan disitu kebanyakan sebaya saya. hidup kitaorang hanya dalam kem itu sahaja.
Hampir setiap petang terdiri daripada Hamzah, Abang Oi, Din dan Lan adalah Korum yang perlu ada untuk
kitaorang memulakan aktiviti bermain kitaorang. Dari permainan gelongsor, jongkang-jongkit hinggalah ke permainan lumba basikal.
Ada satu hari saya merasakan kelainan pada kawan kawan saya. Setibanya saya ditempat permainan
saya lihat kawan kawan saya sedang mengayat 3 orang budak perempuan. Langsung tak dihiraukan kehadiran saya ketika itu.
Waktu tu, kepala otak saya terus teringat sejadah di surau.
Rasa macam nak pergi lepak dengan pak cik imam surau pulak.
Waktu tu juga saya rasa, kebajikan kanak kanak saya terabai.
Tapi saya tak hiraukan. Nak lapor dekat PBB, macam jauh dan membazir masa.
Jadi saya mengambil jalan mudah, lepak seorang diri bermain pasir ketika kawan kawan saya sibuk mengayat.
Bukan saya tak suka, cuma jiwa kanak kanak saya tak berat ke arah cinta.
Kasut sekolah pun Emak saya basuhkan, takkan saya nak melangkah ke alam cinta. Tak logik langsung.

Dah habis mereka mengayat, baru mereka datang ke arah saya.
Waktu tu mereka sibuk bercerita pasal 3 orang budak perempuan tersebut.
Yang kakak nama, Isya. Bawah dia nama Isma, dan yang kecik sekali nama Yana.
Isma sebaya dengan saya. Itu yang mereka ceritakan dekat saya.
Dah habis dengar diorang cerita pasal budak perempuan tersebut,
saya terus mengajak mereka merewang sekitar kawasan perumahan kami.
Tapi mereka bantah sekeras kerasnya. Kawan kawan saya cakap, diorang tak nak ke mana mana petang tu.
Mereka memberi cadangan untuk bermain lumba lari sahaja di situ.
Celaka. Masing masing cuba untuk tunjuk kuat depan perempuan.

Nak tak nak, saya terpaksa join diorang main lumba lari.
Sebagai rekod, kalau ada pertandingan lumba lari dengan kawan kawan, lazimnya saya yang menang.
Dan petang itu saya menang lagi. Bukan niat saya nak tunjuk jaguh depan 3 orang cucu anak orang kaya tersebut.
Malam itu aktiviti kami hanya penuh dengan lumba lari dan bergelak ketawa depan rumah orang kaya.
Mercun 'A bomb'saya simpan untuk kegunaan esok hari.

Keesokan harinya, Hamzah datang ke rumah saya.
Dia membuat satu perkhabaran yang amat menggoncang hati suci murni kanak kanak saya.
Hamzah memberi sepucuk surat kiriman dari Isma. Dalam tu, Isma ada tulis yang dia nak berkenalan dengan saya.
Dalam tu juga Isma sertakan perihal mengenai dia seperti nama, tarikh lahir dan makanan kegIsmaran dia.
Berkobar kobar saya baca surat tu. Waktu tu saya rasa macam dah dewasa.
Rasa macam nak pergi lepak kedai minum order air kopi o ais.

Hamzah bagitahu saya yang Isma suka dekat saya sebab saya menang lumba lari malam sIsmalam.
Dengan hati yang suci murni, saya tak kenal siapa Isma. Isma suka saya sebab saya menang lumba lari,
manakala saya suka Isma sebab dia suka saya sebab saya menang lumba lari. Habis berbelit cinta kanak-kanak saya.

“Kau balaslah..” kata Hamzah. Dia yang sIsmangat lebih.

“Aku nak tulis apa?” kata saya.

“Cakap lah kau nak berkenalan jugak dengan dia. Ok?” terang Hamzah dekat saya.

“Ok. Tapi kau tolong tuliskan boleh?” kata saya lagi.

“Apasal aku pulak?” Hamzah terpinga pinga.

“Ala, tulisan aku buruk. Tolong lah...” rayu saya dekat Hamzah.

“Macam siyut” kata Hamzah.

5 minit lepas tu...

“Dah. Aku dah tulis semua pasal kau. Nak tulis apa lagi?” kata Hamzah setelah selesai menulis surat.

“No. surat beranak?” tanya saya.

Kami berutus surat. Dan malam tu, tak sempat habis berbuka puasa,
saya dah standby dekat depan rumah orang kaya dengan mIsmakai
kasut sekolah sebagai persiapan untuk pertandingan lumba lari. Macam gampang kan?
Malam tu juga saya dapat berbual dengan kakak Isma bernama Isya.
Isya menceritakan peribadi Isma pada saya, tapi satu pun tak masuk dalam kepala saya.
Akal kanak kanak saya masih belum boleh menerima untuk memikirkan hati budi orang lain.
Isya menjadi perantara kepada kami mIsmandangkan saya akan lari jika Isma ajak berbual.

Selang seminggu perkenalan kami, Isma menghadiahkan saya sehelai baju.
Sikit rasa gembira pun tak ada dalam kepala saya. Perasaan saya terus gundah gulana.
Pening kepala saya fikir nak balas hadiah apa dekat dia. Ya lah, perbelanjaan harian saya pun 20 sen je,
celah mana saya nak dapat duit beli hadiah untuk dia. Nak hadiahkan guli, rasa macam tak cukup romantik.

Waktu kecik kecik dulu, mana ada rasa nak mintak kapel kapel ni. Jauh sekali nak ajak jalan jalan dekat taman.
Tengok wayang? Naik bas pun mak yang bayarkan tambang, ada hati nak tengok wayang. Jangan berangan lah.
Perkenalan kami hanya sampai hari raya sahaja. Dalam 2 minggu je kot. Lepas tu tak tahu apa cerita dah.
Isma ikut keluarga dia berpindah ke tempat lain, saya pulak sibuk main layang layang, tangkap ikan buntal dalam longkang,
dan macam macam lagi aktiviti kanak kanak saya. Tak ada pun rasa patah hati bila dah tak jumpa dia.
Ada juga dengar berita pasal dia melalui Isya. Itu pun kalau saya secara tak sengaja jumpa Isya waktu dia datang ziarah datuk dia.
Tak pernah sesaat pun saya berbual dengan Isma.

Kali terakhir saya dengar cerita pasal  Isma dari Hamzah.
Hamzah cakap Isma dah kahwin pada 8/8/2008. Hamzah cakap waktu tu Isma dah mengandung anak pertama dah.

Wednesday, May 25, 2011

Hahahahahah!

Sepakan Gunting!!! Aummm!


Semenjak aku pakai jentera beroda dua ni, ramai yang bertanya aku dengan hal-hal berkaitan jentera tersebut. Kalau nak diikutkan, bukan lama aku pakai jentera beroda dua ni. Ada dalam 3 bulan rasanya. Tapi, ada sedikit serba-serbi yang aku dah pakar. Itupun hasil aku tanya pada orang ramai dan carian internet. Kiranya kalau ada orang tanya aku benda berkaitan dengan jentera beroda dua aku ni, nak jawab sambil pejam pejam mata tu kira selamba. Prinsipnya mudah, ada benda yang aku tahu, aku kongsi. Dan kalau ada benda yang aku tak tahu, aku goreng.

Kalau nak diikutkan, yang bertanya ni bukannya jenis pilih masa dan tempat. Ada yang tanya waktu aku tengah parking, ada yang tanya waktu mulut aku penuh dengan roti canai.

Bila mengutarakan persoalan pasal kenderaan ni, soalan pasal maintenance mesti tak lari punya. Kos, senang jaga ke tak, pakai 2T ke 4Ta, berapa CC motor ni, berapa laju boleh pergi dan berbagai lagi. Bagi mat-mat kenderaan, jawapan kepada soalan-soalan lazim dekat atas mesti dah tersemat dalam kepala. Kiranya kalau ada 2 atau 3 orang datang bagi soalan bertubi-tubi tu, selamba je boleh jawab dalam satu nafas.

Dan, pagi tadi perkara ni terjadi lagi. Ianya terjadi sewaktu aku berhenti di lampu isyarat berdekatan dengan flat kaler warna warni waktu aku nak pergi beli kek coklat lembab. Ngam-ngam lepas aku berhenti, ada sebiji motor EX5 yang ditunggang dua orang pemuda berhenti dekat sebelah aku. Atas bawah depan belakang diorang pandang aku. Aku yang memang dah agak bersedia waktu tu, hanya tersenyum memandang mereka. Melihatkan aku tersenyum, mereka mula beranikan diri untuk bertanya.

"Bang, ni Kawasaki ke Demak?" tanya budak yang duduk belah depan.

"Yamaha la. Kan stiker Yamaha tu" jawabku ramah.

Soalan bertubi-tubi pun muncul...

"Ni pakai 2T ke bro? Enjin tahan tak? Berapa CC ni? Minyak kuat tak? Jauh mana pernah pergi?" tanya yang belakang.

"Top speed berapa bro? Tak goyang ke layan corner? Geng ramai tak kalau pakai motor ni? Spare part senang cari tak?" sambung yang depan.

Aku sengih dan mula meghela nafas panjang. Segala-gala jawapan memang aku dah susun kemas kemas dalam kepala untuk bagi diorang mudah faham dan mendapat jawapan yang tepat, padat dan ringkas.

Belum sempat aku nak bagi jawapan, lampu isyarat pun bertukar ke hijau. Budak dua orang tadi tu terus pecut motor macam orang gila. Celaka.
Dua ke tiga bulan kebelakangan ni, hidup aku banyak berada di atas motor. Vrooom sana, vrooom sini. Pantang ada corner yang aku agak boleh makan, memang aku henjut sampai hampir cecah lutut. Hidup je enjin, aku terus perah minyak sampai dah tak boleh perah. Kadang-kadang tu jiran-jiran aku sampai tergeleng-geleng kepala tengok perangai aku bawak motor macam tak cukup tanah. Dalam pada ramai yang bising harga minyak tiap-tiap bulan naik suka hati, aku macam tak ambil pusing benda tu. Lebih lebih lagi, dalam dua bulan lepas Gabenor Bank Negara ada umumkan yang ekonomi kita menguncup hingga ke 7.8 peratus. Antara yang tertinggi dalam sejarah ekonomi negara. Entah macam mana diorang kira benda-benda kuncup ni pun aku tak tahu sebenarnya. Sedangkan kuncup tu bukanlah sejenis ilmu matematik.

Bila hidup aku banyak dihabiskan di atas motor, makanya boleh dilihat stamina aku yang merudum secara tiba-tiba. Kalau dulu boleh pergi beli suratkhabar dekat kedai dengan hanya berjalan kaki, kini tidak lagi. Vrooom sikit, dah sampai kedai. Vrooom sikit, dah sampai rumah. Benda-benda buat pacak tayar depan kira dah jadi hal celah gigi bagi aku. Vrooom.

Bila stamina kurang, prestasi aku dalam permainan sukan mula merudum. Lari sikit terus termengah-mengah. Tendang bola memang dah tak padu macam dulu. Tahan bola pun dah macam setan. Segala-galanya ke laut. Itupun ada hati lagi nak mengaku Ozil. Kah kah kah.

Ok, sebenarnya aku nak cerita pasal liga futsal yang aku dengan kawan-kawan masa LI dulu aku sertai. Dulu kami LI dekat seksyen U8 Shah Alam. Syarikat I-Home Sdn Bhd boleh dikatakan antara pasukan futsal paling digeruni ketika itu. Pasukan kami ni kiranya mewakili generasi ke-8 syarikat itu. Entah di mana silapnya, kami tiba-tiba boleh kalah dalam 5 perlawanan berturut-turut. Itu belum termasuk perlawanan persahabatan dengan pasukan dari syarikat luar lagi tu. Tiba-tiba kami hilang arah dalam permainan kami. Pasukan Panasonic yang dulu dibentuk khas untuk dikitai oleh kami, kini mula mengitai kami kembali.

Dari satu post-mortem ke satu post-mortem kami buat selepas perlawan dalam mencari punca sebenar kemerosotan prestasi kami. Ada yang cakap main tak sefahaman, ada yang cakap semua main berterabur, ada yang cakap masing-masing tak ada stamina dan ada juga yang cakap rambut Zaihan macam gampang. Hal Saw Kim Beng pindah ke unit lain pun boleh masuk cerita. Dan yang paling dahsyat sekali bila Munir dah mula kaitkan benda-benda khurafat dengan kekalahan kami. Dari hal jersi baru, hinggalah ke perut Marwan yang membusung macam nak meletup. Astaghfirullah.

Dalam semua alasan di atas, aku lebih suka fokus kepada meningkatkan kembali stamina. Dengan itu, aku mula berbincang dengan Amir Otai untuk melakukan latihan intensif di gimnasium yang terletak di kawasan perumahan mewah Ah Tak. Marwan memang kami paksa sertai sekali latihan intensif ni memandangkan badan dia dah tak ada shape seorang manusia. Latihan intensif ni meliputi berlari, berbasikal, angkat benda berat berat hinggalah ke berenang bersama awek-awek arab yang berbikini. Auuum!

Aku agak, dalam dua ke tiga kali lagi buat latihan intensif ni, stamina aku akan kembali tip-top. Tak sabar rasanya nak buat sepakan gunting macam dulu-dulu. Bersambung…
 

Friday, May 20, 2011

Secebis perkongsian pengalaman


Walaupun agak keberatan untuk menulis hari ni, tapi aku gagahkan juga sebab aku dah niat nak tulis benda ni. Rokok. Fokus utama masyarakat Malaysia dalam pembentangan bajet. Berdebar debar juga rakyat tunggu apa kerajaan nak cakap pasal benda ni. Samalah dengan minyak. Sengih jugak aku depan TV bila dengar. Ala, esok lusa dia naik lah suka hati. Bulan 6 nanti, naik 30 sen. Lepas tu bulan tujuh tahun depan naik RM 3.80. Dah boleh baca dah game diorang ni. Alasan cakap kekurangan tembakau lah, Kematian Osama lah, Siti Sarah Raisudin lah. Entah apa apa lagi. Rokok tu dah lah tak baik untuk kesihatan, lepas tu dia buat mahal mahal lagi. Tak ada rasa kesian langsung.  

"Bagus ni..." kata wife aku yang terpengaruh dengan Berita Harian.

Aku pergi dapur, tendang kerusi ala kadar, tuang teh o panas, lepak dekat balkoni depan rumah aku.
Aku pandang ke tingkat bawah. Tinggi juga. Terfikir aku pasal cari duit lebih. Sekarang ni semua benda naik secara tiba-tiba. Suhu panas naik tiba-tiba. Harga melambung mengalahkan Mail Lambung.

Jadi aku nak kongsikan satu peluang kejekat korang semua, aku kongsi je.. kalau korang nak join korang boleh klik kat link yang aku bagi.. kalau tak nak aku pun tak kisah.. janji benda baik aku dah kongsi.. betul tak?

Gila. Itu je yang dapat aku ungkapkan dengan kata kata. Nak bercerita tentang asal usul kerja ni, buat 14 blog pun belum tentu habis. Buang masa je. Lagipun waktu peluang ni dicipta, korang pun tak wujud lagi. Aku pun masih muda remaja. Waktu tu aku sambung belajar dekat Seattle, Amerika sana. Zaman lepak lepak dengan Kurt Cobain dan Bill Gates lagi waktu tu. Orang cakap, zaman Grunge baru nak bertapaklah. 

Peluang ini adalah membuat duit secara online. Gila punya senang. Bukan aku nak puji apa, tapi memang betul betul senang pun. Bila dah try, waktu mula-mula buat dulu, siap ada orang guide. Petunjuk siap sekali. Boleh buat sasau tu. Kira aku hanya goyang kaki. Keje ni memang halal, tak ada bahan perangsang otot. Jalan kerja mudah. Bukan setakat senyum ke cuping, silap silap cuping telinga jiran sebelah pun korang sambung untuk senyum.

Dah lah, aku pun malas nak cerita panjang. Lagi elok kalau korang klik dulu link yang aku bagi kat bawah ni. Klik je salah satu. Sama je dua-dua tu.  Kalau korang nak menari sambil buat keje ni pun, tak ada hal. Tak ada orang kacau punya. Orait?

Ini Link dia. Klik salah satu untuk baca dulu.



Thursday, May 19, 2011

Kenapa susah untuk kuruskan badan? Ini puncanya.

Setiap orang mengalami masalah susah untuk menurunkan berat badan dan tetap memiliki tubuh badan yang gemuk. Tanpa disedari perkara yang dilakukannya setiap hari membuatkan punca utama susah untuk menjadi kurus.

Umumnya sebahagian besar orang memiliki keinginan yang tinggi untuk menurunkan berat badannya, tapi tidak membuahkan hasil. Peluang untuk mendapatkan hasil memerlukan sedikit perubahan sikap.
Beberapa kebiasaan yang kerap dilakukan seseorang tanpa disedarinya akan membuat berat badannya tidak berkurang malah tetap gemuk. Untuk itu mengetahui perkara-perkara yang membuat seseorang susah untuk menjadi kurus, maklumat ini saya dapat dari Menshealth.com, jadi saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu:

Melewatkan waktu makan
Kebiasaan untuk melewatkan waktu makan yang tidak teratur boleh membuat tubuh sukar untuk mengendalikan nafsu makan dan menjadikan tubuh mahu lebih banyak makan. Jika seseorang melewatkan waktu makan maka otak tidak memiliki tenaga dan akan mengirim maklumat untuk makan lebih banyak.

Makan dengan cepat
Jika seseorang makan dengan cepat akan membuatkan perut tidak merasa kenyang dan akan pindah ke makanan lainnya. Untuk itu cubalah menikmati dan memperlambatnya sehingga tubuh dapat menerima signal kenyang dan membuat otak mengeluarkan arahan untuk berhenti makan.

Sering mengambil makanan yang masin
Sodium yang terkandung dalam garam boleh membuatkan seseorang terus makan tanpa sedar sehingga dia telah mengambil dalam bilangan yang banyak. Mengurangkan secara perlahan pengambilan garam dalam makanan mampu membantu seseorang mengurangkan kekerapan pengambilan garam berlebihan.

Makan di depan TV
Ini berlaku kerana seseorang mengumpul kalori tetapi tidak membakarnya, dan kajian menunjukkan makan di hadapan television akan membuatkan terkumpulnya kalori lebih banyak dan menjadikanya semakin tidak aktif. Serta jangan tidur setelah mengambil makanan berat, sebaliknya tunggulah hingga beberapa jam kemudian.

Selamat mencuba.

Bagi yang sedang mencari duit lebih
Sila Klik link dibawah:

Monday, May 16, 2011

Cinta

Ramai orang cakap, "Kita takkan dapat hidup tanpa cinta"
Tapi aku cuma rasa oksigen macam penting juga.

.......

Kepentingan PEN

Bila hilang Pen, Takde pen
Takde pen, takde nota
Takde nota, tak study
Tak study, gagal
Gagal, Takde Diploma
Takde Diploma, Takde Keje
Takde keje, Takde Duit
Takde duit, Takde makanan
Takde makanan, jadi kurus
Kurus, muka jadi Hodoh
Hodoh, terus takde kekasih
Takde kekasih, Tak kawin
Tak kawin, Takde anak
Takde anak, sunyi
Sunyi, rasa tertekan
Tertekan, terus sakit
Sakit, Terus mati.

Pengajaran : Jangan hilangkan PEN!!

Thursday, May 5, 2011

Nuffnang





   

Thursday, April 14, 2011

Kehadiran Cool Danish Iskandar










Kehadiran Cool Danish Iskandar telah mewarnai hidup aku. Buat masa sekarang aku dah jarang-jarang buka blog untuk update. InsyaAllah ada masa nanti aku update. Banyak cerita nak aku sampaikan. Gambar kat atas adalah gambar Danish waktu umur seminggu. sekarang dah 2 bulan lebih. Berat pun dah naik 4 kg. Ramai cakap Danish ikut muka aku. I like!

Test mata



Jika masih tak boleh lihat gambar diatas, anda disarankan menarik hujung mata anda dengan membuat mata sepet seperti orang cina.

Tuesday, January 25, 2011

Apa cer...?

Semenjak dua menjak ni saya dah jarang-jarang menulis. Bukan kerana wujudnya Backyard Monster dalam hidup saya,
tetapi kerana kekeringan cerita membuatkan saya batalkan sahaja niat untuk bercerita.
Bukannya ada orang baca pun. Penulisan saya bukanlah jenis penulisan yang berat-berat dan panjang lebar.
Ia lebih kepada ayat ringkas makan dalam yang boleh bagi orang lain terasa hati dan panggil mamak nak order air pun macam nak ajak gaduh.
Siap ada pandang jeling-jeling bila berselisih dengan saya gara-gara cerita makan dalam saya ni.
Saya suka orang ketawa bila membaca cerita saya. Kadang-kadang lepas post cerita, saya akan review balik
 apa yang saya tulis. Dalam perjalanan balik dari kerja saya masih tersenyum lagi sambil membayangkan cerita saya sendiri.
Brader kereta sebelah yang sedari tadi asyik memerhatikan gelagat saya, mula buat buat main radio bila saya menjeling tajam.

Ada satu petang tu waktu nak balik rumah, tiba-tiba rakan sekerja saya muncul di depan pintu bilik saya.
Kedatangan beliau tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengajak saya berborak benda yang kadang-kadang hari esok pun boleh borak.
Hal politik, bola, hiburan semasa, makan-makan, kerja dan Backyard dipertaruhkan dalam perbualan kami.
Niat saya untuk balik rumah dah jadi terbantut. Nasib baik dua tiga menjak ni hati saya sejuk je bila diajak berbincang tentang Backyard Monster.
Jikalau tidak, mungkin aksi IpMan dapat dipertontonkan di dalam bilik kecil saya ni.
Rakan sekerja saya mengajak saya lepak di Koner S. Ada orang suka 'belanja' katanya. Beliau turut mengajak rakan-rakan sekerja saya yang lain.

Saya balik ke rumah dahulu untuk menghantar Wanaz As. Kemudian saya ke Koner S dengan menaiki Motosikal EX5 saya.
Ada dekat sejam kami berbual, rakan saya pun meminta izin untuk beransur pulang ke rumah. Itupun sebab bini dia dah suruh balik.
Kalau tak, perbualan kami mungkin dilanjutkan lagi sambil makan malam di situ.
Saya rasa tersangatlah bersyukur dengan panggilan dari bini member saya tersebut.
Untuk pengetahuan semua, hari tersebut ialah hari yang paling mengantuk dalam hidup saya.
Waktu dah habis semua kerja, kepala saya sudah terngiang-ngiang bantal biru kepunyaan saya di rumah.
Segala perasaan nikmat berbaring menyelinap di dalam jiwa saya. Di zaman teknologi pesat membangun ni,
nikmat berbaring seolah-olah ditelan peredaran masa. Sikit pun tak ada dibangkitkan di dada akhbar.
Tersengih-sengih saya bila memikirkan perasaan baring tersebut.

Setelah memeriksa semua barang penting seperti dompet, kunci motor dan telefon bimbit sudah berada di dalam poket,
Dah selesai bayar, saya terus menyarung kembali topi keledar yang saya buka semasa berbual dengan rakan-rakan saya tadi.
Apa gila saya nak berbual dekat sejam sambil pakai topi keledar? Saya bukan nak pergi bulan pun.

Ok, saya bergerak keluar dari Koner S dengan menunggang motosikal jenama EX5 saya.
Hari yang sudah gelap tidak mendatangkan masalah kepada saya kerana motosikal saya dilengkapi dengan lampu depan dan belakang.

Xde idea dah....

Friday, November 26, 2010

PERMAINAN best!

Walau apapun anda buat, jangan menipu!








AMBIL MASA 3 MINIT - MARI MENCUBA-








BERBALOI MENCUBA


1st. Ambil PEN dan KERTAS

2nd. APABILA MENULIS NAMA, PASTIKAN "DIA" ADALAH ORANG YANG SEBENAR DAN ANDA KENAL.

3rd. TULIS DENGAN GERAK HATI PERTAMA !!!!!


4th. SCROLL DOWN SATU ARAHAN KE SATU ARAHAN
JANGAN BACA TERUS KE BAWAH
atau

DAH TAK SERONOK MENCUBA PERMAINAN INI .









Di atas kertas yang kosong, TUKIS NOMBOR
1 hingga 11di dalam kolum sebelah KIRI.













PADA NOMBOR 1 & 2 ,


TULISKAN MANA-MANA
NOMBOR YANG ANDA MAHU.
NOMBOR KEGEMARAN ANDA.
TIDAK KISAH JIKA KEDUA-DUANYA BERLAINAN NOMBOR














PADA NOMBOR 3 & 7 ,


TULISKAN NAMA 2 ORANG RAKAN ANDA
YANG BERLAWANAN JANTINA DENGAN ANDA



























TULISKAN NAMA SESIAPA SAHAJA (contoh KAWAN atau FAMILI. ...)


pada nombor 4, 5, & 6 .




























TULISKAN 4 TAJUK LAGU pada nombor 8, 9, 10, & 11






AKHIR, MAKE A WISH!
























ANDA BERSEDIA?
INI "KEY" PERMAINAN INI.



ANDA PERLU BERITAHU TENTANG PERMAINAN INI pada bilangan orang yang BERADA
NOMBOR 2






ORANG YANG BERADA DI
NOMBOR 3 IS ADALAH ORANG YANG ANDA SAYANG







ORANG YANG ANDA SUKA tapi hubungan TIDAK BERJAYA
berada pada NOMBOR 7







ORANG YANG PALING ANDA AMBIL BERAT
ADA PADA NOMBOR 4








ORANG YANG ANDA NAMAKAN PADA NOMBOR 5 ADALAH ORANG YANG SANGAT
MENGENALI DIRI ANDA.






ORANG YANG BERADA NOMBOR 6 MEMBAWA TUAH PADA ANDA








LAGU PADA NOMBOR 8 ADALAH LAGU YANG SESUAI

DENGAN orang pada NOMBOR 3







LAGU PADA NOMBOR 9 ADALAH lagu UNTUK ORANG nombor 7








NOMBOR 10 adalah LAGU YANG MEMBERITAHU tentang

CARA PEMIKIRAN ANDA.






DAN 11 ADALAH LAGU YANG MEMBERITAHU BAGAIMANA

ANDA FIKIRKAN DALAM KEHIDUPAN






NOMBOR pada nombor 1 ADALAH
NOMBOR BERTUAH ANDA



 AMACAM?

Thursday, November 25, 2010

Musim peperiksaan yang membosankan.

Bila tiba musim peperiksaan. Teringat saya pada zaman saya belajar di Kolej dolu-dolu.
Pukul 4 pagi saya dah bangun dari tidur. Memang saya dah set kepala untuk bangun pada waktu macam tu.
Waktu yang paling ngam untuk mengulangkaji. Andaikata saya berjaya dalam ujian ni, cita-cita saya untuk menjadi juruterbang memang tak mustahil.
Eddy, sepupu saya masih lagi tidur sambil memegang nota yang dibacanya semalam. Baca ke tidur?
Balik dari kuliah hari jumaat malam tu, lepas mandi saya terus tidur. Hari dan minggu sebelum-sebelum tu,
sepatah haram perkataan mengulangkaji tak terlintas dalam benak fikiran saya. Jadi,
saya hanya mempunyai masa selama 3 jam untuk belek-belek apa yang patut.
Ujian ditetapkan pada pukul 8.00 pagi. Orang cakap, belajar last minute ni senang masuk.

Saya buka buku dalam 10 minit. Saya tutup kembali buku. Saya layan komik One Peace.
'Luffy' seolah-olah memangil nama saya untuk menjadi Lanun. Ujian belakang kira.

Jam dah tunjuk pukul 6.30 pagi, baru saya buka buku balik. Pada ketika itu, saya cuma fokus untuk menghafal beberapa format jawapan yang dikehendaki.
Dah setel part tu, saya mencapai tuala dan kelam kabut masuk bilik air untuk mandi.
Seperti yang anda sedia maklum, mandi pagi memang satu perkara yang amat melecehkan bagi saya.
Kecebar kecebur 2-3 kali, saya terus keluar dari bilik air. Eddy, saya lihat tengah sibuk baca nota di tangannya.

Pakaian yang dipilih untuk mengambil ujian, amatlah simple. Jeans dan t-shirt.
Malas saya selongkar almari cari baju melayu moden saya.
Entah ada, entah tidak baju tu lagi. Kalau ada pun, kompem bau almari.
Nak pakai kemeja pula, saya dah muak. Setelah merapikan diri dan menyikat kemas rambut ala pegawai kerajaan,
saya menuju ke meja makan untuk menuang air teh o panas buatan tangan mak tok saya.
Cawan yang berisi penuh air teh itu, Eddy bawa keluar menuju ke motorsikal untuk memanaskan enjin.
Lagak seperti orang besar. Rokok pembuka kata tersemat di bibir mulut. Pung pang pung pang asap keluar.
Sambil tengok orang lalu lalang di hadapan rumah, kami menyarung stokin dan kasut.
Tiba-tiba, Eddy teringat mengenai alat tulis. Kucar kacir saya dan dia masuk dalam rumah untuk capai apa yang patut.
Kasut memang tak sempat dibuka. Terdengar bebelan kecil Tok wan. Tapi saya tak hiraukan.
Saya lebih berminat untuk mencari alat tulis. Kalau tak ada alat tulis, saya nak jawab ujian pakai apa? Pakai air liur?

Dengan pantas, saya menggerakkan motorsikal menuju ke kedai. Niat saya untuk membeli pensil 2B dan pemadam.
Benda paling asas dalam peperiksaan. Sambil beli tu, sempat juga saya usha tajuk berita muka hadapan.
Kebanyakannya, cerita mengarut. Malas saya nak beli. Saya lebih berminat untuk menjawab peperiksaan.

Honda Petak kami meluncur gagah di jalanraya. Jujurnya, saya sendiri tidak tahu di mana tempat ujian itu berlangsung.
Mujur, malam sebelum itu saya sempat mesej Luncai. Rasanya dekat dewan.

Saya sampai ke tempat ujian dalam pukul 7.40 pagi. Tanpa membuang masa, saya terus meluru ke dewan peperiksaan.
Ada lebih kurang 60 orang yang mengambil ujian yang sama dengan saya. Hampir semua muka budak baru kenal dunia.
Ada juga saya perhatikan dalam 3 orang yang usia mereka lebih tua dari saya. Terasa sungguh yang saya dah berusia.
Saya terus buat muka pegawai peperiksaan. Pada ketika itu, kami masih tidak dibenarkan masuk ke dewan.
Kesempatan itu, saya ambil untuk mengingat kembali beberapa formula saintifik yang saya belajar sewaktu di bangku persekolahan.
Prinsip keapungan Archimedes, pusaran angin, pai j theta dan e sama dengan emsi kuasa dua berlegar-legar di dalam kepala saya.
Saya jeling orang lain, masing masing sibuk dengan kalkulator. Saya memang tak ada langsung niat nak bawa benda alah tu.
Jikalau ada perkiraan rumit sewaktu di dalam ujian, saya cenderung untuk congak guna jari sahaja.
Saya berpegang kuat kepada prinsip yang matematik saya tidak sebarai Amir Otai.
Suruh baca sifir 4 pun gagap. Itu pun ada hati nak suruh saya panggil dia 'Amir Sifir'.

Friday, November 19, 2010

Lagu tema dari Drama Korea "You Are Beautiful". Kumpulan AN JELL.














 
10 말도 없이 - Ver.Piano.mp3
11 여전히 - Ver.Bossa .mp3
12  promise-A.N.JELL.mp3


PS : Donlod free je ke? Xnak klik kat nuffnang?




     

Pengajaran dalam hidup


 


Kadang-kadang, anda berusaha keras untuk
mendapatkan Rumput Hijau.

Dalam proses
anda menghadapi masalah........






Sewaktu anda berada dalam masalah

dan

anda tersangkut dalam situasi yang tidak dapat
anda lari,
 
anda perlu ingat satu perkara.......



bukan semua yang datang bertujuan
UNTUK MEMBANTU ANDA......
 

 
 






 
   
  Inilah Kehidupan kita sebenar!!!

Pensel dengan Pemadam

Pensel: Saya minta maaf.... 

Pemadam: Sebab apa? Awak tidak ada buat salah pun. 


Pensel: Saya minta maaf. Awak luka sebab saya. Setiap kali saya buat silap, awak selalu ada untuk tolong memadamnya. Tapi setiap kali awak tolong padam kesilapan saya, awak hilang sebahagian diri awak. Awak menjadi semakin kecil dan kecil... 


Pemadam: Itu memang benar. Tapi saya tidak pernah ambil kisah pun. Awak perlu tahu, ini tanggungjawab saya. Saya dicipta untuk membantu awak setiap kali awak membuat kesilapan. Biarpun suatu hari nanti, saya akan PERGI dan awak mengganti saya dengan yang baru, Saya sebenarnya sangat gembira dengan tugas yang telah saya lakukan. Jadi tolonglah, jangan risau. Saya tak suka lihat awak bersedih.. :)
 

Ibu bapa adalah seperti PEMADAM. Anak mereka seperti Pensel. Mereka sentiasa ada untuk anak mereka, membetulkan kesilapan anak mereka. Kadang-kadang adakalanya... mereka terluka, dan menjadi semakin kecil (tua, dan akan PERGI). 
Biarpun anak mereka akan berjumpa dengan yang baru (pasangan hidup), ibu bapa tetap merasa gembira dengan apa yang mereka korbankan untuk anak mereka, dan tidak mahu melihat anak mereka risau, atau bersedih... 

Selamat Hari Raya Aidil Adha. 





    


Thursday, November 18, 2010

Banjir dirumah Parent aku.

Air yang naik secara mendadak. Hujan pun xturun. Alih2 dah banjir.

Ayah aku berjaya meletakkan batu bata sebalum air banjir menyentuh sofanya.

Sambil menonton TV kami boleh bermain air. satu kombinasi yang agak best.

Abah tengah cuba isi air kedalam baldi untuk di buang ke tempat yang lebih tinggi.

Abah berdiri sambil memerhati keadaan sekeliling. Kebarangkalian serang hendap dari binatang buas boleh muncul dari kawasan air yang tenang.

Swimming pool semulajadi.

Ombak kecil hasil gerakan hikmat kaki berangin.

Kelihatan sebuah basikal tidak sempat diselamatkan. Sape punya tu?

Buka pintu rumah dah boleh pancing. Best x?

Bila gambar ini dicondongkan. Air masih tidak mengalir turun.

Getah paip yang cuba menyamar jadi ular air.

Emak duduk santai sambil menunggu air surut.

Jalan keluar dari rumah ke kawasan tinggi agak jauh. Perompak sentiasa ada untuk usha line.

Ikan melompat. Xsempat tangkap. Laju sangat!

Abah call untuk minta bantuan. Air tak surut2. Makin naik lagi ada la.

Brader baju putih tu menyibuk je posing depan tu. Ingat aku nak sangat tangkap gambar dia. Bantuan yang sampai agak lambat. Begitu mengecewakan.

Kehadiran Tok Imam untuk membaca doa bagi menolak bencana. Hikmat terapung atas air dipertonjolkan.

Makin naik. Dah tak nampak dasar.

Katak lompat. Xsempat tangkap. Mana pegi tah!

Kelihatan seorang budak seronok bermain air kumbahan.

Rumah jiran. Dia balik kampung. Kampung dia dekat Gombak.





    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...